Anda di halaman 1dari 6

‫السلم عليكم‬

ّ‫ح‬
‫ق‬ َ ‫ن ال‬ ِ ‫سْوَلُه ِبالُهَدى َوِدْي‬ ُ ‫ل َر‬ َ‫س‬
َ ‫ي َأْر‬ ْ ‫ل اّلِذ‬ِ ‫حْمُد‬ َ ‫ال‬
ْ ‫شَهُد َأ‬
‫ن‬ ْ ‫ن َأ‬
َ ‫شِرُكْو‬ ْ ‫ن ُكّلِه َوَلْو َكِرَه الُم‬ ِ ‫عَلى الّدْي‬ َ ‫ظِهَرُه‬ْ ‫ِلُي‬
‫سْوُلُه الّلهّم‬ُ ‫عْبُدُه َوَر‬َ ‫حّمًدا‬ َ ‫سّيَدَنا ُم‬َ ‫ن‬ ّ ‫شَهُد َأ‬ْ ‫ل َوَأ‬ ُ ‫لِإلَه ِإل ا‬
‫عَلى آِلِه‬َ ‫حّمٍد َو‬ َ ‫سّيِدَنا ُم‬َ ‫ى‬َ ‫عل‬ َ ‫ك‬ ْ ‫سّلْم َوَباِر‬ َ ‫ل َو‬
ّ‫ص‬ َ
‫ن …َأّما‬ ِ ‫ن ِإَلى َيْوِم الّدْي‬ ٍ ‫سا‬
َ‫ح‬ ْ ‫ن َتِبَعُهْم ِبِإ‬ْ ‫حاِبِه َوَم‬َ‫ص‬ ْ ‫َوَأ‬
‫ن ِإل‬ّ ‫ق ُتَقاِتِه َولتَموُُْت‬ ّ َ‫ل ح‬ َ ‫ل ! اّتُقْوا ا‬ ِ ‫عَباَد ا‬ ِ ‫َفَيا‬..…‫َبْعُد‬
َ ‫سِلمُْو‬
‫ن‬ ْ ‫… َوَأْنُتْم ُم‬
Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian
Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal :

ۖ ‫ص ۬‌ًۖة‬
ّ ‫خ ٓا‬
َ ‫ظَلُموْا ِمنُك ۡم‬
َ ‫ن‬ َ ‫ن ٱّلِذي‬ ّ ‫صيَب‬
ِ ‫ل ُت‬ّ ‫َوٱّتُقوْا ِف ۡتَن ً۬ة‬
ِ ‫شِديُد ٱ ۡلِعَقا‬
‫ب‬ َ ‫ل‬َّ ‫ن ٱ‬ ّ ‫َوٱ ۡعَلُم ٓوْا َأ‬
Maksudnya :

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan
sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan
menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian.

Firman Allah Ta’ala:

ِ ‫ت َأْيِدي الّنا‬
‫س‬ ْ ‫سَب‬
َ ‫حِر ِبَما َك‬
ْ ‫ساُد ِفي اْلَبّر َواْلَب‬
َ ‫ظهََر اْلَف‬
َ
“Telah berlaku kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia.”
(QS. Ar-Rum: 41)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu
ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di
belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu
benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah
ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan
buhtan (pembohongan besar)."

(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Hari ini umat Islam dihidangkan dengan berita-berita yang mengaibkan peribadi seseorang. Ia
terpampang di dada-dada akhbar dan dijadikan berita muka hadapan. Umat Islam pula secara
terbuka membicarakan berita-berita yang mengaibkan itu tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa
apa yang diperkatakan mendatangkan dosa yang besar dan kemurkaan Allah SWT. Hadis yang
dibacakan dengan jelas menegaskan bahawa yang menjadi soal bukan samada berita yang
dihebah dan dihebohkan itu benar ataupun tidak. Peringatan penting dari hadis itu ialah
perbuatan menghebah dan menyebarkan berita yang menjatuhkan maruah dan mengaibkan
seseorang adalah dosa besar meskipun ianya benar. Kalaulah berita benar sekalipun sudah
dihukum berdoasa apatah lagi jika berita yang dihebahkan itu cerita bohong maka dosanya jauh
lebih besar lagi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Kita diberi amaran yang sangat keras dari Allah SWT tentang membicarakan sesuatu yang tidak
ada kepastian sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu
yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara
timur dan barat."

