Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting

daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi
belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temu duga, membaca buku atau bahan
lain. Kaedah mengambil nota yang baik akan membolehkan pelajar mengingat fakta atau
maklumat dalam jangka masa yang panjang. Ini perlu bagi mereka untuk menghadapi ujian
atau peperiksaan yang akan diadakan. Kemahiran mendengar yang baik mesti didahului
dengan sikap yang baik dan positif. Pelajar perlu mempunyai sikap yang positif terhadap
pengajaran guru seperti datang awal ke kelas, mencari tempat duduk yang strategik, membuat
persediaan awal dengan membaca perkara yang berkaitan dengan tajuk serta buku nota untuk
membuat catatan dan sedia mengikuti pengajaran guru dengan hati yang terbuka.

(Dipetik dari Kemahiran Belajar dan


Cara Belajar dalam Mengajar dan
Belajar Bahasa Melayu, 2007)

Anda mungkin juga menyukai