Anda di halaman 1dari 4

Tokoh-tokoh falsafah pendidikan islam

Ibn Bajjah

Umat Islam dipercayai telah sampai ke Sepanyol pada zaman sahabat lagi.
Kedatangan mereka telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat di sana
khususnya dalam bidang yang berkaitan keilmuan dan ketarnadunan. Bahkan kesan
tamadun Islam masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Ibn Maskawaih

Orang yang mengasaskan teori evolusi

bn Maskawaih atau nama sebenarnya Abu Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Yaakub
bin Maskawaih merupakan ilmuwan Islam yang terpenting. Walaupun pemikiran
falsafahnya tidak banyak dibicarakan tetapi beliau telah mengemukakan berbagai-bagai
teori falsafah penting yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah tokoh-tokoh
selepasnya.

Ibn Haitham

Kajian sainsnya digunakan oleh BaratIslam sering kali diberikan gambaran sebagai
agama yang rnundur lagi memundurkan. Islam juga dikatakan tidak menggalakkan
umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan ilmu. Kenyataan dan gambaran
yang diberikan itu bukan sahaja tidak benar tetapi bertentangan dengan hakikat sejarah
yang sebenarnya.

Jabir Ibn Haiyan

Bapa Ilmu Kimia

Jabir Ibn Haiyan (750-803 Masihi), yang lebih akrab dipanggil "Si Geber dari Abad
Pertengahan" juga dikenali sebagai "Bapa Ilmu Kimia Dunia". Beliau yang nama
penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, telah berhasil menempatkan dirinya sebagai
ilmuwan terkemuka sejak dia mengamalkan bidang perubatan dan alkimia di Kufah
(sekarang Iraq) di sekitar tahun 776 Masihi yang silam.
Badi'uzzaman Sa'id Nursi

Tokoh Mujahid dan Mujadid Islam Abad ke 14H

Setelah enam ratus tahun bertapak sebagai sebuah kerajaan agung, sejarah
menyaksikan detik detik kemuncak kelemahan Kerajaan Uthmaniyah. Sebenarnya detik
yang berlaku disekitar awal abad ke 14H itu, diancam oleh pelbagai serangan dalaman
dan luaran secara terancang.

Ibn Rusyd

Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova
pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam
sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga
di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes.

Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu
sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh
dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".

Al-Farabi

Digelar Aristotle kedua.

Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang
besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang
terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi.

Ibn Tufail

Ahli falsafah yang mendahului zaman.

Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang hebat. Namun begitu, falsafah
Islam tetap dianggap sebagai satu kelompok yang hilang dalam sejarah pemikiran
manusia. Maka tidak hairanlah, sejarah lebih mengenali tokoh-tokoh falsafah Yunani
dan barat jika dibandingkan dengan ahli falsafah Islam.
Ibn Qayyim

Menghuraikan falsafah ekonomi Islam.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 - 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam
kalangan orang Islam, tetapi ramai yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya
dalam falsafah ekonomi Islam. Ibn Qayyim banyak membincangkan konsep kekayaan
dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadi dan riba al-nasiiah, dan
mekanisme pasaran.

Al-Biruni

Ahli falsafah yang serba boleh.

Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada
ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai
memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan
falsafah.

Al-Razi

Karyanya menjadi rujukan dunia Eropah.

Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi
dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada
pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam
kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak setuju dengan
sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.

Ibn Sina

Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang
perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat.
Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau
lebih dikenali sebagai Avicenna.
Ibn Khaldun

Kemukakan teori ekonomi Islam

Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin
Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H Keluarganya
berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy,
dan SepanyoL Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan
Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu.

Malik Ben Nabi

Tokoh pemikir yang setanding dengan Iqbal

Malik Ben Nabi dilahirkan di Constantine, sebuah kota di Algeria Timur pada tahun
1906. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah Madrasah al-Quran di Perancis.
Disebabkan kepintaran dan kepandaiannya, Malik mendapat biasiswa bagi meneruskan
pengajiannya dalam kelas persediaan selama dua tahun di sekolah El-Djelis di
Constantine.dan lain2 lagi..

Anda mungkin juga menyukai