Anda di halaman 1dari 5

RINGKASAN EKSEKUTIF

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN


RINGKASAN EKSEKUTIF
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

1 UNIVERSITI Universiti Malaysia Sabah (UMS)

2 INSTITUSI Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial telah ditubuhkan pada


tahun 1996. SPPS mula beroperasi dengan 73 orang pelajar berdaftar
dan empat orang pensyarah perintis dengan menawarkan program
sains sosial dan ekonomi; berlokasi di kampus sementara di Batu 10,
Jalan Tuaran. Pada tahun 1999, sejajar penyempurnaan pembinaan
kampus utama UMS di Teluk Sepanggar, SPPS telah berpindah ke tapak
tetapnya dan mula menawarkan lebih banyak program bidang
pendidikan. Buat masa ini, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial
menawarkan enam (6) program peringkat Sarjana Muda, enam (6)
program peringkat Sarjana (Kerja Kursus), Program Sarjana dan Doktor
Falsafah secara penyelidikan dan dua (2) program Diploma Pendidikan.
Sehingga tahun 2009, seramai 2050 pelajar telah mengikuti program
pendidikan peringkat ijazah sarjana muda di Sekolah Pendidikan dan
Pembangunan Sosial. Program-program yang ditawarkan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan keihtisasan supaya generasi guru
baru terlahir bukan sahaja berwawasan, berkaliber dan berakhlak mulia,
tetapi juga berupaya untuk menerajui era pendidikan demokratik.

3 PERINGKAT
Ijazah Sarjana Muda.
PENGAJIAN

4 TAHUN
Semester 2 (Semester 1 bagi PPG), Sesi 2010/2011.
DIMULAKAN

5 JANGKA MASA 5.1 Jangka Masa Pengajian


PENGAJIAN / Program dijalankan secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dengan jangka
KAEDAH masa pengajian seperti berikut:
Pengajian Minimum Maksimum
Pendidikan Jarak Jauh 4 Tahu 5 Tahun
(PJJ) (8 Semester) (10 Semester)

5.2 Kaedah Pengajian


Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
Pelajar yang akan mengikuti program pengajian ini secara
Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di mana pelajar akan
berada di tempat kerja masing-masing dan mereka akan
mempelajari melalui:
a. Modul - pembelajaran adalah melalui modul yang lengkap
bagi setiap kursus.
b. Pelajar akan menduduki peperiksaan di UMS, Kota
Kinabalu.
6 JUSTIFIKASI 6.1 SPPS, UMS yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda
MENGADAKAN Pendidikan Dengan Kepujian (ISMP) mulai sesi kemasukan 1996
PROGRAM hingga kini, telah diminta oleh Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia supaya IPTA turut terlibat
bersama dalam mensiswazahkan guru sekolah rendah mengikut
keperluan mata pelajaran sekolah.
6.2 SPPS, UMS juga mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi
untuk mengendalikan program ISMP Sekolah Rendah mengikut
bidang-bidang yang diperlukan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
6.3 Kemudahan keperluan ICT yang mencukupi membolehkan SPPS,
UMS mengendalikan program secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
melalui Smart UMS yang sedia ada.
6.4 SPPS, UMS mampu menawarkan program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Sekolah Rendah) Dengan Kepujian mulai ambilan
2011/2012.

7 MATLAMAT 7.1 Melahirkan graduan dalam pendidikan sekolah rendah mengikut


PROGRAM bidang pengkhususan bagi mata pelajaran sekolah untuk
memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia.
7.2 Meningkatkan mutu profesionalisme guru sekolah rendah dalam
pengajaran dan pembelajaran mengikut bidang pengkhususan
mata pelajaran di sekolah.
7.3 Melahirkan profesional yang dapat menterjemahkan teori-teori
pengajaran dan pembelajaran kepada proses dan amalan
pendidikan di sekolah rendah.
7.4 Meningkatkan ilmu dan kemahiran guru sekolah rendah dalam
menangani isu-isu sosial dalam dunia pendidikan dan seterusnya
dalam masyarakat.
7.5 Memantapkan budaya penyelidikan secara berterusan dalam
bidang-bidang yang berkaitan di kalangan guru sekolah rendah.

