Anda di halaman 1dari 6

PENGLIBATAN PIHAK

SEKOLAH TERHADAP
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Farhad Bin Hassan
Hamzah Bin Abdul Mutalib
PKP 3111 – Tutorial 1
GURU BESAR
Jawatankuasa Pemulihan Khas yang diterajui oleh Guru
Besar hendaklah tegas di dalam
melaksanakan Kelas Pemulihan Khas sebagaimana yang
diarahkan oleh Kementerian
Pendidikan Khas melalui surat pekeliling KP (BS) 8502 /
5 / PK / Jld.V(26) bertarikh 28
Januari 1986.
 Surat pekeliling KP (BS) 8594 / Jld.II / 32 bertarikh 22
Januari 1985 telah mewujudkan semula perjawatan Guru
Pemulihan Khas dan guru ini dikehendaki berkhidmat
sepenuh masa melaksanakan Program Pemulihan Khas
sebagaimana yang ditetapkan.

 Semua sekolah rendah gred A dan gred B diperuntukkan


seorang guru pemulihan khas
dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan
guru asas ( n x 1.5 ) seperti
dalam kelayakan guru.

 Amalan melantik Guru Pemulihan Khas sebagai guru


ganti adalah tidak dibenarkan.
 Jika tidak ada guru yang menawarkan diri untuk menjadi guru
pemulihan khas, Guru Besar hendaklah menggunakan kuasanya
untuk mencalonkan mana-mana guru yang difikirkan sesuai
untuk dilantik menjadi guru pemulihan khas.

 Jika berlaku kekurangan guru di sekolah, Guru Besar tetap juga


dikehendaki melantik seorang guru tetap dan terlatih di sekolah
untuk menjadi guru
pemulihan khas. Kekosongan guru untuk mata pelajaran lain
hendaklah ditampung dengan Guru Sandaran Tidak Terlatih
(GSTT)
PERHATI AN
 Guru-guru berikut tidak boleh dilantikmenjadi guru pemulihan
khas :

 Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSST ),

 Guru yang sedang mengikuti mana-mana latihan perguruan seperti


Kursus dalam Cuti ( KDC ), Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah
( LPBS ) daln lain-lain,

 Guru yang berada di luar norma perjawatan sekolah iaitu Guru


Media, Guru Pusat Sumber dan Guru Bimbingan / Kaunseling dan
juga mana-mana perjawatan luar norma yang akan diwujudkan
kelak mengikut keperluan semasa,

 Guru Besar, semua Penolong Kanan / Guru Kanan dan Penyelia


Petang.
Mesyuarat
 Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Khas peringkat
sekolah hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 4 kali
dalam setahun dan minit mesyuarat hendaklah dicatat
dan difailkan di dalam Fail Jawatankuasa Pemulihan
Khas.

 Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Khas hendaklah


dipengerusikan oleh

 Penolong Kanan / Guru Kanan dengan Guru Besar


sebagai penasihat.

Anda mungkin juga menyukai