Anda di halaman 1dari 29

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

1.0 Pengenalan

Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia.


Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk
menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran,
pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami
orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara
formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu perlu memainkan
peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari
bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa
lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara
guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
(Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran
yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara
ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu
iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) dengan
jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat
yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan
murid yang berketerampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai
dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMSR) [Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM), 2001] telah menjelaskan objektif pengajaran bahasa Melayu adalah untuk
membolehkan kanak-kanak bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan
menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan. Oleh itu,
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menyediakan dokumen sebagai garis
panduan kurikulum untuk semua sekolah dibawah KPM. Tugasan ini akan dimuatkan
dengan perkara-perkara penting yang terdapat dalam sukatan pelajaran BMSR.
Kerja Kursus Projek
1
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Falsafah mempunyai maksud pemikiran atau pandangan yang benar, rasional
dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli
falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah pula ialah
untuk mencari serta membuktikan kebenaran selain memberi arah tuju atau pedoman
untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
Oleh itu, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau
pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional
dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah
dimanifestikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan
hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di
luar institusi pendidikan. Sehubungan itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah
digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira
seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu , masyarakat dan
negara.
Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta
Pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia,
maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dinyatakan berikut adalah digubal
dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.
”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”
Dalam sistem pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
memainkan peranan yang penting seperti, sebagai suluh yang memberikan panduan
Kerja Kursus Projek
2
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

dan arah tuju kapada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan, menjadi
dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara, sebagai
rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara, sebagai
pembimbing untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas
pendidikan, sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum bahan-
bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran, sebagai pengawal ke atas
penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan, dan menghapuskan salah faham,
keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun
aktiviti pendidikan.

1.3 Sukatan Pelajaran

Tujuan utama pendidikan peringkat rendah diadakan adalah untuk melahirkan


insane yang seimbang dan juga berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Hal ini selaras dengan hasrat Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat
ini, Pada peringkat ini, mata pelajaran yang diajarkan adalah asas sebagai persediaan
kepada para murid sebelum melangkah ke peringkat seterusnya. Bahasa Melayu
diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu adalah penting dan
perlu dikuasai oleh setiap murid bagi membantu murid-murid berkomunikasi dan
membantu mereka dalam proses mencari ilmu pengetahuan. Oleh itu, huraian sukatan
pembelajaran telah digubal bertujuan untuk memberi panduan dan membantu para
guru dalam melaksanakan pembelajaran yang berkesan.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai


kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1
hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan
(mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek
morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.

Kerja Kursus Projek


3
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

1.4 Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Dalam Sukatan Pelajaran bahasa Melayu Sekolah Rendah telah dimasukkan


objektif yang perlu dicapai oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran kepada murid-murid. Objektif yang terdapat di dalam sukatan pelajaran
bahasa Melayu ini mestilah tercapai dengan sepenuhnya bagi memastikan murid-murid
dapat menguasai semua kemahiran mengikut aras-aras yang ditetapkan. Fungsi
objektif pengajaran dan pembelajaran juga adalah untuk memastikan setiap proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru mencapai objektifnya dan
murid-murid dapat menguasai semua kemahiran. Antara objektif yang perlu dicapai
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ialah :

i. Mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan


harian dan situasi formal.
ii. Bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara
bertatasusila.
iii. Berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara.
iv. Membaca bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu
v. Mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian.
vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses menulis yang
sesuai dan betul.
viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan
sebutan yang betul dalam kativiti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya
berunsur ilmu, dan
x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme
dan perasaan cinta akan negara.

Kerja Kursus Projek


4
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

1.5 Huraian Sukatan Pelajaran

Setiap sukatan pelajaran sekolah rendah mempunyai huraian nya tersendiri bagi
membantu guru untuk membuat persediaan dan membantu mereka merancang aktiviti
pembbelajaran dan pengajaran yang berkesan kepada murid-murid. Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini mengandungi perincian, penjelasan serta
huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Selan itu, di dalam Huraian
Sukatan Pelajaran ini juga dimuatkan penjelasan tentang kemahiran berbahasa iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis. Selain itu, di dalam Huraian
sukatan Pelajaran ini juga turut menerangkan tentang sistem bahasa seperti
tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi
peringkat persekolahan murid.

Dalam huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu mengandungi tiga lajur iaitu
lajur hasil pembelajaran dan kemahiran, lajur huraian hasil pembelajaran dan lajur
cadangan aktiviti. Lajur hasil pembelajaran menyenaraikan hasil pembelajaran dan
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid Tahun Satu hingga Tahun Enam. Lajur
huraian hasil pembelajaran memperincikan kemahiran berbahasa kepada tiga aras
pembelajaran iaitu aras 1 bagi tahap pencapaian minimum yang perlu dikuasai murid.
Setelah menguasai aras 1 murid akan mempelajari aras yang seterusnya yang lebih
mencabar iaitu ,aras 2 dan aras 3. Lajur cadangan aktiviti menyediakan contoh aktiviti
dan nota pengajaran dan pembelajaran sebagai panduan kepada guru.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan


(SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan
dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi
huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan
jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak
seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati
ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-

Kerja Kursus Projek


5
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan


murid. Para guru juga, boleh menggunakan Huraian Sukatan Pelajaran untuk
merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di
dalam bilik darjah.

