Anda di halaman 1dari 15

Tutorial Photoshop

Bahagian 1
MEMASUKKAN FOTO DI DALAM IMEJ PEMANDANGAN

Di tutorial ini kita akan mempelajari bagaima hendak menampal foto satu satu imej ke satu imej
pemandangan.

Di sini saya menggunakan 2 keping imej iaitu:

Saya ingin meletakkan imej Shamshul Gawgaw di imej pemandangan di bawahnya.

Caranya:

1. Buka imej shamsul dengan menggunakan Photoshop.

2. Klik ikon quick mask di sebelah kanan

3. Mula "mengambil" imej shamsul menggunakan brush dan di sebelah kanan di tab swatches, pilih
warna hitam. Tentukan juga saiz berus yang betul di tab brushes.
4. Anda kemungkinan ingin membesar imej shamsul agar mudah untuk di lakarkan. Pilih kanta
pembesar dan klik di atas imej.

5. Mulalah mengambil gambar shamsul dengan brush. Semasa di dalam mode ini, setiap apa yang
kita ambil dia akan menjadi merah yang transparent. Sdra mungkin terpaksa ubah bentuk brush dari
kecil ke besar, besar ke kecil untuk pastikan ketajaman ambilan itu terutama di bahagian tepi imej.
6. Setelah siap, klik ikon standard mode di kiri ikon quick mask mode seperti rajah dalam no 2

7. Kemudian pilih Select -> Inverse. kita akan dapati hanya foto shamsul sahaja akan terpilih tanpa
latarbelakang putih itu.

8. Sekarang pilih Edit -> Copy.

9. Pilih imej pemandangan dan di sini anda pilih edit -> Paste
10. Ada kemungkinan anda perlu mengedit sedikit menggunakan ppikon pensil (menggantikan
brush) terutama untuk mengedit bahagian tepi foto supaya ia kelihatan bersih dari kesan tampalan.
 
Selamat berjaya.

Tutorial Photoshop
Bahagian 2
MEMBERSIHKAH WAJAH DI FOTO

Di tutorial ini kita akan mempelajari bagaimana hendak membersihkan dan melembutkan tone
kulit muka disamping mengurangkan kontras.

Di sini saya menggunakan 1 keping imej iaitu:


Sebelum Sesudah

1) mulakan Photoshop dan Open file dan pilih fail gif atau jpg anda.

2) Pastikan Image - Mode - RGBColor

3) Tekan Control + j untuk mencipta satu layer baru

4) Tugas pertama kita untuk membersihkan mana-mana kesan kotor yang tampak pada imej
seperti:

Klik di layer baru dan kini ambil Eyedropper Tool  dan pilih kawasan yang cerah di mana-
mana kawasan pipi yang bersih. Kemudian dengan brush tool dengan kadar 10 px hilangkan
tanda kotor itu supaya tanda itu hilang.

5) Kini di layer yang sama, dari menu pilih Filter -> Blur -> Gaussian Blur dengan kadar cuma
2.0
6) Di Panel layer - setkan blending option sebagai lighten.

7) Hasilnya anda akan perolehi imej yang lebih baik seperti ini:
8) Di perkemaskan lagi menggunakan peralatan pencerahan dan kontras (Image -> Adjustment
-> Brightness and Contrast) dan tetapkan nilai dengan bermain-main angka Brightness & Control
itu seperti berikut:

Hasil akhirnya ialah:


Selesai. Anda kini mempunyai satu potret yang lebih cantik dan lebih kemas.

Selamat berjaya.

Tutorial Photoshop
Bahagian 3
TITISAN AIR DI DAUN

Di tutorial ini kita akan mempelajari bagaimana hendak melukis satu titisan air di atas sekeping
daun.

Di sini saya menggunakan 1 keping imej iaitu daun.jpg

1) Mulakan Photoshop dan Open file dan pilih daun.jpg anda.

