Anda di halaman 1dari 14

Senarai Kandungan

Pendahuluan
1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan ‘tamadun’ diberi


maksud sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau
didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yang tinggi, peradaban; 2. negara
yang penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta
perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yang tinggi,
peradaban: ~Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara,
kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~Islam; ~klasik; 4.
keadaan pemikiran (budaya dan moral) yang halus, peradaban.
Mengikut buku SKP 2203, Titas, tamadun dapat ditanggapi sebagai
satu cara hidup yang berkembang apabila manusia mula menetap di satu
kota atau bandar di mana terdapatnya suatu organisasi sosial dan politik
yang dikenali sebagai negara. Ada yang menunjukkan tamadun dengan
masyarakat yang kompleks dan tinggal di bandar. Ada kalanya tamadun
merujuk kepada masyarakat manusia seluruhnya.
Ada masa tamadun merujuk kepada tingkah laku yang standard
etiket. Contohnya tingkah laku orang bertamadun dan beradab berbeza
dengan tingkah laku orang barbaric yang biadab. Dalam tamadun terdapat
segala bentuk dari seni, adat kebiasaan, teknologi, ilmu, organisasi sosial
dan politik dengan segala institusinya. Dalam hal ini tamadun seakan-
akan tidak dapat dibezakan dengan kebudayaan kerana kebudayaan juga
merangkumi perkara-perkara tersebut.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan ‘universal’


membawa erti meliputi seluruhnya atau semuanya (di dunia ini), sejagat.
Justeru, nilai-nilai universal bolehlah dikatakan sebagai nilai-nilai sejagat
yang ada pada keseluruhan masyarakat dalam sesuatu tamadun atau
nilai-nilai persamaan antara tamadun-tamadun yang ada.
Interaksi antara tamadun pula bermaksud hubungan, pertemuan,
komunikasi dan sebagainya antara individu, kelompok, masyarakat dan
seterusnya negara. Secara realiti, interaksi yang berlaku ialah antara
individu dengan masyarakat yang mewakili tamadun tersebut. Interaksi
tersebut tidak semestinya berlaku kerana tujuan tertentu, malah ia boleh
berlaku secara tidak langsung sama ada di peringkat nilai, idea, institusi
dan insan. Jadi, kesan-kesan positif interaksi ialah kesan-kesan yang
membawa faedah kepada individu, masyarakat ataupun negara hasil
daripada perhubungan antara pelbagai tamadun yang ada.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan ‘toleransi’


bermaksud sifat (sikap) toleran; toleran pula bermaksud sedia
menghormati atau menerima pendapat (pendirian dsb) orang lain yang
berbeza daripada pendirian (pendapat dsb) sendiri. Dalam perkataan lain,
kita boleh katakan bahawa toleransi ini bermaksud sikap bertolak-ansur
antara individu.
2.0 Nilai-nilai Universal Tamadun Malaysia Yang Berasaskan Bangsa Melayu,
Cina dan India.

2.1 Alam Sekitar


Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip
yang diterima oleh semua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah
agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula
dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian atau Steward) yang
berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan
beberapa aliran Kristian, memelihara alam sekitar bermakna
menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Namun begitu,
dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara alam sekitar itu disembah
dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini,
tamadun-tamadun tradisional secara umumnya tidak memusnahkan alam
sekitar.

2.2 Keluarga
Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan
masyarakat begitu dihayati oleh tamadun-tamadun tradisional. Keluarga
yang dimaksudkan pada lazimnya adalah keluarga extended. Dalam
sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan
kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. Pengamalan seperti ini
telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga
tradisional. Menurut Konfusianisme, kesetiaan dan pertalian yang erat
merupakan konsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian
terhadap konsep kekeluargaan seperti ini merupakan penafian hak
seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan
dalam Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-
menghormati. Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan
kedudukan kaum wanita dan kaum lelaki dalam sesebuah keluarga itu
menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan
tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan
hormat-menghormati.

2.3 Komuniti
Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam
setiap tamadun tradisional. Tidak dinafikan bahawa komuniti sangat
berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang
manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-
norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu,
komuniti juga dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal
kepada anggota-anggotanya. Dalam sejarah ketamadunan manusia dapat
diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti
mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam
dan Buddhisme.

2.4 Kerajaan
Falsafah tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan
persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan
dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan
tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil
merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Dalam tamadun Cina,
tulisan Mo Tze, Lao Tze, Kung Fu Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh
yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam tamadun
India. Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil
seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam
tamadun Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang
sama. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja
kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-
tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh
rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja
melanggar lunas-lunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh
menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya.