1.5.1 Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran dalam lajur pertama mengandungi pernyataan hasil


pembelajaran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
memberikan tumpuan pada murid untuk menguasai hasil pembelajaran. Hasil
pembelajaran tahun enam adalah seperti yang berikut:
Kemahiran Bahasa Hasil Pembelajaran Kemahiran Berbahasa
1.0 1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6
2.0 2.1, 2.2
Mendengar dan bertutur
3.0 3.1, 3.2, 3.3
4.0 4.1, 4.1, 4.2, 4.3, 4.4
5.0 5.1, 5.2
6.0 6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5, 6.6
Membaca
7.0 7.1, 7.2, 7.3
8.0 8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6
9.0 9.1, 9.2, 9.3
Menulis
10.0 10.1, 10.2, 10.3
11.0 11.1, 11.2, 11.3, 11.4

Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur merangkumi


kemahiran berbual, bercerita, menyampaikan maklumat dan berbincang.
Kemahiran membaca pula memberikan penekanan pada kemahiran membaca
kuat, membaca dan memahami maklumat, serta membaca, menaakul, dan
menghayati teks yang dibaca. Bagi kemahiran menulis, tumpuan diberikan pada
kemahiran menggunakan pelbagai jenis ayat, dalam menghasilkan penulisan.
Penekanan juga diberikan pada kemahiran mencatat dan menyusun maklumat
serta menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

Kerja Kursus Projek


6
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

1.5.2 Huraian Hasil Pembelajaran

Huraian Hasil Pembelajaran dalam lajur kedua menyatakan secara jelas


aras kemahiran yang perlu dicapai oleh murid mengikut tahap keupayaan dan
kemajuan mereka sama ada pada Aras 1, Aras 2, atau Aras 3. Aras 1 ialah aras
paling asas yang harus dicapai oleh semua murid. Kandungan kurikulum bagi
aras ini adalah yang paling minimum yang harus dikuasai oleh semua murid.
Aras 2 ialah aras bagi murid yang berpencapaian sederhana manakala Aras 3
ialah aras paling tinggi bagi murid yang berpencapaian cemerlang.
Pemeringkatan berdasarkan aras ini sejajar dengan pembelajaran masteri dan
membolehkan murid yang cemerlang terus maju tanpa mengabaikan murid yang
berpencapaian rendah.

Apabila murid berupaya mencapai Aras 1, maka mereka boleh


meneruskan pembelajaran ke Aras 2 dan seterusnya ke Aras 3. Sekiranya
seseorang murid masih tidak berupaya mencapai Aras 1, maka guru hendaklah
melatih dan membimbing murid tersebut sehingga mereka menguasai aras
tersebut sepenuhnya. Dalam hal ini, penilaian terhadap pencapaian murid bagi
setiap aras perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti sama ada murid perlu
dibimbing lagi atau boleh beralih ke pelajaran seterusnya.

1.5.3 Cadangan Aktiviti

Cadangan Aktiviti / Nota dalam lajur ketiga mengandungi cadangan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu belajar di bilik darjah.
Cadangan tersebut disesuaikan dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta
mengambil kira elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum, contohnya
kemahiran meramal dan membuat pilihan menggunakan kajian masa depan atau
mengaplikasikan jenis kecerdasan pelbagai yang unik bagi seseorang murid.
Semua cadangan ini hanyalah sebagai panduan untuk guru. Guru boleh

Kerja Kursus Projek


7
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

mengubah suai atau memilih teknik atau aktiviti lain yang sesuai dengan
kebolehan murid.

2.0Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa merupakan isu yang penting dalam pengajaran dan


pembelajaran di sekolah sejak dahulu lagi. Siti Hajar (2008:111) berpendapat bahawa
terdapat sebilangan murid yang masih tidak menguasai kemahiran bahasa. Beliau juga
mengatakan bahawa satu faktor menyebabkan kelemahan tersebut berlaku adalah
kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan asas berbahasa yang kukuh
sewaktu di sekolah. Bebanan tugas guru yang sangat banyak di sekolah mungkin juga
memberikan kesan dan mempengaruhi prestasi berbahasa murid. Masalah kurangnya
mengusai bahasa dalam kalangan murid ini haruslah diatasi sebaiknya dengan cara
yang betul. Oleh itu, setiap murid akan diajarkan beberapa jenis kemahiran bahasa
dalam aktiviti pembelajaran mereka.

