Anda di halaman 1dari 10

KOLOKIUM SEJARAH

Tingkatan Enam Atas

Tajuk :
Pengaruh Rakan Sebaya di Dalam Kelas
Mempengaruhi Minat dan Tingkah Laku
Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sejarah.

Nama Ahli :
Siti Aishah Maulad Jainudin
Judith Ambrose
Kenneth ak Jarin
Siti Zulaikha binti Salim
Voon Ming Hann

Penjelasan

1
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh rakan sebaya di dalam kelas
dalam mempengaruhi minat dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Hal ini adalah
bertujuan untuk mengenalpasti sama ada rakan sebaya di dalam kelas mampu memberi pengaruh
dalam prestasi dan minat pelajar. Di samping itu, terdapat juga isu yang meyatakan bahawa
personaliti rakan sebaya di dalam kelas itu mampu mempengaruhi dalam perkembangan minat
dan seterusnya mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

Penghargaan

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutama sekali
kepada guru kajian tindakan yang sudi memberi peluang kepada kumpulan kami untuk
menjayakan kajian ini. Tidak lupa juga kepada guru – guru Tingkatan Enam, khususnya Puan
Norazah binti Zakaria yang telah banyak bertungkus – lumus membantu dan memberi tunjuk
ajar sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada rakan – rakan terutama responden pelajar tingkatan 6 kerana telah memberi kerjasama
semasa kajian ini dijalankan. Tanpa kerjasama dari mereka semua, kami tidak mungkin akan
dapat menyiapkan kajian ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Abstrak

Tujuan kami menjalankan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada rakan sebaya
di dalam kelas benar – benar memberikan pengaruh dalam minat dan tingkah laku pelajar
terhadap mata pelajaran sejarah. Kami menjalankan kajian melalui kaedah soal selidik kepada
para pelajar yang berada dalam Tingkatan 6 tahun 2010. Melalui respon soal selidik yang kami
peroleh, kami mendapati bahawa majoriti pelajar Tingkatan 6 bersetuju bahawa individu yang
duduk di sebelah di dalam kelas banyak mempengaruhi dalam minat dan tingkah laku pelajar
terhadap pelajaran. Kajian ini penting dalam mengenal pasti sama ada personaliti rakan sebelah
di dalam kelas ini memberi impak dalam mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap
pelajaran.

2
SENARAI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1. Penjelasan 2
2. Penghargaan 2
3. Abstrak 2
4. Masalah Penyelidikan 2-4
 Pengenalan kepada masalah penyelidikan
 Objektif penyelidikan
 Kekangan penyelidikan
5. Rujukan 4-5
 Teori
 Penyelidikan yang berkaitan
6. Metologi Penyelidikan 5-6
 Reka bentuk penyelidikan
 Populasi
 Kaedah penyelidikan
 Prosedur pengumpulan data
7. Keputusan Penyelidikan 6-7
 Maklumat pemaklum balas
 Dapatan penyelidikan
8. Perbincangan 7-24
 Kesimpulan dapatan kajian
 Hasil dapatan
 Cadangan penyelidikan
9. BIBLIOGRAFI 25

3
MASALAH PENYELIDIKAN

Pengenalan kepada masalah penyelidikan

Kajian ini penting untuk memberi pendedahan terhadap pengaruh rakan sebaya di dalam
kelas ke atas minat dan tingkah laku yang turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti
faktor sosial dan persekitaran fizikal. Kelas merupakan tempat yang terbaik untuk pelajar belajar,
mengulangkaji serta tempat untuk menyiapkan kerja sekolah. Namun begitu, sekiranya keadaan
persekitaran ini tidak memuaskan, perkara ini boleh memberi pengaruh yang negatif terhadap
pelajar, khususnya dalam bidang akademik.

Tambahan pula, setiap pelajar mempunyai tingkah laku dan tabiat masing – masing, dan
adakalanya mereka amat mudah terpengaruh dengan orang – orang di sekeliling mereka. Oleh
itu, pelajar yang berada di dalam persekitaran yang baik akan mendatangkan kesan positif ke atas
diri mereka.

Warga SMK Tunku Abdul Aziz amat menggalakkan pertumbuhan sosial dan emosi yang
baik dalam kalangan pelajar di dalam kelas. Pelajar dididik dengan amalan yang baik di dalam
kelas sejak dari peringkat sekolah agar menjadi perisai dalam menuju ke alam kedewasaan.

Objektif Penyelidikan

Objektif penyelidikan kajian ini ialah :

i. Rakan sebaya di dalam kelas mempunyai hubungan yang signifikan ke atas pencapaian
pelajar dalam mata pelajara sejarah.
ii. Rakan sebelah di dalam kelas mempunyai hubungan yang signifikan ke atas perubahan
dan tingkah laku pelajar semasa belajar mata pelajaran sejarah.

