GAYATIRI BALASUBRAMANIAM, SARANYA SELVADORAI, SUAPNAH MUNIADY, VAISNAVY CHANDRA. Perkembangan fizikal pula… Merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. (Woolfolk & Margetts, 2007) TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL Berfokus kepada penyelidikan kajian ekstensif beberapa orang kanak-kanak. Kanak-kanak diumpamakan seperti tumbuh-tumbuhan. Menekankan kesediaan dan kematangan dan mendapati kanak-kanak secara semula jadi bersedia membaca apabila umur mentalnya sudah mencapai 6 ½ tahun. Melihat kematangan biologi sebagai perubahan fisiologi. Perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. TEORI PERKEMBANGAN ROBERT HAVINGHURST Konsep kajian perkembangan meliputi bidang pertengahan antara 2 teori yang bertentangan: Teori 1 =teori kebebasan-kanak-kanak akan berkembang dengan lebih baik jika dibiarkan bebas bergerak. Teori 2 =teori kongkongan/sekatan-kanak- kanak perlu belajar untuk menjadi seorang dewasa. Proses perkembangan sebahagian antara keperluan individu dan tuntutan masyarakat. Ini dianggap interaksi antara pelajar aktif dengan persekitaran sosial yang aktif. Proses perkembangan bayi dan awal kanak-kanak. 1.belajar berjalan 2.belajar mengambil makanan pepejal. 3.belajar untuk mengawal pembuangan najis. 4.belajar perbezaan seks dan kesederhanaan seksual. 5.mencipta konsep dan bahasa pembelajaran Awal kanak-kanak ( 2-6 tahun) Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini dua kali ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya mungkin empat kali ganda. Otot-otot besar sudah mula berkembang. Kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada peringkat ini cepat daripada perkembangan kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak ( 7-12 tahun) Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umue sebelas tahun apabila kanak-kanak Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas. Belajar untuk bermain. Kanak-kanak lelaki cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan di padang. Awal Remaja ( 13 – 15 tahun) Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi.. Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan mula kearah dewasa. Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh. Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh. Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau ‘suara pecah’. Tubuh badannya bertambah tegap, bulu ketiak dan misai mula kelihatan. Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki , namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa mencapai akil baligh lebih lama. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja dan akibatnya mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan remaja perempuan. Bagi remaja lelaki perubahan yang akan berlaku ialah suara menjadi garau, misai dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula tumbuh, mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar mula membesar. Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah akil baligh. Bagi remaja perempuan pula perubahan yang akan dialami seperti buah dada (payudara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari. Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan, jerawat mula tumbuh, mula didatangi haid, suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang. 5 Peringkat Perkembangan Psikomotor PERINGKAT CIRI-CIRI PERKEMBANGAN Pertama ( sejak lahir- 1 •1 bulan-tangisan yang berbeza untuk kehendak tahun) berlainan •4 bulan-pergerakan mata mengikut objek •6 bulan-boleh menggenggam objek •7 bulan-duduk dan merangkak •1 tahun- berdiri dengan berpaut pada kerusi Kedua (1-2 tahun) •Jalan bertatih •Faham isitilah ‘jangan’ •Boleh berjalan Ketiga (2-3 tahun) •Boleh makan sendiri dan boleh berlari bercakap dengan ayat yang mudah. Keempat (3-4 tahun) •Menunggang basikal beroda tiga menuruti arahan yang mudah daripada ibu. Kelima (4-5 tahun) •Mula bergaul , banyak bertanya , dan bersedia ke kelas( prasekolah) Perkembangan Psikomotor kanak- kanak umur 7 - 12 Belajar kemahiran fizikal lebih sesuai untuk permainan biasa. Membina tabiat keseluruhan seseorang perkembangan manusia. Belajar untuk bersama dengan orang yang sebaya. Belajar mengenai sebagai seorang yang maskulin atau feminine. Perkembangan kemahiran asas seperti membaca, menulis, dan mengira. Perkembangan konsep yang sesuai untuk kehidupan harian. Perkembangan kepercayaan,moral dan nilai. Mencapai kebebasan peribadi. Perkembangan psikomotor awal remaja umur 13 - 18 tahun Pencapaian baru dan hubungan lebih matang dengan kedua-dua jantina. Membina peranan sebagai lelaki dan wanita. Menerima fizikal seseorang dan menggunakannya secara efektif. Menerima kebebasan beremosi ibubapa dan dewasa lain. Bersedia untuk hubungan perkahwinan dan membiana keluarga. Memperoleh nilai dan sistem etika dan membina ideologi. Terima kasih…