2.1 Jenis Kemahiran Bahasa

2.1.1 Kemahiran Lisan

Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh


setiap orang. Menurut Siti Hajar (2008:112), kemahiran lisan perlu dikuasai
terlebih dahulu sebelum mereka menguasai kemahiran bahasa yang lain. Pada
kebiasaannya, kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik
akan dapat menguasai kemahiran yang lain juga. Kemahiran lisan meliputi dua
aspek iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Untuk menguasai kemahiran
lisan, murid perlu dilatih untuk menggunakannya secara kerap dan mengajarkan
secara terancang. Bagi mereka yang tidak menguasai kemahiran lisan dengan
baik akan mendatangkan masalah kepada dirinya, iaitu dia tidak dapat
memahami pertuturan orang lain dan bertindak balas terhadapnya.

Kerja Kursus Projek


8
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

2.1.2 Kemahiran Mendengar

Keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati


perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat
memberikan maklum balas. Mendengar bukan merupakan satu mata pelajaran
khas seperti pelajaran membaca dan menulis. Namun demikian, mendengar
memainkan peranan penting dalam pembelajaran di sekolah. Kemahiran
mendengar yang lemah boleh mengakibatkan salah faham dan impak negatif
yang lain.

2.1.3 Kemahiran Bertutur


Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna.
Keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan,
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada
penggunaan tatabahasa yang sesuai dan betul.

2.1.4 Kemahiran Membaca


Keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan
kelancaran yang betul. Penekanan diberi pada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik membaca. Murid berupaya menghayati teks yang dibaca.

2.1.5 Kemahiran Menulis


Keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca
dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid digalakkan
menggugunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan
berunsurkan pengetahuan dan penulisan maginatif.

2.2 Aplikasi dalam Aktiviti Pengajaran


Kerja Kursus Projek
9
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Kemahiran bahasa adalalah komponen yang sangat penting dan perlu dikuasai
oleh setiap murid di sekolah. Hal ini kerana kemahiran bahasa akan membantu murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semua kemahiran ini perlu diaplikasikan
ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran di jalankan. Murid digalakkan untuk terlibat
secara aktif sama ada mendengar, bertutur, membaca mahu pun menulis. Siti Hajar
(2008:178) mengatakan, dalam satu sesi pengajaran, guru perlu menetapkan sasaran
kemahiran yang menjadi fokus utama. Kemudian, guru perlu menetapkan tajuk yang
berkaitan dengannya.

Dalam tugasan ini, penulis telah merancang dua aktiviti pengajaran bagi
mengaplikasikan kemahiran bahasa untuk setiap murid. Dalam aktiviti pengajaran yang
pertama, aktiviti mengelaskan Aktiviti menulis sajak ringkas merupakan salah satu
aplikasi kemahiran menulis yang telah dijadikan fokus utama penulis kepada murid
Tahun 6 tersebut. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid meluahkan perasaan
selepas melihat beberapa bahan rangsangan mengenai keamanan. Menurut
Kamarudin Hj. Husin (1998:267) tujuan aktiviti menulis adalah membolehkan kanak-
kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. Selain
itu, guru juga dapat menambah minat murid dalam bidang penulisan. Oleh itu, aktiviti
yang penulis rencanakan adalah bertujuan ekspresif iaitu penulisan bertujuan
menyampaikan idea, hujah dan perasaan. Hasil penulisan ekspresif memang biasanya
didapati dalam sajak dan pelbagai jenis penulisan kreatif yang lain.

Selain itu, aktiviti yang telah dirancang ini mengandungi unsur


penggabungjalinan kemahiran bahasa. Gabung jalin yang dimaksudkan adalah melalui
kemahiran menulis dan membaca. Selepas murid menghasilkan sajak, mereka
dikehendaki mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Berpandukan aktiviti itu, murid dapat melahirkan rasa minat akan bidang penulisan dan
mungkin ada yang bercita-cita untuk menjadi seperti sasterawan negara, A. Samad
Said yang juga telah dipertontonkan video deklamasinya ketika set induksi.

Kerja Kursus Projek


10
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

3.0 Kemahiran Bernilai Tambah

Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, salah


satu aspek ang perlu dititik beratkan adalah Kemahiran Bernilai tambah. Kemahiran ini
merupakan “dunia sebenar” seorang murid. Kemahiran ini merangkumi kemahiran
berfikir, kemahiran teknologi maklumat dann komunikasi, kemahiran belajar cara
belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konsturktivisme dan
pembelajaran kontekstual.

3.1 Komponen kemahiran bernilai tambah

3.1.1 Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti


mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari
segi mengkonsepsikan idea menyelesaikan masalah atau membuat keputusan,
adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

3.1.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran ini perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat


menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan
menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan
tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

3.1.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran ini perlu diajar kepada murid supaya mereka peka terhadap
teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan
murid meningkatkan pengetahuan, kecekapan, bertindak untuk menghadapi
dunia yang semangkin mencabar dan sering berubah serta mengamalkan
pembelajaran seumur hidup.

Kerja Kursus Projek


11
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

3.1.4 Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik


murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku
pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat
membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya
murid mendapat manfaat yang maksimum.

3.1.5 Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merangkumi logik matematik, visual- ruang, muzik,


naturalis, intrapersonal, kinestetik, verbal-linguistik dan interpersonal. Oleh itu,
guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan
gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka
kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

3.1.6 Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid


yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini
menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar
sepanjang hayat.