8 HASIL Selepas mengikuti program ini graduan dapat:


PEMBELAJARAN 8.1 Menguasai ilmu dan pedagogi dalam bidang sekolah rendah.
8.2 Menguasai kemahiran teknikal dan mengajar sekolah rendah.
8.3 Menggunakan teknologi pendidikan dan ICT dalam pengajaran
sekolah rendah.
8.4 Mengamalkan tahap profesionalisma, nilai, sikap dan tingkah laku
beretika.
8.5 Menjalankan tanggungjawab sosial.
8.6 Berkomunikasi secara efektif dan boleh bekerja dalam pasukan.
8.7 Cekap mengurus maklumat dan berkebolehan belajar sepanjang
hayat.
8.8 Berfikir secara kreatif dan kritis.
8.9 Menjalankan penyelidikan.
8.10 Memberi respon terhadap isu-isu semasa di sekolah rendah.
9 STRUKTUR 9.1 Penilaian
KURIKULUM Penilaian dan pemarkahan adalah berdasarkan jadual di bawah.
Pemberian nilai gred bagi setiap semester adalah meliputi kerja kursus
dan penilaian-penilaian lain di sepanjang semester dan peperiksaan
akhir semester.

Pemberian nilai gred untuk sesuatu kursus yang ditawarkan oleh


Sekolah selain daripada kursus-kursus tanpa peperiksaan akhir
semester adalah dengan cara penilaian berterusan dan peperiksaaan
akhir semester yang tidak kurang daripada 30% dan tidak melebihi
50%. Gred dan nilai yang diberikan kepada sesuatu kursus adalah
seperti berikut:

Gred Mata Penilaian Peratusan Nilai


A 4.00 80 – 100 Cemerlang
A- 3.67 75 – 79
B+ 3.33 70 – 74 Kepujian
B 3.00 65 – 69
B- 2.67 60 – 64
C+ 2.33 55 – 59 Lulus
C 2.00 50 – 54
C- 1.67 45 – 49
D+ 1.33 40 – 44
D 1.00 35 – 39
E 0.00 0 – 34 Gagal

Kursus termasuklah kuliah, penyelidikan, kerja kursus, pengajaran


mikro dan makro, tutorial, dan latihan mengajar.

10 ETIKA Selain daripada kursus teras yang dikendalikan secara kuliah, tutorial,
KEMANUSIAAN kerja lapangan dan praktikum, pelajar juga dibekalkan dengan
‘personal development skills’ seperti kemahiran pengurusan, hubungan
etnik, kemahiran berfikir, etika, kursus bahasa dan kemahiran
berkomunikasi bagi melahirkan guru terlatih. Justeru, program ini dapat
melahirkan graduan yang:

10.1 Berkemahiran dan berpengetahuan.


10.2 Seimbang dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.
10.3 Berkebolehan untuk bergaul, berinteraksi dan membina pelbagai
aspek soft skills untuk pembinaan modal insan yang mantap.
10.4 Berfikiran kritis dan mampu membuat keputusan dengan
bijaksana.
11 PROGRAM YANG Berikut disenaraikan program akademik yang ditawarkan oleh SPPS:
SEDANG Bil Program Akademik
DITAWARKAN DI Doktor Falsafah Pendidikan
FAKULTI YANG 1. Penyelidikan
MEMOHON Sarjana Pendidikan
1. Penyelidikan
2. Pengurusan Pendidikan
3. Komputer dalam Pendidikan
4. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
5. Pendidikan Sains
6. Pendidikan TESL
7. Kurikulum dan Pengajaran
Sarjana Muda Pendidikan
1. Pendidikan dengan TESL (HT06)
2. Pendidikan dengan Sains (HT16)
3. Pendidikan dengan Sains Sosial (HT17)
4. Pendidikan dengan Ekonomi (HT18)
5. Pengurusan Pendidikan (HT24)
Sarjana Muda Sains Sukan
1. Sains Sukan (HS20)
Diploma Pendidikan
1. Sejarah (HT32)
2. Geografi (HT33)

Anda mungkin juga menyukai