Anda di halaman 1dari 1

Pada era globalisasi ini, manusia kini dilimpahkan dengan pelbagai kemudahan bagi mempercepatkan

dan menyenangkan urusan kita. Perkembangan dalam teknologi misalnya penggunaan kad kredit,telah
membawa banyak impak terhadap kehidupan kita.
Implikasi kad kredit yang paling utama ialah menyenangkan urusan seharian manusia dan didapati
selamat untuk digunakan. Kad kredit merupakan alat yang selamat untuk para pengguna kerana kerugian
akibat dirompak dapat dikurangkan secara tidak langsung mengurangkan kadar jenayah ragut negara.
Kini kita tidak lagi perlu untuk membawa wang dalam jumlah yang banyak untuk berbelanja dan merasa
takut. bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'. Penggunaan kad kredit menawarkan lebih
keselamatan kepada si pengguna. Sesungguhnya kad kredit perlu dimiliki oleh setiap individu.
Pemilik kad kredit akan ditawarkan dengan pelbagai bentuk kemudahan yang istimewa dan perlindungan
insurans seperti insurans nyawa,kewangan dan kemalangan. Pemilik kad kredit boleh memohon had
kredit pengeluaran ditambah. Kemudahan
ini cukup penting semasa kecemasan.Ada
pengeluar kad kredit yang membolehkan
pemilik kad kredit menikmati kemudahan
pinjaman overdraf dan baki hutangnya
dijelaskan secara ansuran dengan kadar
bunga yang tinggi sedikit sahaja jika
dibandingkan dengan pinjaman bank.bak kata pepatah orang mengantuk disorongkan bantal. secara
totalnya,kad kredit membawa seribu kemudahan yang tidak kita jangka hanya melalui sekeping kad.
namun begitu,penggunaan kad kredit boleh mewujudkan budaya belanja yang kurang sihat dan tidak
terkawal. Seseorang pemegang kad kredit mungkin akan bebas
belanja tanpa had kerana kemudahan mengeluarkan
wang tunai pada bila-bila masa.Sikap senang dahulu
dan susah kemudian akan timbul.Ini seterusnya akan
menyulitkan kehidupan mereka nanti.
Penggunaan kad kredit mungkin akan
mendatangkan kesan negatif terhadap
ekonomi negara.Perbelanjaan yang tidak terkawal akan
mengakibatkan permintaan melebihi
penawaran. Ini akan membawa kepada
masalah inflasi di negara kita. Akhirnya,
negara kita akan menghadapi masalah
kemelesetan ekonomi.Kita perlu mengamalkan sikap ukur baju dibadan sendiri agar penggunaan kad
kredit tidak mendatangkan keburukan kepada kita. Sesungguhnya kita perlu mengawal perbelanjaan kita
ketika kemudahan kad kredit digunakan.
Kesimpulannya,untuk mengelakkan kesan negatif daripada penggunaan kad kredit kerajaan harus
mengadakan undang-undang dengan lebih ketat untuk mengawal penggunaan kad kredit. Bank-bank
harus mengehadkan pemilikan kad kredit di samping mengawasi had perbelanjaan agar mereka tidak
berhutang berlebihan.

Anda mungkin juga menyukai