3.1.7 Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran ini adalah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran


dengan pengalaman individu, masyarakat, dan alam bekerja. Pembelajaran
kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai secara konkrit yang
melibatkan latih amal dab berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna, dan menghayati
kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

4.2 Aplikasi dalam aktiviti pembelajaran

Kerja Kursus Projek


12
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) merupakan aspek penting dalam penyerapan


ketika pelaksanaan aktiviti pembelajaran. Dalam aktiviti yang dirancang oleh penulis,
terdapat beberapa KBT seperti kemahiran berfikir telah diserapkan. Murid-murid akan
membuat kaitan dan perhubungan selepas melihat beberapa bahan rangsangan.
Maksudnya, murid akan menghasilkan sajak ringkas setelah mendapat idea daripada
gambar yang diberi. Selain itu, beberapa aspek kemahiran belajar cara belajar dapat
diterapkan oleh guru kepada murid. Antaranya ialah kemahiran membaca termasuk
membaca bagi tujuan menyampaikan idea dan meluahkan perasaan. Pembacaan atau
deklamasi sajak nukilan murid Tahun 6 tersebut akan memberi penekanan terhadap
cara bacaan yang menekankan sebutan dan intonasi yang tepat dan berkesan.
Sementara itu, kemahiran mengingat dan menghafal juga turut ditekankan. Murid
digalakkan menghafal kosa kata sastera yang indah supaya dapat diserapkan dalam
penulisan sajak mereka. Murid juga perlu menguasai kemahiran mendengar khusunya
dalam mendengar lontaran bait-bait puisi sasterawan negara, A. Samad Said.

Seterusnya, unsur kajian masa depan juga ada diselitkan dalam aktiviti menulis
sajak tersebut. Murid dikehendaki memikirkan permasalahan yang berlaku pada masa
lampau, masa kini dan masa hadapan yang berkait rapat dengan tajuk pelajaran iaitu
‘Keamanan’. Sudah tentunya, murid dapat berfikir dengan baik dan mencetuskan
pelbagai persoalan dalam puisi sajak mereka. Selain itu, unsur kecerdasan pelbagai
dapat dikenalpasti seperti verbal linguistik iaitu murid boleh menggunakan kata-kata
secara berkesan melalui lisan atau tulisan. Seperti mana yang diketahui, hasil penulisan
mereka akan dideklamasikan secara lisan bagi menentukan sejauh mana keberhasilan
penulisan kreatif yang telah dibincang bersama kumpulan. Selain itu, kecerdasan
interpersonal diaplikasikan dalam aktiviti yang membolehkan murid bertindak secara
berpesan terhadap orang lain secara praktikal seperti mempengaruhi orang lain
terhadap isu keamanan. Kecerdasan yang seterusnya ialah kecerdasan intrapersonal
iaitu kebolahan murid memahami diri sendiri terhap pentingnya keamanan di negara
dan dunia. Kesimpulannya, setiap aktiviti pengajaran perlu diterapkan sebanyak
mungkin kemahiran bernilai tambah supaya murid dapat menguasai pelbagai ilmu.

4.0 Strategi Pembelajaran 5P


Kerja Kursus Projek
13
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep


penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras
dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.1 Konsep 5P

4.1.1 Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses


pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat
dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses
pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang
terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

4.1.2 Penyerapan

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran


bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian
masa depan boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan
disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.

Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu:

NILAI CONTOH

Baik hati 1. Belas kasihan


2. Bertimbang rasa
3. Murah hati
4. Saling memahami
5. Sedia memaafkan

Berdikari 1. Bertanggungjawab
2. Tidak berharap atau bergantung kepada
Kerja Kursus Projek
14
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

bantuan orang lain


3. Jaya diri
4. Yakin kepada diri sendiri

Berhemah tinggi 1. Kesopanan


2. Mengaku kesalahan sendiri
3. Ramah mesra

Hormat-menghormati 1. Hormat kepada ibu bapa


2. Hormat kepada orang yang lebih tua
3. Taat kepada raja dan Negara
4. Hormat kepadda hak asasi
5. Hormat kepada undang-undang
6. Menghargai maruah diri

Kasih sayang 1. Sayang kepada nyawa


2. Sayang kepada alam sekeliling
3. Cinta kepada Negara
4. Cinta kepada keamanan dan keharmonian

Keadilan 1. Bertindak adil


2. Sentiasa saksama

Kebebasan 1. Kebebasan di sisi undang-undang


2. Kebebasan dalam sistem demokrasi

Keberanian 1. Berani dengan tidak membuta tuli


2. Berani kerana benar
3. Berani mempertahankan kebenaran
4. Berani bertanggungjawab

Kebersihan fizikal 1. Kebersihan diri


Kerja Kursus Projek
15
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

dan mental
2. Kebersihan persekitaran
3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan

Kejujuran 1. Bersifat amanah


2. Bercakap benar
3. Sentiasa ikhlas

Kerajinan 1. Cekal
2. Daya usaha
3. Dedikasi
4. Gigih
5. Tekun

Kerjasama 1. Persaudaraan
2. Tanggungjawab bersama
3. Gotong-royong
4. Toleransi
5. Kebaikan bersama
6. Perpaduan

Kesederhanaan 1. Sederhana dalam meningkatkan kepentingan


diri dan orang lain
2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah
laku

Kesyukuran 1. Berterima kasih


2. Mengenang budi
3. Menghargai

Rasional 1. Boleh membuat pertimbangan

Kerja Kursus Projek


16
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

2. Boleh membuat penaakulan


3. Berfikiran logik dan terbuka

Semangat 1. Bermuafakat
bermasyarakat 2. Kejiranan
3. Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat

Semangat 1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia


kewarganegaraan 2. Bersemangat patriotik
3. Berusaha dan produktif

4.1.3 Pengayaan

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah


Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan,
bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk
digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti
tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang
telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal
daripada jangka masa yang ditentukan.

4.1.4 Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai


kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan.
Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat
permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat
daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah
mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
Kerja Kursus Projek
17
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

4.1.5 Penilaian

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan


pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan
maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif
pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian
berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas
seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan
setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti
pengayaan yang sesuai bagi murid.

.2 Aplikasi 5P dalam Aktiviti Pengajaran

Strategi pengajaran 5P sangat penting dalam merancang aktiviti untuk murid.


Penulis ada menerapkan unsur penggabungjalinan ketika merancang langkah aktiviti di
kelas tersebut. Kemahiran bahasa yang digabung jalin adalah di antara kemahiran
menulis dan membaca. Murid dikehendaki membaca dan mendeklamasikan sajak yang
mereka hasilkan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Berdasarkan aktiviti tersebut,
guru mungkin dapat mengenal pasti objektif pembelajaran pada hari tersebut.

Selain gabung jalin kemahiran bahasa, terdapat penggabungjalinan kemahiran


bahasa dengan kemahiran daripada subjek lain. Kemahiran yang dimaksudkan ialah
kemahiran daripada subjek muzik. Ketika murid mendeklamasikan sajak, guru akan
memasangkan muzik instrumental agar sajak yang dideklamasikan murid lebih
memberi kesan kepada isi kelas tersebut. Murid akan mengawal intonasi mereka selari
dengan muzik yang dimainkan bagi menggambarkan tekanan suprasegmental ketika
melafazkan bait-bait yang mereka hasilkan. Kemahiran mengawal nada dalam subjek

Kerja Kursus Projek


18
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

muzik tersebut dilihat mampu menambah rangsangan kepada murid dan menjadikan
mereka lebih bersemangat dalam menghasilkan sajak yang lebih puitis dan dramatis.

Selain strategi penggabungjalinan, dalam aktiviti yang dirancang juga terdapat


unsur penyerapan. Penyerapan yang dimaksudkan ialah penyerapan nilai dan ilmu
selain penyerapan kemahiran bernilai tambah yang telah diterangkan penulis pada
bahagian aplikasi KBT dalam aktiviti pengajaran sebelum ini. Bagi penyerapan nilai,
terdapat beberapa nilai yang dapat dilihat dengan jelas. Misalnya ialah nilai keberanian,
rasional, semangat bermasyarakat dan patriotisme. Tajuk yang dipelajari ialah
‘Keamanan’. Ini bermakna penyerapan nilai patriotisme, rasional dan semangat
bermasyarakat dapat diterjemahkan selain tindakan berani murid menghasilkan sajak
dan melontarkan idea dan bait-bait indah menunjukkan keberanian mereka.

Di samping itu, aktiviti yang dirancang oleh penulis turut memuatkan unsur
pengayaan. Setelah murid diajar kosa kata sastera hasil edaran sajak karya Usman
Awang, murid diberi aktiviti pengayaan iaitu menulis sajak secara berkumpulan.
Langkah tertib proses pembelajaran tersebut menampakkan unsur pengayaan aktiviti
dalam usaha menambah kecekapan kemahiran menulis setiap murid.

Akhir sekali, guru membuat penilaian sejauh mana objektif pengajaran tersebut
dapat dicapai. Aktiviti deklamasi sajak membolehkan guru mengenal pasti sejauh mana
pembelajaran penulisan sajak tersebut berkesan. Jika terdapat kumpulan yang gagal
menulis sajak dengan puitis atau sajak mereka tidak mengandungi kosa kata yang
indah, maka guru dapat membuat penilaian supaya kumpulan tersebut perlu diberi
latihan pemulihan agar objektif pengajaran tercapai.

Kerja Kursus Projek


19
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

5.0 Langkah-langkah aktiviti pengajaran

Tajuk : Sajak ‘Keamanan’

Tahun: Enam

Objektif :

 Murid dapat menghasilkan sajak yang puitis.


 Menyampaikan puisi yang dihasilkan dengan intonasi yang berkesan serta diksi
yang tepat dan puitis.

Hasil Pembelajaran

Fokus utama :
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang
mudah, menarik dan bermakna.