(Riwayat Muslim)
Firman Allah dalam Surah al-hujerat

ّ‫ن ِإن‬ ّ ‫ظظ‬ّ ‫ن ٱل‬َ ‫ن َءاَمُنظظوْا ٱ ۡجَتِنُبظظوْا َكِثيظ ً۬را ّمظ‬ َ ‫َيَأ ّٰٓيظ َہا ٱّلِذي‬
‫ضظظُكم‬ ُ ‫ل َي ۡغَتظظب ّب ۡع‬ َ َ‫سظظوْا و‬ُ‫س‬ ّ‫ج‬ َۖ‫ن ِإ ۡث ۬‌ٌۖم َو‬
َ ‫ل َت‬ ّ ‫ظظظ‬
ّ ‫ض ٱل‬ َ ‫َب ۡعظظ‬
ۖ‫خيِه َم ۡي ً۬تا َفَكِر ۡهُتُمو ‌ُۚه‬ ِ ‫ل َل ۡحَم َأ‬َ ‫ب َأحَُد ُڪ ۡم َأن َيأُۖۡڪ‬ ِ ‫ض ‌ۚا َأُي‬
ّ ‫ح‬ ً
‫حي ٌ۬م‬ِ ‫ب ّر‬ٌ ۬ ‫ل َتّوا‬ َّ ‫ن ٱ‬ ‫َوٱّتُقوْا ٱ ّ‌َۚل‬
ّ ‫ۖ ِإ‬
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu
adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan
yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi
maha Pengasihani".

Al-Hujurat 12

Inilah perkara asas dalam agama kita yang perlu diperhatikan dengan serius kerana perbuatan
mendedahkan keaiban seseorang sangat besar kesannya di dalam masyarakat. Ia bolih
menjejaskan nama baik dan maruah diri dan keluarganya, menimbulkan tanggapan negatif,
menghilangkan kepercayaan bahkan mencetuskan permusuhan dan huru hara. Kita diharamkan
mendedahkan keaiban seseorang meskipun ia benar. Bagaimana pula jika yang disebarkan itu
fitnah atau ‘buhtan’ yaitu cerita bohong…

Daripada Abdullah bin ’Amar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang Islam yang
sebenarnya ialah orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara daripada gangguan
lidah dan tangannya dan orang yang sebenarnya berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa
yang dilarang oleh Allah”. Ini adalah lafaz Imam Bukhari. Dalam riwayat Imam Muslim
perawi (Abdullah bin ‘Amar) r.a. berkata: “Sesungguhnya ada seorang bertanya Nabi s.a.w.
katanya: “Orang Islam manakah yang lebih baik”? Nabi s.a.w. menjawab: “Orang yang mana
orang-orang Islam yang lain terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah


Kita bukan sahaja dilarang menghebahkan keaiban seseorang bahkan mencari-cari kesalahan
seseorang yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi juga dilarang. Dari satu riwayat yang
mahsyur 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan
yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai
Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar
bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu
mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah
berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah
memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-
mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi
salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun
meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan
bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin
daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga
diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din,
3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Imam al-Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumuddin’ dalam bab Hisbah menyatakan suruhan
Amar Makruf hanya berlaku apabila ia ditinggalkan secara terang-terangan dan nahi mungkar
hanya berlaku apabila maksiat nyata dilakukan secara terang-terangan. Ini bererti umat Islam
diharamkan dari mengintip dan mencari kesalahan seseorang, sedangkan dia sendiri
melakukannya secara sembunyi kerana tidak mahu aibnya diketahui masyarakat.

Sabda Rasulullah SAW

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)"


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Lantaran itu Prof Dr yusuf Qardhawi mengatakan tidak ada peruntukan undang-undang bagi
menjatuhkan hukuman ke atas orang yang melakukan maksiat secara bersembunyi

Al-Qardhawi: Min fiq ad-daulah fil Islam

Kata Dr Yusuf Al-Qardhawi

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara
sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun
boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik
atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang
ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia
mengubahnya...."
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Perkara ini semakin serius apabila ia melibatkan qazaf iaitu
menuduh seseorang melakukan jinayah zina tanpa mengemukakan empat orang saksi dan tidak
melalui proses atau saluran undang-undang.