2) Tambahkan 1 layer (Layer -> New -> Layer -> OK) dan bina satu pilihan berbentuk bulat
menggunakan Elliptical Marquee Tool . Ia tak perlu bulat yang sempurna, asalkan ada rupa
bulat sudah memadai. Untuk tujuan pembelajarn di bahagian ini cuba ikuti sepertimana yang
saya lakukan di bawah.
3) Sekarang tekan huruf D pada keyboard supaya menjadikan warna foregroundnya hitam dan
backgroundnya putih.

4. Dengan pilihan bulatan yang masih aktif, sekarang pilih ikon gradient dan pilih jenis linear.

5. Di sebelah atas terdapat opsyen untuk gradient:

6. Pastikan anda memilih mengikut A, B dan C. Untuk C pastikan kotak reverse TIDAK
ditandakan.

7. Kita akan mula mengecat gradient ini dari satu penjuru atas ke penjuru bawah dengan sedikit
mengiring (dari titik merak ke titik biru)  seperti di bawah:

8. Setelah itu, tekan Ctrl D di keyboard.

9. Di layers palette setkan mod blending lapisan ini kepada Overlay.


10. Tambah Layer Style dengan mengklik ikon kecil di layer palette.

11. Pertama pilih Drop Shadow dengan setting seperti di bawah:

12. Kedua pilih Inner Shadow dengan setting seperti di bawah ini:
13. Anda akan memperolehi hasil seperti berikut:

14. Klik huruf X di keyboard. Untuk menjadikan titisan air itu lebih "natural" kita akan letakkan
satu titik putih di pepenjuru atas sebelah kiri menggunakan Brush Tool (Hard) dengan 6 atau 7
pix.
15. Sekarang dengan teknik yang serupa di 1 -14 anda boleh lakukan sendiri titisan air yang lain
dengan pelbagai bentuk dan setting yang anda sukai.

Mudah bukan?

Selamat berjaya.

Tutorial Photoshop
Bahagian 7
CANTUMAN BEBERAPA IMEJ (Kolaj)

Di tutorial ini kita akan mempelajari bagaimana hendak mencantum beberapa imej jadi satu dengan
teknik kolaj.

Saya akan menggunakan beberapa imej dan anda boleh menggunakan imej-imej anda sendiri. Buka
imej-imej itu di dalam photoshop anda.

 
1) Dengan menggunakan teknik yang pernah dipelajari di dalam pelajaran lalu, iaitu Mask, Elliptical
Marquee Tool, Gaussian Blur, Copy, Paste - gunakan cara yang sama untuk setiap imej kecuali imej
yang besar yang hendak dijadikan latarbelakang.

2) Untuk setiap keping imej saya ulangi secara ringkas di sini.

a.  Dengan menggunakan peralatan lasso, ambil imej yang dikehendaki dengan mengabaikan
latarbelakangnya. (TIPS: Untuk memudahkan pengambilan, gunakan kanta pembesar untuk
membesarkan imej dengan kadar 200%).

b. Kini kita akan menggunakan Mask. Klik ikon yang terdapat dibawah panel kawalan peralatan.

c. Kini anda pilih Filter -> Blur -> Gaussian Blur -> 5, (Anda boleh ubah angka ini kepada 10
misalnya, setelah itu klik  OK.

d. Klik semula ikon Mask dan diikuti dengan Edit - > Copy

e. Sekarang di imej dasar yang hendak dijadikan latarbelakang kilk Edit -> Paste. Dengan
menggunakan peralatan Move, anda boleh alihkan imej berkenaan di mana-mana yang anda suka.

f. lakukan ke atas setiap imej.

g. setelah selesai anda boleh Merge Down semua imej kepada satu dengan memilih Layer -> Merge
down. Jika ada imej yang tepinya tak berapa elok, anda boleh gunakan smudge tool dan Dodge tool
untuk membersihkan kawasan tepi supaya ia tidak kelihatan seperti ditampal.
Semuga anda berpuas-hati mengikuti tutorial ini.

Contoh lain:
Selamat berjaya.
 

Anda mungkin juga menyukai