Aras 3 (i)

Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dangan
menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.

Fokus sampingan :

5.2 Membaca kuat teks dan prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 (i)

Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Kemahiran Bahasa :

Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.

Sistem Bahasa :

Kerja Kursus Projek


20
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Kosa kata, ungkapan.

Pengisian Kurikulum :

i. Ilmu – Sastera, Muzik dan Sosial (Sejarah, Sivik)


ii. Nilai – Keberanian, Rasional, Semangat bermasyarakat, Kerjasama, Patriotisme.
iii. KBT – Kemahiran Berfikir, Kajian Masa Depan, Kecerdasan Pelbagai.

Alat Bantu Mengajar :

LCD dan papan gulung, kertas majung, rakaman video sajak, komputer riba, gambar
(bercetak) peperangan, kertas bercetak (glosari istilah sastera), contoh teks sajak
(Usman Awang), muzik instrumental.

Langkah-Langkah Pengajaran

Set Induksi (5 minit)

Murid diminta menonton video deklamasi sajak oleh sasterawan negara,


A. Samad Said. Murid dikehendaki untuk mengenal pasti jenis puisi yang mereka
tonton. Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk pelajaran iaitu sajak ‘Keamanan’.

Contoh Interaksi Sosial Guru-Murid.

Guru : Adakah kamu semua kenal dengan lelaki ini?

Murid 1 : Kenal, cikgu. Namanya A. Samad Said.

Guru : Bagus Faizal. Kamu tahu jenis puisi yang dibacakan itu?

Murid 1 : Tidak, cikgu.

Murid 2 : Cikgu, saya tahu. Dia membaca sajak.

Guru : Pandai Amira. Kamu tahu cara untuk menulis sajak?

Murid 2 : Tidak, cikgu.

Kerja Kursus Projek


21
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Guru : Baiklah, cikgu akan ajar kamu tentang sajak hari ini.

Alat Bantu Mengajar

i. Tayangan video sasterawan bersajak


ii. Komputer riba dan LCD

Langkah 1 (20 minit)

Guru mengedarkan sajak ‘Kambing Hitam’ (Lampian 1-A) karya Usman


Awang. Murid turut diberi kertas bercetak yang mengandungi glosari istilah
sastera (Lampiran 1-B) dan diminta membacanya bersama-sama contoh teks
sajak karya Usman Awang. Murid-murid diminta menyenaraikan sekurang-
kurangnya dua patah perkataan yang dianggap puitis dan indah. Guru
menjelaskan maksud perkataan tersebut di samping menjelaskan gaya bahasa
lain untuk membantu murid menghasilkan sajak yang indah. Murid perlu menulis
setiap maksud yang diterangkan oleh guru di dalam helaian glosari. Guru
menyuruh murid menghasilkan satu ayat mudah dengan menggunakan
perkataan atau istilah sastera yang dibincangkan.

Contoh ayat yang dihasilkan murid.

Istilah sastera yang dipetik daripada sajak.

i. Komentar- Penyajak itu membaca komentar dengan bersemangat.


ii. Perkauman- Masalah perkauman itu semakin melarat.
iii. Muhibah- Semangat muhibah amat penting bagi sesebuah negara.
iv. Makmur- Negara aman dan makmur jika rakyat bersatu padu.

Alat Bantu Mengajar

i. Kertas bercetak (glosari istilah sastera).


ii. Teks sajak Usman Awang bertajuk ‘Kambing Hitam’.

Kerja Kursus Projek


22
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Nilai

i. Rasional
- Murid boleh membuat pertimbangan dan penaakulan setelah membaca
contoh teks sajak ‘Kambing Hitam’. Murid akan cuba untuk memahami mesej
yang terkandung dalam sajak. Setelah guru mengedarkan glosari istilah
sastera, murid dapat menaakul makna perkataan yang tidak difahami sekali
gus cuba untuk mengingatnya. Nilai rasional juga wujud apabila murid cuba
untuk mencipta ayat yang ringkas dengan menggunakan istilah yang baharu
sebagai latihan pengukuhan terhadap diksi dalam sajak.
ii. Berdikari
- Apabila murid diberikan tugasan, mereka akan berusaha untuk
melakukannya tanpa bantuan sesiapa. Mereka juga akan bertambah yakin
dengan diri sendiri dalam menjawab soalan yang diberikan. Helaian istilah
glosari berperanan sebagai panduan bagi mereka dalam mencipta dan
memahami sajak. Selebihnya, atas kehendak dan usaha mereka sendiri.
iii. Kasih sayang
- Nilai ini dapat diterapkan ketika murid membaca sajak Usman Awang
yang bertajuk ‘Kambing Hitam’. Sajak tersebut jelas menyentuh hati dan
sanubari pembaca khususnya kepada mereka yang hidup pada tarikh
keramat 13 Mei 1969. Melalui aktiviti pembacaan secara senyap sajak
berikut, murid dapat melahirkan rasa kasih dan sayang mereka terhadap
negara. Selain itu, akan wujud rasa cinta kepada kedamaian dan keamanan
dalam hidup mereka kerana gambaran peristiwa berdarah dalam sajak
tersebut membuatkan rasa mual dan benci mereka kepada peperangan.
iv. Semangat bermasyarakat
- Rasa peka terhadap isu-isu semasa dalam masyarakat jelas dapat
disuaikan dengan tajuk pengajaran iaitu ‘Keamanan’. Melalui pembacaan
murid terhadap sajak tersebut, murid dapat memahami isu-isu lampau dalam
masyarakat dan secara langsung telah membawa diri mereka ke dunia
Kerja Kursus Projek
23
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