2.5 Kegiatan Ekonomi


Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku
dalam konteks “Moral Semesta”. Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak
kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam
salah satu daripada “Jalan Lapan Lapis Mulia”. Dalam ajaran Islam,
prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan
yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa
kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia.
Konsep “wang”, “laba”, “ganjaran”, “pasaran” dan sebagainya sangat
dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral. Bagaimanapun,
kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau
bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti yang berlaku dalam
kegiatan ekonomi moden. Perkara yang membezakan ekonomi tamadun
tradisional daripada ekonomi zaman moden adalah kayu pengukurnya.

2.6 Pendidikan
Matlamat yang paling utama pendidikan dalam tamadun-tamadun
tradisional adalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character building).
Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan
matlamat murni ini. Dengan menyedari perkara tersebut, dimensi inner-
being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme
dan agama-agama lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran
luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman
yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya sendiri. Cuma
cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain.
Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam
transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran
ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri
sendiri.

2.7 Kesihatan
Konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak boleh
dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting
konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan
pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermaksud suatu pandangan yang
mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya
yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea
bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. Kesan
besar daripada kesan holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam.
Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan
melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan
pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.
Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas
bahawa teras kepada konsep-konsep dan pencapaian matlamat hidup
dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri
persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu,
terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan
yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara
satu tamadun dengan tamadun lain seharusnya mendorong kita untuk
lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat.
Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan
ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk
berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.
3.0 Kesan-kesan Positif Interaksi Antara Pelbagai Tamadun di Malaysia.

Hasil daripada interaksi antara pelbagai tamadun yang ada di


Malaysia khususnya berasaskan bangsa Melayu, Cina dan India, kita
dapati terdapat banyak kesan-kesan positif dalam masyarakat kita.
Antaranya ialah dari segi agama atau ketuhanan, budaya dan bahasa.

3.1 Agama dan ketuhanan


Dari aspek agama dan ketuhanan, kita dapat lihat bahawa agama
Islam telah diterima sebagai agama rasmi negara ini walaupun terdapat
penganut agama lain di negara kita. Ini menunjukkan permuafakatan
antara masyarakat di dalam negara kita adalah berada dalam keadaan
yang harmoni. Walaupun Islam diterima sebagai agama rasmi di
Malaysia, namun tidak ada paksaan dalam beragama diamalkan di
negara ini. Semua rakyat diberi kebebasan dalam memilih agama yang
mereka ingin anuti. Buktinya, terdapat juga penganut agama Hindu dan
Buddha di Malaysia selain ada juga golongan minoriti orang asli yang
percaya kepada konsep penyembahan tuhan kepada alam sekitar. Selain
itu, hasil daripada interaksi antara pelbagai tamadun di Malaysia, kita
dapat lihat semakin ramai yang memilih untuk menganut agama Islam.
Kesannya, wujudlah golongan yang dipanggil Hindu-Muslim dan Cina-
Muslim yang juga dipanggil sebagai ‘muallaf’ dalam agama Islam bagi
mereka yang baru menganuti agama ini. Walaupun terdapat pelbagai
agama yang dianuti oleh masyarakat di Malaysia, namun semua rakyat di
negara ini boleh hidup dengan aman dan harmoni kerana wujudnya sikap
toleransi antara mereka.

3.2 Budaya
Kesan positif interaksi antara pelbagai tamadun di Malaysia juga
dapat dilihat dari sudut budaya. Tiga kaum utama di Malaysia iaitu
Melayu, Cina dan India mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri.
Namun, ketiga-tiga kaum ini boleh hidup bersama-sama walaupun
mempunyai budaya yang berbeza. Mereka berkongsi budaya mereka dari
segi makanan, pakaian dan juga perayaan yang disambut di dalam
masyarakat mereka. Sebagai contoh, kita dapat lihat ketiga-tiga kaum ini
berkongsi budaya adalah paling jelas sewaktu menyambut sesuatu
perayaan samada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu China dan Depavali.
Pada musim perayaan tersebut berlangsung, contohnya perayaan Hari
Raya Aidilfitri, masyarakat Cina dan India juga akan meraikannya
bersama-sama dengan masyarakat yang beragama Islam. Mereka akan
berpakaian Baju Melayu serta bersongkok bagi kaum lelaki dan
berpakaian Baju Kurung bagi kaum wanita. Mereka juga akan memakan
makanan orang melayu seperti nasi dagang, nasi himpit, lemang dan
bermacam-macam jenis makanan lagi yang disediakan. Begitu juga
sewaktu perayaan Tahun Baharu Cina dan Depavali, masyarakat Melayu
juga akan meraikannya dengan memakai pakaian tradisi kaum India dan
Cina. Mereka juga akan berkongsi makanan bersama-sama. Antaranya
ialah kuih bulan, yong tau fu, maruku dan capati. Ini menunjukkan kesan
positif dari segi budaya yang dapat kita lihat hasil daripada interaksi
antara tamadun di Malaysia.