Kekangan Penyelidikan

Kajian ini dilaksanakan ke atas 15 orang pelajar Tingkatan 6 rendah di SMK Tunku Abd.
Aziz. Jadi, kajian ini adalah terbatas kepada pelajar Tingkatan 6 rendah sahaja. Kajian ini hanya
menggunakan kaedah soal selidik yang dijadikan sebagai instrumen kajian. Oleh sebab itu,
keberkesanan kajian ini adalah sangat bergantung kepada sejauh mana kejujuran dan keikhlasan
para pelajar dalam menjawab borang soal selidik yang diberikan.

4
Penyelidikan yang berkaitan

Sulaiman Shamsuri (1985, dalam Hasmaliza Husain 1990 : 8) menjelaskan bahawa


kemajuan seseorang pelajar dari segi fizikal, mental dan psikologi bergantung kepada pelajar itu
sendiri dan dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu latar belakang keluarga, pengalaman dan
reaksi terhadap pengalaman itu sendiri.

Menurut Baharuddin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002 : 73)
pula, pengaruh rakan sebelah terhadap seseorang individu lebih banyak berbanding pengaruhnya
dalam membentuk personaliti serta gaya tingkah laku positif atau negatif. Selain itu, pengaruh
rakan sebelah juga boleh memahirkan lagi pembelajaran melalui perbincangan terutamanya bagi
rakan yang cemerlang.

METOLOGI PENYELIDIKAN

Reka Bentuk Penyelidikan

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik . Kaedah ini digunakan
kerana membolehkan penyelidik memahami keseluruhan skop kajian dengan sampel yang kecil
serta dapat mengukur pendapat, sikap dan tingkah laku responden

Populasi

Populasi untuk kajian ini ialah seramai 15 orang pelajar Tingkatan 6 rendah di SMK
Tunku Abd. Aziz.. Tujuan kami menjadikan pelajar Tingkatan Enam rendah tahun 2009/2010
sebagai responden kerana akan memudahkan penyelidikan kami di samping dapat mengecilkan
lagi skop kajian yang dijalankan.

Kaedah Penyelidikan

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan
satu kajian deskriptif. Data deskriptif biasanya dikumpul dengan mentadbir soal selidik, menemu
bual pelajar, memerhatikan peristiwa atau menganalisis sumber – sumber dokumentari. Kami
juga mengedarkan sendiri borang soal selidik kepada responden yang terlibat untuk mendapatkan
data.

Prosedur Pengumpulan Data

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set soal selidik yang dibuat
menerusi perbincangan dengan guru penasihat kami, iaitu Puan Norazah bt. Zakaria . Soal selidik
ini mengandungi dua bahagian iaitu :

 Bahagian A : Soal selidik tentang maklumat peribadi pelajar

5
 Bahagian B: Soal selidik mengenai pengaruh rakan sebelah di dalam kelas
mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran.

Item – item dalam bahagian A dibina untuk mengetahui maklumat peribadi responden
manakala bahagian B pula digubal untuk mendapatkan maklumat mengenai hubungkait
pengaruh rakan sebelah mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran. Item
dalam bahagian B berbentuk soalan yang menggunakan skala “ Tidak Setuju” dan “Setuju”.

KEPUTUSAN PENYELIDIKAN

Maklumat Pemaklum Balas terhadap :

i. Minat

BIL PERNYATAAN SETUJU TIDAK


SETUJU
1 Rakan sebelah antara faktor yang mendorong saya 10 5
berminat terhadap pelajaran sejarah
2 Perbincangan bersama rakan sebelah yang berkaitan 12 3
dengan pelajaran mempengaruhi prestasi pelajaran
saya.
3 Saya berasa gembira apabila ditanya mengenai 15 0
masalah dalam pelajaran oleh rakan sebelah.
4 Saya tidak pernah berasa jemu apabila berbincang 15 0
dengan rakan sebelah mengenai hal-hal berkaitan
pelajaran.
5 Saya tidak berasa bosan setiap kali rakan sebelah 13 1
mengemukakan soalan-soalan tentang pelajaran.
6 Saya akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji 10 5
setiap kali rakan sebelah saya mengulangkaji
pelajaran.
7 Prestasi akademik rakan sebelah yang baik 15 0
mempengaruhi saya untuk berusaha bersungguh-
sungguh.
8 Saya mengulangkaji dan membuat perbincangan 5 10
bersama rakan sebelah secara sukarela.
9 Setiap kali rakan sebelah saya bertanya kepada guru 5 10
mengenai hal pelajaran,saya terdorong untuk bertanya
kepada guru juga.

