Anda di halaman 1dari 3

Pendirian Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah Terhadap Yazid bin Muawiyah

Oleh
Hafiz Firdaus Abdullah

Yazid bin Muawiyah adalah salah seorang individu yang mendapat perhatian di dala
m sejarah Islam. Umat Islam terbahagi kepada tiga kumpulan apabila berinteraksi
dengannya. Ada yang mencela beliau serendah-rendahnya, ada yang memuji beliau se
tinggi-tingginya dan ada yang mengambil sikap pertengahan antara mencela dan mem
uji. Sikap orang-orang yang dipertengahan adalah sikap Ahl al-Sunnah wa al-Jama'
ah, dan sememangnya begitulah sikap orang-orang berilmu lagi adil yang berada di
atas kebenaran.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah memiliki sebuah penjelasan yang menar
ik dalam perkara ini. Ikutilah ia:

“Tidak berlaku sebelum ini perbincangan berkenaan Yazid bin Muawiyah dan tidak pul
a berbincang mengenainya menjadi salah satu urusan agama. Hanya setelah itu, set
elah berlaku beberapa peristiwa, segolongan orang melaknat Yazid bin Muawiyah se
cara terang-terangan. Bahkan mungkin dengan sedemikian mereka ingin melanjutkan
laknat tersebut kepada orang-orang yang lain pula.

Padahal kebanyakan Ahl al-Sunnah membenci perbuatan melaknat seseorang secara kh


usus. Setelah mendengar (perbuatan melaknat) sedemikian, maka timbul pula segolo
ngan orang yang berkeyakinan bahawa Yazid adalah daripada kalangan sahabat yang
utama dan seorang imam yang memberi petunjuk.

Maka golongan yang melampaui batas berkenaan Yazid terdiri daripada dua golongan
yang saling bertentangan. (Golongan yang pertama), mereka berkata bahawasanya b
eliau (Yazid) adalah seorang kafir zindiq dan sesungguhnya beliau telah membunuh
anak perempuan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, (para sahabat dari kala
ngan) Anshar serta anak-anak mereka pada peristiwa al-Hurrah (pembebasan kota Ma
dinah) untuk membalas dendam ahli-ahli keluarganya yang terbunuh, seperti datuk
sebelah ibunya yang bernama Utbah bin Rabi‘ah dan pakciknya yang bernama al-Walid
dan selain mereka. Juga disebut-sebut tentang beliau sebagai peminum arak dan me
lakukan maksiat secara terang-terangan.

(Golongan yang kedua pula) berkeyakinan bahawa Yazid adalah seorang imam yang ad
il, yang mendapat petunjuk lagi memberi petunjuk dan beliau daripada generasi sa
habat atau daripada sahabat yang utama, malah daripada kalangan wali-wali Allah
Ta’ala. Bahkan sebahagian mereka ada yang berkeyakinan bahawa Yazid adalah daripa
da kalangan Nabi-nabi dan mereka berkata: Sesiapa yang menentang Yazid maka Alla
h akan menghentikannya di dalam neraka jahannam……

Maka kedua-dua golongan ini bersikap melampaui batas terhadap Yazid dan mereka m
enyelisih apa yang disepakati oleh para ilmuan dan imam. Yazid bin Muawiyah lahi
r pada zaman khalifah Usman ibn Affan radhiallahu anh dan tidak pernah bertemu
dengan Nabi shallallahu alaihi wasallam. Oleh itu berdasarkan kesepakatan para
ilmuan, beliau bukanlah daripada kalangan generasi sahabat. Beliau juga bukanlah
masyhur dari sudut keagamaannya dan keshalihannya. Beliau hanyalah seorang dari
kalangan pemuda-pemudi Islam.

Pada waktu yang sama, beliau tidak kafir dan tidak zindiq. Beliau memegang jawat
an khalifah selepas ayahnya di atas kebencian sebahagian umat Islam dan keredhaa
n sebahagian yang lain. Beliau memiliki keberanian dan kemuliaan dan tidaklah be
liau menampakkan perbuatan-perbuatan maksiat sebagaimana yang dihikayatkan oleh
musuh-musuhnya.

Pada masa pemerintahannya, telah terjadi beberapa peristiwa yang besar. Peristiw
a pertama adalah pembunuhan Husain radhiallahu anh sedangkan beliau tidak memer
intahkan pembunuhan tersebut, tidak menampakkan kegembiraan terhadap pembunuhan
tersebut, tidak menusuk gigi taring (Husain) radhiallahu anh dengan besi dan ti
dak (memerintah agar) dibawa kepala Husain radhiallahu anh ke Syam. Akan tetapi
yang beliau perintahkan ialah agar memerhatikan Husain radhiallahu anh dan men
ahan urusannya, sekalipun sehingga perlu memeranginya. Akan tetapi orang suruhan
nya telah melebihi daripada apa yang diperintahkan dan al-Syamarzi telah mendoro
ng Ubaidullah bin Ziyad untuk membunuh Husain dengan tenteranya……

Maka mereka membunuh Husain secara zalim, demikian juga terhadap sebahagian dari
pada ahli keluarganya, radhiallahu anhum. Pembunuhan Husain radhiallahu anh ad
alah satu musibah yang besar. Sesungguhnya pembunuhan Husain dan pembunuhan Usma
n sebelum itu merupakan sebab utama berlakunya fitnah ke atas umat ini manakala
pembunuh kedua-dua mereka adalah seburuk-buruk makhluk di sisi Allah.