3.3 Bahasa
Dari segi bahasa pula, kita dapat lihat bahawa semua individu di
negara ini menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama
meraka dalam percakapan seharian. Walaupun kurang fasih berbahasa
Malaysia, masyarakat Cina dan India tetap berusaha mempelajarinya
kerana secara umumnya, bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang
digunakan di dalam pertuturan seharian oleh masyarakat di negara ini.
Contohnya, golongan Baba-Nyonya yang berasal dari negara China telah
lama menggunakan bahasa Malaysia dan mereka juga menggunakan
tulisan Jawi dalam kerja-kerja penulisan pada zaman dahulu. Golongan ini
sangat fasih berbahasa Malaysia dan menulis tulisan Jawi tetapi mereka
lemah dalam penggunaan bahasa Cina kerana sejak berhijrah ke
Malaysia, mereka tidak menggunakan bahasa mereka di dalam
percakapan seharian untuk berinteraksi dengan penduduk di Malaysia.
Namun, pada masa kini, ada sebahagian masyarakat Melayu yang sudah
pandai bertutur dalam bahasa Cina dan India kerana usaha mereka untuk
mempelajari bahasa-bahasa tersebut. Ini jelas menunjukkan kesan positif
interaksi antara mereka membawa kepada penguasaan dan penggunaan
lebih daripada satu bahasa secara lebih menyeluruh walaupun hanya
bahasa Malaysia yang dituturkan secara rasmi di negara ini.
4.0 Cadangan Untuk Mengekalkan Sikap Toleransi dan Persefahaman Antara
Kaum di Malaysia.

PLKN

Cadangan

Sambutan Hari
Konsep “1
Kebangsaan
Malaysia”

Antara perkara yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk


mengekalkan sikap toleransi dan persefahaman antara kaum di Malaysia
adalah melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),
Sambutan Hari Kebangsaan dan memperkenalkan konsep “1 Malaysia”.
4.1 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus
latihan wajib bagi sesetengah daripada mereka yang baru menamatkan
pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Ia bertujuan bagi pembinaan
sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat
patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta
integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai
murni. Program ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2004 sehingga
sekarang. Antara objektif program ini adalah untuk menanam semangat
patriotisme di kalangan generasi muda atau remaja Malaysia, memupuk
perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan
positif (character building) menerusi nilai-nilai murni. Justeru, di sini kita
dapat lihat bahawa kerajaan kita sangat mengambil berat dalam
mengekalkan sikap toleransi dan persefahaman antara kaum di Malaysia
melalui program yang dijalankan. Dalam usaha mengekalkan
keharmonian ini, kerajaan mensasarkan golongan muda yang dianggap
penting untuk masa depan negara dengan mendidik dan menyatupadukan
mereka dengan cara mengumpul mereka di satu-satu tempat dan
mengadakan program yang memerlukan mereka sentiasa bekerjasama.
Ini jelas menunjukkan keharmonian Malaysia dapat dikekalkan pada masa
akan datang.

4.2 Sambutan Hari Kebangsaan


Seperti yang kita sedia maklum negara kita akan menyambut Hari
Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun. Pada setiap kali sambutan ini
diadakan, kita dapat melihat seluruh kaum di Malaysia mengambil
bahagian dan bersatu padu menjayakan sambutan hari yang bersejarah
itu. Pada tarikh tersebut, semua masyarakat di negara kita berkumpul
samada di Dataran Merdeka ataupun di Stadium Merdeka untuk
meraikannya. Mereka bukan sekadar berkumpul, tetapi dalam sambutan
itu juga terdapat pelbagai aktiviti yang mereka lakukan seperti tarian
tradisional, sajak, nyanyian yang kesemuanya dilakukan dalam budaya
serta bahasa masing-masing dan yang paling penting laungan “Merdeka”
dan kemudiannya diikuti oleh semua rakyat jelata yang berbilang kaum
yang jelas menunjukkan kesepaduan antara mereka. Dengan adanya
sambutan ini pada setiap tahun, sudah tentu setiap kaum di Malaysia
akan sentiasa mencapai toleransi dan persefahaman antara mereka.

Beri Nilai