َ‫ش َہَد ٓاء‬ ُ ‫ت ُثّم َل ۡم َي ۡأُتوْا ِبَأ َۡبرَعِة‬ ِ ‫صَن ٰـ‬


َ ‫ن ٱ ۡلُم ۡح‬ َ ‫ن َي ۡرُمو‬ َ ‫ٱّلِذي‬
‫ش َہ ٰـَدًة َأَب ً۬د ‌ۚا‬َ ‫ل َت ۡقَبُلوْا َلُه ۡم‬َ ‫ج ۡلَد ً۬ة َو‬ َ ‫ٱ ۡجِلُدوُه ۡم َثَم ٰـِني‬
َ ‫ن‬
َ ‫سُقو‬
‫ن‬ ِ ‫ك ُهُم ٱ ۡلَف ٰـ‬ َ ‫ِٰٕٮ‬
ٰٓ ٰ‫َوُأْوَلـ‬
Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada
perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang
saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian
mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat
4).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tindakan mendedahkan aib peribadi adalah sesuatu yang diharamkan oleh Allah. Namun Islam
adalah agama yang memelihara kemaslahatan umum dan tidak akan melindungi perbuatan zalim
yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Jika perbuatan itu melibatkan kezaliman ke atas
seseorang seperti jenayah pembunuhan, rogol, rompak dan sebagainya maka maka menjadi
kewajipan untuk perbuatan ini didedahkan supaya orang yang dizalimi mendapat pembelaan dan
orang lain terpelihara dari menjadi mangsa seterusnya.

Firman Allah SWT.

ٰ‫ظِل ‌َۚم‬
ُ ‫ل َمن‬ ِ ‫ن ٱ ۡلَق ۡو‬
ّ ‫ل ِإ‬ َ ‫ج ۡهَر ِبٱلسّ ٓوِء ِم‬ َ ‫ل ٱ ۡل‬
ُّ ‫ب ٱ‬ ّ ‫ح‬
ِ ‫ل ُي‬
ّ
‫عِليًما‬
َ ‫سِميًعا‬
َ ‫ل‬ُّ ‫ن ٱ‬َ ‫َوَكا‬
ّ ‫س ٓو ٍ۬ء َفِإ‬
َّ ‫ن ٱ‬
‫ل‬ َ ‫خ ۡيًرا أَ ۡو ُت ۡخُفوُه َأ ۡو َت ۡعُفوْا‬
ُ ‫عن‬ َ ‫ن ُت ۡبُدوْا‬
‫ن عَُف ّ۬وا َقِديًرا‬
َ ‫َكا‬
Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan
dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi,
dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu
kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap
kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa:
Ayat 148-149).

‫ظْيِم َوَنَفَعِني َوِإّياُكمْ ِبَما‬ ِ ‫ن الَع‬ ِ ‫ي َوَلُكْم ِفي الُقْرآ‬ ْ ‫ل ِل‬ُ ‫كا‬ َ ‫َباَر‬
‫ل ِمّني َوِمْنُكْم ِتلَوَتُه‬ َ ‫حِكْيِم َوَتَقّب‬َ ‫ت َوالّذْكِر ال‬ ِ ‫ن الَيا‬ َ ‫ِفْيِه ِم‬
ْ‫ي وََلُكم‬ ْ ‫ظْيَم ِل‬ِ ‫ل الَع‬ َ ‫سَتْغِفُر ا‬ ْ ‫سِمْيُع الَعِلْيُم َوا‬
ّ ‫ِإّنُه ُهَو ال‬
ِ ‫ن َوالُمْؤِمَنا‬
‫ت‬ َ ‫ت َوالُمْؤِمِنْي‬ ِ ‫سِلَما‬ ْ ‫ن َوالُم‬ َ ‫سِلْمي‬
ِ ‫ساِئِر اُلْم‬
َ ‫وَِل‬
َ ‫جاَة الّتاِئِبْي‬
‫ن‬ َ ‫ن َوَيا َن‬َ ‫سَتْغِفِرْي‬ ْ ‫سَتْغِفُرْوُه َفَيا َفْوَز الُم‬
ْ ‫َفا‬