Anda di halaman 1dari 1

Rela bunuh anak demi Farmville

MIAMI: Seorang wanita berang kerana tangisan bayinya mengganggu dia bermain Farmville di Facebook mengaku
salah membunuh dengan menggoncang anaknya itu sehingga mati, lapor media semalam.

Alexandra V Tobias, 22, dari Jacksonville, mengaku menyebabkan kematian Dylan Lee Edmondson, tiga bulan,
Januari lalu.

Florida Times-Union melaporkan, Alexandra naik angin kerana suara Edmondson mengganggu tumpuannya.

Alexandra menggoncang Edmondson, berhenti seketika untuk merokok dan menggoncangnya sekali lagi.
“Bayi itu mungkin terhantuk ketika dia digoncang,” lapor akhbar itu. - AFP
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Britain guna Facebook, Twitter kesan penjenayah


LONDON: Polis Britain akan melatih anggotanya untuk menjejak penjenayah dengan kaedah lebih canggih melalui
latihan terbarunya.

Jurucakap polis berkata, antara kaedah diajar kepada 3,500 pelatih baru itu adalah cara mengesan penjenayah di
laman sesawang Twitter dan Facebook bagi mendapatkan saksi.

“Ia adalah kaedah terkini untuk memerangkap penjenayah.


“Melalui pendekatan ini, polis dapat mengesan individu yang ada kaitan dengan penjenayah terbabit,” katanya.

Facebook dan Twitter sangat popular di Britain dan salah laku seseorang sering terdedah dalam akaun mereka.
Ia boleh digunakan pihak berkuasa serta pendakwa mengaitkan seseorang dengan jenayah.

Melalui latihan terbaru itu, polis turut diajar bagaimana mendapatkan maklumat daripada komputer, telefon bimbit
dan peralatan elektronik lain. Program itu mula diajar Januari depan. - Agensi

(FB dh jd teman, diary, tempat luahkan masalah.....................)

Anda mungkin juga menyukai