perpecahan dan perbalahan kaum itu. Dari situ, murid akan sedar bahawa
mereka perlu berjaga-jaga dan tidak hanya membiarkan diri membatu
melihat dunia kabut.
v. Patriotisme
- Sajak tersebut juga dapat melahirkan rasa patriotik murid kepada tanah
air yang tercinta. Mereka mungkin akan menghargai perjuangan pemimpin
lampau yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aman
dan harmonis.

Ilmu

i. Sejarah
- Penyerapan ilmu pengetahuan lain dalam langkah pengajaran yang
pertama ini amat jelas dilihat kerana sajak yang digunakan mengimbau
sejarah lama dan perisitiwa lampau. Sejarah telah membuktikan bahawa
negara ini suatu masa dahulu pernah dikejutkan dengan peristiwa hitam
perbalahan kaum yang memaksa segenap ruang dan lubang ditutup semata-
mata mengelakkan diri daripada ancaman pelbagai jenis penagih darah.
ii. Sastera
- Ilmu sastera adalah ilmu sampingan lain yang terkandung dalam
pengajaran ini. Murid dapat memahami genre puisi yang diajarkan selain
cuba untuk mendalami sesebuah sajak. Dengan adanya aktiviti pengajaran
seperti ini, mungkin ada murid yang berminat dalam penulisan bahan
sastera.

Kerja Kursus Projek


24
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Langkah 2 (20 minit)

Murid diminta untuk membentuk lima kumpulan kecil. Guru mengedarkan


beberapa gambar bercetak perihal peperangan (Lampiran 2-A) kepada setiap
kumpulan sebagai rujukan murid menghasilkan sajak bertemakan ‘keamanan’.
Murid dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya satu ayat sajak yang
bertemakan ‘keamanan’. Setiap kumpulan hendaklah menggunakan istilah
sastera yang dirasakan sesuai yang boleh diambil daripada glosari (Lampian 1-
B). Murid diberikan kertas majung dan pen ‘marker’ untuk menulis sajak yang
dibincangkan bersama. Guru meninjau pekembangan setiap kumpulan dan
memberi bantuan sekiranya murid lari daripada tajuk ataupun sajak yang
dihasilkan tidak menepati syarat.

Contoh sajak.

Senapang merata-rata dihunus

Teriakan si anak menutupi bunyi senjata

Darah menumpah ke bumi sendiri

Tiada lagi kuasa

Tiada lagi kudrat

Yang tinggal hanya pusara.

Alat bantu mengajar.

i. Edaran bercetak (glosari dan gambar peperangan)


ii. Kertas majung dan pen.

Kerja Kursus Projek


25
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Nilai

i. Berani
- Apabila murid ditugaskan untuk menghasilkan sajak secara berkumpulan,
mereka perlu menunjukkan sikap berani bagi mengeluarkan idea-idea
yang bernas dan diksi yang indah. Meskipun terdapat ramai anggota
kumpulan, bagi murid yang berani, ia sepatutnya tidak malu untuk
menegakkan kebenaran dalam melontarkan cadangan. Murid akan bijak
menilai baik buruk suatu hasil sajak itu dan sepatutnya menegah
kesalahan yang ada di samping membetulkannya. Jadi, sikap berani
bertanggungjawab dalam kumpulan akan wujud.
ii. Kerjasama
- Sikap toleransi dan memikirkan kebaikan bersama dapat disemai melalui
aktiviti ini. Murid dapat bekerja dalam suatu budaya kerja yang positif dan
dipahat rasa persaudaraan bersama. Konsep memahami dan difahami
dapat diaplikasikan supaya tidak timbul persengketaan dalam
menghasilkan sebuah sajak yang terbaik.
iii. Rasional
- Murid dapat berfikir secara rasional dalam menghasilkan bait-bait yang
bertemakan ‘Keamanan’. Berpandukan gambar yang telah diberikan
kepada setiap kumpulan, mereka akan lebih jelas dengan apa yang
dimaksudkan dengan tema tersebut. Untuk itu, mereka perlu berfikir
secara logik bagi menunjukkan rasa benci terhadap persengketaan dan
rasa cinta kepada keamanan.
iv. Kerajinan
- Sudah pasti murid akan menunjukkan sikap rajin mereka dalam
melakukan kerja berkumpulan. Tambahan pula, penghasilan sajak
sememangnya memerlukan daya usaha yang lebih khususnya dalam
memikirkan bait-bait yang sesuai dan berpaut pada tema yang disediakan.
Sikap dedikasi murid sangat diperlukan untuk mendapatkan produk yang
berkualiti dan segar supaya dapat bersaing sengit dengan kumpulan yang
lain.
Kerja Kursus Projek
26
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Ilmu

