Anda di halaman 1dari 12

Teori

Persekitara
n

Teori
Pembelajaran
Sosial

Teori Teori
Pelaziman Pelaziman
Operan Klasik
Teori Pelaziman Klasik
• Ditemui oleh Ivan Pavlov (1849-1936)
• Kajian berkaitan peranan air liur dalam penghadaman
melalui eksperimen ke atas anjing
• Tujuan utama untuk menentukan hubungan di antara
kehadiran makanan di mulut anjing dengan pengeluaran
air liur oleh anjing
• Hasil kajian – anjing bukan sahaja mengeluarkan air liur
apabila melihat makanan, tetapi juga apabila melihat
pengkaji memberikan makanan kepadanya
• Hal ini berkaitan bagaimana rangsangan semula jadi
menjadi kebiasaan apabila sesuatu rangsangan kerap
diberikan
Teori Pelaziman Operan
• Dikaji oleh B.F. Skinner (1905-1990)
• Beliau menggunakan prinsip peneguhan iaitu peneguhan
positif dan peneguhan negatif yang bertindak sebagai
pengukuh tingkah laku
• Contohnya – selepas melakukan sesuatu tingkah laku yang
tepat, burung merpati memperoleh peneguhan iaitu
makanan dan peneguhan ini memperkuatkan tingkah
lakunya
• Prinsip hukuman - adalah akibat negatif yang membawa
kepada pengurangan dalam kekerapan tingkah laku itu
dilakukan
• Contohnya – apabila seorang anak mencuri itu dipukul,
maka kecenderungan untuk mencuri adalah kurang
Teori Pembelajaran Sosial
• Dikemukakan oleh Albert Bandura yang berpendapat
individu itu banyak dipengaruhi oleh orang lain melalui
cara pemerhatian
• Pembelajaran pemerhatian terhasil apabila manusia
memerhatikan tingkah laku orang lain dan mencatatkan
akibat tingkah laku itu.
• Terdapat empat proses dalam pemerhatian :
– Penangguhan
– Reproduksi motor
– Penumpuan
– Peneguhan
• Penangguhan – apabila hendak bertingkah laku,
seseorang itu akan meletakkan pemerhatiannya
ke dalam memori ingatan supaya dapat
digunakan apabila sesuatu keadaan memerlukan
• Reproduksi motor – tanda kejayaan hanya mula
nampak apabila seseorang itu dapat mengawal
tindakan motor semasa bertingkah laku dan
bertindak
• Peniruan bermula menjadi sesuatu paten dalam
tingkah laku tetapi bukan pada kemahiran yang
sempuna
• Penumpuan – seseorang itu perlu memberi
perhatian kepada model supaya ianya dapat
diaplikasikan terus dalam tingkah laku mereka
• Model perlu mempunyai ciri autoriti khusus
seperti mempunyai kuasa, kedudukan dan
karisma
• Peneguhan – kejayaan peniruan bergantung
kepada tindakan dan tingkah laku seseorang
meniru dan mengulanginya ataupun
sebaliknya.
Teori
Konteks

Teori
Ekologi

Teori
Sistem
Dinamik
Teori Ekologi
• Diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner
( 1917 sehingga sekarang)
• Terdapat empat tahap dalam perkembangan
teori ini :
– Mikrosistem
– Mesosistem
– Ekosistem
– Makrosistem
• Mikrosistem – kanak-kanak terdedah kepada
persekitaran yang berbentuk pada apa yang ada di
depan mata termasuklah pengaruh objek-objek
fizikal seperti patung, struktur persekitaran serta
peranan dan persekitaran ahli keluarga terdekat
seperti ibu bapa dan adik beradik
• Mesosistem – merangkumi hubungan kanak-kanak
dengan persekitaran yang lebih luas dan bagaimana
persekitaran ini mempengaruhi kanak-kanak .
Contohnya bagaimana kanak-kanak bergaul di
sekolah lebih-lebih lagi apabila mahu memulakan
alam persekolahan dan pertama kalinya berpisah
dengan keluarga
• Ekosistem – menghubung kaitkan kanak-kanak
dengan persekitaran yang mungkin kurang
berkaitan dalam hidup mereka. Melihat
bagaimana kanak-kanak didedahkan dengan
jiran, tempat kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu
bapa dan intitusi sosial lain
• Makrosistem – menyentuh pengaruh
hubungan kanak-kanak dengan persekitaran
yang jauh lebih besar. Hubungan ini
termasuklah sistem nilai sosial, perubahan
sejarah, polisi sosial dan media massa
Teori sistem dinamik
• Menganggap tingkat sistem yang kompleks adalah
daripada keadaan yang asas dan mudah tanpa
memerlukan perancangan yang besar bagi
pembangunan
• Sebagai contoh, dalam ‘Model Sistem Dinamik
Berjalan’, elemen berbeza yang terlibat semasa
proses berjalan bertindak sebagai kawasan di bawah
kawalan
• Aspek perkembangan yang paling lambat adalah
komponen kadar limitasi yang bertindak sebagai
pengehad perkembangan kelajuan dalam tingkah laku
berjalan kanak-kanak
• Bagi kebanyakan kanak-kanak, peringkat terakhir
yang perlu ditempuh semasa belajar berjalan
adalah kekuatan kaki
• Selepas tenaga mencukupi, kanak-kanak seterusnya
perlu pandai mengimbangkan badan dan pandai
menggerakkan dan mengubah badan dari pelbagai
sudut terutamanya seawal langkah pertama
• Seterusnya, apabila sistem motor, otak dan badan
sudah dapat berfungsi dengan baik, maka lahirlah
satu bentuk pembelajaran baru iaitu kanak-kanak
pandai berlari

Anda mungkin juga menyukai