Tatkala ahli keluarga Husain radhiallahu anhum menghadap Yazid bin Muawiyah, be
liau memuliakan mereka dan menghantar mereka ke Madinah. Diriwayatkan bahawa Yaz
id melaknat Ubaidullah bin Ziyad atas pembunuhan Husain…… akan tetapi di sebalik itu
semua Yazid tidak menampakkan pengingkarannya terhadap peristiwa pembunuhan Hus
ain, beliau tidak menyokongnya dan tidak pula menghukumnya padahal itu (menghuku
m orang-orang yang bertanggungjawab) adalah satu kewajipan ke atas dirinya. Ini
menyebabkan para ahli kebenaran mencelanya disebabkan sikapnya yang meninggalkan
kewajipan (menjatuhkan hukuman) dan juga disebabkan oleh beberapa perkara lain.
Adapun musuh-musuh Yazid, mereka menokok tambah ke atasnya pelbagai kedustaan y
ang lain.

Adapun peristiwa kedua adalah berkenaan penduduk Madinah yang membatalkan bai‘ah
mereka kepada Yazid dan menghalau keluar orang-orang Yazid serta ahli keluargany
a. Maka Yazid menghantar sepasukan tentera kepada mereka dan memberikan syarat – j
ika mereka tidak taat dalam masa tiga hari, beliau akan memasuki kota Madinah de
ngan pedang dan menghalalkan darah mereka. Setelah tiga hari, tentera Yazid mema
suki kota Madinah dan membunuh penduduknya, merampas harta mereka dan menodai ke
sucian wanita mereka. Kemudian Yazid menghantar tenteranya ke kota Mekah yang mu
lia dan mengepungnya. Namun Yazid mati dalam suasana tenteranya sedang mengepung
kota Mekah. Ini semua merupakan permusuhan dan kezaliman yang dilakukan di atas
perintahnya.
Di atas peristiwa-peristiwa ini, Ahl al-Sunnah dan para imam umat ini berkeyakin
an untuk tidak mencela atau mencintai Yazid. Berkata Shalih bin Ahmad bin Hanbal
, aku bertanya kepada ayahku: “Satu kaum mereka berkata bahawa mereka mencintai Ya
zid.” Ayahnya (Imam Ahmad bin Hanbal) menjawab: “Wahai anakku! Bagaimana mungkin ses
eorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat boleh mencintai Yazid?” Aku bert
anya lagi: “Wahai ayahku! Maka kenapakah engkau tidak melaknat Yazid?” Ayahnya menja
wab: “Wahai anakku! Sejak bila engkau melihat ayah engkau melaknat seseorang?”

Dalam riwayat yang lain, orang berkata kepada (Imam Ahmad bin Hanbal): “Adakah eng
kau menulis hadis daripada Yazid bin Muawiyah?” Beliau menjawab: “Tidak, tidak ada k
emuliaan pada dirinya. Bukankah dia telah melakukan ke atas penduduk Madinah apa
yang dia lakukan?”
Maka di sisi para ilmuan dan para imam kaum muslimin, Yazid adalah seorang raja
daripada raja-raja. Mereka tidak mencintainya seperti mencintai orang-orang yang
shalih dan wali-wali Allah. Pada waktu yang sama mereka tidak mencelanya. Ini k
erana mereka (para ilmuan dan para imam kaum muslimin) tidak suka melaknat seora
ng muslim secara khusus.

Ini berdasarkan sebuah hadis di dalam Shahih al-Bukhari daripada Umar bin al-Kha
ththab radhiallahu anh, bahawa seorang lelaki yang digelar ‘Himar’ sering meminum a
rak. Setiap kali dia dihadapkan kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam, dia di
pukul (sebagai hukuman hudud). Maka (setelah beberapa ketika) berkata seorang le
laki: “Semoga Allah melaknatnya. Berapa kali dia sudah dihadapkan kepada Nabi shal
lallahu alaihi wasallam!” Lalu Nabi shallallahu alaihi wasallam menjawab: “Jangan
melaknat dia kerana sesunguhnya dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.”

Namun demikian segolongan daripada Ahl al-Sunnah membolehkan melaknat Yazid kera
na mereka berkeyakinan bahawa beliau telah melakukan kezaliman yang membolehkan
laknat ke atas pelakunya. Manakala segolongan yang lain berpandangan boleh menci
ntai Yazid kerana sesunguhnya beliau seorang muslim yang memegang jawatan khalif
ah pada zaman para sahabat dan dibai‘ah oleh para sahabat. Malah mereka berkata, t
idaklah sah apa yang dinukil tentang (kezaliman-kezaliman) Yazid padahal beliau
memiliki beberapa kebaikan atau beliau seorang mujtahid dalam apa yang dilakukan
nya.

Yang benar adalah apa yang diperkatakan oleh para imam bahawa mereka tidak mengk
hususkan kecintaan kepada Yazid mahupun melaknatnya. Sekalipun beliau seorang ya
ng fasiq atau zalim, maka Allah akan mengampuni seorang yang fasiq dan zalim jik
a orang itu memiliki beberapa kebaikan yang besar. Sesungguhnya al-Bukhari di da
lam Shahihnya telah meriwayatkan daripada Ibn Umar radhiallahu anhuma bahawa Na
bi shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Pasukan tentera yang pertama menyerang
Konstantinopel, maka Allah mengampunkan mereka”. Pasukan pertama yang menyerang Ko
nstantinopel adalah dibawah pimpinan Yazid bin Muawiyah.”

Demikian penjelasan Ibn Taimiyyah, dinukil secara berpisah daripada Majmu al-Fat
awa, jld. 3, ms. 409-413.