6
ii. Tingkah Laku

Bil Pernyataan SETUJU TIDAK


SETUJU
1 Rakan sebelah merupakan antara faktor yang 10 5
mendorong saya mengubah sikap saya
2 Saya tidak pernah berasa marah apabila rakan 14 1
sebelah menegur sikap negatif saya
3 Saya tidak kisah seandainya rakan sebelah 14 1
menegur sebarang tingkah laku saya
4 Saya berasa sikap saya semakin positif apabila 10 5
bersama sama rakan sebelah
5 Saya terdorong untuk mengubah sikap saya 13 2
apabila rakan sebelah saya lebih berdisiplin
6 Saya tidak akan menemani rakan sebelah saya 0 15
bersembang apabila dia mengajak saya
bersembang walaupun ketika guru sedang
mengajar

Dapatan Penyelidikan

a. Minat

BIL PERNYATAAN STS TS KS S SS


(%) (%) (%) (%) (%)
1 Rakan sebelah antara faktor yang mendorong saya 4.5 13.6 38.6 34.1 9.1
berminat terhadap pelajaran.
2 Perbincangan bersama rakan sebelah yang berkaitan 4.5 2.3 34.1 43.2 16.0
dengan pelajaran mempengaruhi prestasi pelajaran
saya.
3 Saya berasa gembira apabila ditanya mengenai 4.5 4.5 22.7 50.0 18.2
masalah dalam pelajaran oleh rakan sebelah.
4 Saya tidak pernah berasa jemu apabila berbincang 4.5 11.4 22.7 50.0 11.4
dengan rakan sebelah mengenai hal-hal berkaitan
pelajaran.
5 Saya tidak berasa bosan setiap kali rakan sebelah 4.5 9.1 22.7 48.0 16.0
mengemukakan soalan-soalan tentang pelajaran.
6 Saya akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji 6.8 4.5 32.0 41.0 16.0

7
setiap kali rakan sebelah saya mengulangkaji
pelajaran.
7 Prestasi akademik rakan sebelah yang baik 9.1 9.1 9.1 43.2 30.0
mempengaruhi saya untuk berusaha bersungguh-
sungguh.
8 Saya mengulangkaji dan membuat perbincangan 4.5 9.1 22.7 50.0 14.0
bersama rakan sebelah secara sukarela.
9 Setiap kali rakan sebelah saya bertanya kepada guru 9.1 2.3 25.0 54.5 9.1
mengenai hal pelajaran,saya terdorong untuk bertanya
kepada guru juga.

Rakan sebelah antara faktor yang mendorong saya berminat terhadap


pelajaran.
12
10
8
Bilangan

Lelaki
6 Perempuan
4
2
0
STS TS KS S SS
Pendapat

mani rakan sebelah bersembang apabila diajak bersembang walaupun ketika guru sedang
mengajar ialah seramai 2 orang atau 4.5%, diikuti pula seramai 9 orang responden atau 20.5%
setuju serta 6 orang responden atau 13.7% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Seramai 3
orang responden lelaki atau 6.8% tidak setuju dan 2 orang responden atau 4.5% sangat tidak
setuju dengan penyataan di atas.

KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Kesimpulannya, pengaruh rakan sebelah di dalam kelas telah memberi kesan terhadap
minat dan tingkah laku pelajar – pelajar Tingkatan 6 Atas terhadap pelajaran di SMK Matang

8
Jaya Kuching Sarawak. Pengaruh lebih cenderung baiknya dalam akademik setiap pelajar
manakala rakan sebelah merupakan pengaruh utama dalam membentuk minat dan tingkah laku
para pelajar.

Hal ini telah menunjukan bahawa pelajar Tingkatan 6 Atas mudah terpengaruh dengan
sikap rakan sebelah mereka di dalam kelas. Para pelajar lebih cenderung terhadap minat dan
tingkah laku yang positif dan mereka tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh yang negatif.
Selain itu, mereka mempunyai inisiatif sendiri untuk mengelakkan diri mereka daripada
terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh negatif.

CADANGAN PENYELIDIKAN

Menerusi kesimpulan di atas, kumpulan kami telah membincangkan cadangan dalam


merubah minat dan tingkah laku rakan sebelah terhadap pembelajaran di dalam kelas ke atas
pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas.

Cadangan penyelidikan kami ialah;

i. Para guru di SMK Matang Jaya boleh menentukan tempat duduk para pelajar bersesuaian
dengan prestasi akademik dan sikap mereka.
ii. Guru subjek juga boleh menentukan kedudukan pelajar di dalam kelas bersesuaian
dengan rakan di sebelah yang boleh mendorong pelajar yang lemah identit yang lebih
cemerlang.
iii. Para pelajar juga boleh memilih rakan sebelah mereka mengikut pencapaian akademik
dan tingkah laku yang sesuai dengan mereka.

Semua cadangan di atas boleh membentuk generasi yang cemerlang menerusi pengaruh
rakan sebelah yang baik. Oleh itu, pengaruh rakan sebelah di dalam kelas memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran dan perubahan
sikap pelajar ini boleh menonjolkan identiti sebenar seorang pelajar.

BIBLIOGRAFI

9
Hoel J, Parker J, and Rivenberg J (2004). Peer Effects : Do First-Year Classmates, Roomates and
Dormmates Affects Student’s Academic Success.

Sekaran U (2003). Research Methods for Business. A Skill Building Approach, 4th Edition. New Jersey :
John Wiley and sons.

William Wiersma (2002) : Research Methods in Education An Introduction 7th Edition, University of
Toledo, Allyn and Bacon.

10