i. Sastera
- Ilmu sastera sudah pasti terselit semasa pelaksanaan aktiviti berkumpulan
ini. Murid belajar cara menghasilkan penulisan kreatif iaitu sajak dengan
mengguanakan istilah sastera yang indah dan puitis. Selain itu, guru juga
dapat mengajarkan sedikit sebanyak bentuk sajak yang bebas supaya
murid akan mengenal jenis-jenis sajak yang biasa dikarang oleh
pengkarya di negara ini. Ilmu sastera juga membabitkan pengenalan
murid terhadap unsur-unsur gaya bahasa. Guru tidak seharusnya
menekankan aspek ini, tetapi boleh diterapkan secara ringkas sebagai
pengenalan kepada murid Tahun 6 kerana mereka bakal belajar perkara
yang sama di sekolah menengah nanti.

Langkah 3 (10 minit)

Wakil-wakil setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil


perbincangan sajak. Guru membimbing murid cara mendeklamasikan sajak
dengan berkesan. Setiap wakil kumpulan perlu mendeklamasikan sajak yang
dicipta dengan penuh penghayatan. Murid mendeklamasikan sajak sambil
diiringi muzik instrumental dan gambar (slide) perperangan daripada pancaran
LCD.

Alat bantu mengajar

i. Muzik instrumental
ii. Gambar perperangan (slide)
iii. Pancaran LCD dan Papan Gulung.
iv. Komputer riba

Kerja Kursus Projek


27
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Nilai

i. Berani
- Keberanian murid terserlah apabila mereka berani untuk
mendeklamasikan sajak di hadapan rakan-rakan sekelas. Selain itu, murid-
murid juga akan melontarkan emosi mereka semasa melafazkan bait-bait
indah bekenaan dengan tema ‘Keamanan’. Mereka menjadi semakin berani
untuk menegakkan kebenaran dan berasa berhak untuk mendapatkan
layanan yang seyogia di bumi Malaysia.
ii. Kasih sayang
- Kasih sayang mereka terhadap negara terserlah apabila mereka
menghayati sajak yang dikarang. Murid akan meluahkan rasa cinta mereka
kepada negara dan memastikan keamanan serta keharmonian terjamin
biarpun hidup dalam berbilang bangsa.
iii. Patriotisme
- Patriotisme bermaksud semangat cinta akan negara dan sanggup
melakukan apa sahaja demi negara. Semasa melakukan aktiviti ini, setiap
murid yang mendeklamasikan sajak akan bersungguh-sungguh meluahkan
rasa cinta mereka dengan menemplak kebebalan sesetengah pihak yang
cuba memusnahkan keamanan negara.

Ilmu

i. Muzik
- Ilmu pengetahuan lain yang diserap ketika melakukan aktiviti ini ialah ilmu
muzik. Semasa mendeklamasikan sajak, guru akan memainkan muzik
instrumental seiringan dengan lontaran bait-bait sajak. Melalui aktiviti ini,
murid dapat menerapkan ilmu muzik supaya persembahan mereka
bertambah menarik. Misalnya, ketika lagu tersebut berada di tempo yang
perlahan, murid-murid perlu menyesuaikannya dengan nada yang perlahan
begitu juga sebaliknya. Oleh itu, secara tidak langsung persembahan
deklamasi mereka akan menjadi lebih bertenaga.
Kerja Kursus Projek
28
Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

ii. Sastera
- Seperti mana yang diketahui, aktiviti deklamasi sajak sememangnya
memerlukan bakat dalam bidang sastera supaya pendeklamasi dapat
menghayati bait-bait indah yang puitis dan dramatis. Untuk itu, langkah
pengajaran yang direncanakan sedikit sebanyak memerlukan murid
mendalami ilmu sastera.
iii. Sosial
- Subjek pengetahuan sosial seperti sejarah dan sivik turut terkandung
dalam aktiviti ini. Penyerapan ilmu sosial membolehkan murid mengetahui
isu masyarakat dan sejarah silam yang berlaku di Malaysia. Melalui subjek
sivik yang dipelajari, murid dapat melontarkan idea dan pendapat mengenai
pesekitaran masyarakat lebih-lebih lagi dalam mengekalkan keamanan
sejagat.

Penutup (5 minit)

Guru merumuskan pengajaran sajak yang dihasilkan. Guru bertanyakan


murid tentang apa yang mereka faham berkenaan sajak. Guru mengimbas
kembali cara-cara menulis sajak. Murid membuat sumbang saran tentang
keindahan sajak dengan bimbingan guru. Guru memberi tugasan tambahan
sebagai aktiviti pengukuhan dan penilaian.

Nilai

i. Rasional
ii. Keberanian

Ilmu

i. Sastera

Kerja Kursus Projek


29

Anda mungkin juga menyukai