Anda di halaman 1dari 19

UJIAN MENENTUKAN KEKUATAN

 Ujian yang dilakukan untuk menguji kekuatan ialah :


- ujian kekuatan mampatan (menggunakan ujian kiub)
- ujian kekuatan tegangan

ALAT DAN BAHAN:


1.Acuan kiub berukuran 150mm atau 100mm. Ia digunakan bagi batu baur
yang bersaiz tidak melebihi 40mm dan 25mm. Acuan kiub untuk ujian
hendaklah diperbuat daripada keluli atau besi tuang dengan permukaan
dalam yang licin. Setiap acuan metilah mempunyai plat tapak daripada keluli
untuk menyokong dan mengelakkan kebocoran.
2.Rod pemadat diperbuat daripada keluli berdiameter 16mm dan panjangnya
600mm
3.Mesin ujian mampatan
PROSEDUR:
1.Acuan dan plat tapak hendaklah dibersihkan dan disapu dengna minyak untuk
mengelakkan konkrit melekat pada sisi kiub. Plat tapak diapitkan pada acuan
dengan menggunakan bolt dan nat.
2.Isikan konkrit ke dalam acuan sebanyak tiga lapisan.
3.Setiap lapisan mestilah dihentam dengan rod sebanyak 25kali. Proses ini
dilakukan dengan sistematik dan hentaman disebarkan secara seragam ke
seluruh permukaan konkrit. Pemadatan juga boleh dijalankan dengan
menggunakan mesin.
4.Permukaan konkrit hendaklah diratakan supaya sama aras dengan bahagian
atas acuan.
5.Kiub yang dibuat di tapak binaan hendaklah dibungkus dengan plastik selama
24jam sebelum acuan ditanggalkan.
6.Setelah acuan pada kiub konkrit ditanggalkan, kiub konkrit direndam dalam
air untuk tujuan kuring.
7.Ujian kekuatan mampatan hendaklah dibuat pada konkrit yang berumur
7hari, 14hari dan 28hari.
MESIN UJIAN
MAMPATAN
KEPUTUSAN:

• Nilai kekuatan setiap kiub hedaklah dicatakan dan dibandingkan


dengan nilai kekuatan yang dikehendaki.

• Tujuan ujian konkrit 7 hari dan 14 hari dilakukan adalah untuk


meramal sama ada kekuatan yang dikehendaki pada 28 hari boleh
dicapai atau tidak.

• Umumnya, konkrit telah mencapai kekuatan 70% pada hari yang


ketujuh.
Jenis konkrit yang digunakan dalam
pembinaan adalah:

 Konkrit Jisim
 Konkrit Bertetulang
 Konkrit Prategasan
-konkrit prategangan
-konkrit pascategangan
 Merupakan konkrit yang tidak mempunyai tetulang.
 Bergantung pada bebannya sendiri untuk menanggung beban.
 Terdapat sesetengah empangan dan tembok penahan yang dibina
dengan menggunakan konkrit jisim.
 Selain itu, blok konkrit yang diperbuat daripada konkrit jisim
digunakan sebagai benteng pemecah ombak.
 Konkrit ini mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi tetapi

kekuatan tegangan yang rendah.

 Struktur konkrit yang mengalami tegangan yang tinggi

memerlukan tetulang untuk merintangi tegasan tegangan yang

dihasilkan.

 Konkrit ini dinamakan konkrit bertetulang.


• Rasuk akan melentur sedikit dan akhirnya akan patah disebabkan
tidak dapat merintangi tegasan tegangan di bahagian tampang bawah.

• Rasuk itu akan retak di bahagian bawah dan akhirnya patah.

• Oleh itu, tetulang diperlukan di abhagian bawah rasuk


untukmmenyokong beban yang dikenakan ke atasnya.
 Semasa pembinaan, tetulang hendaklah dipasang dengan kukuh untuk
mengelakkan anjakan berlaku pada tetulang semasa penuangan konkrit
dilakukan.
 Tetulang diikat pada persilangannya dengan menggunakan dawai
lembut.
 Bongkah penjarak diletakkan di antara tetulang dengan acuan untuk
melapik tetulang semasa penuangan konkrit.
 Ketebalan penjarak adalah sama dengan penutup konkrit.
 Penutup digunakan bertujuan untuk melindungi tetulang dengan api,
kelembapan dan tindak balas kimia.
 Sebelum penuangan konkrit dilakukan, tetulang hendaklah bersih
daripada tanah, minyak, karat atau bahan lain yang boleh melemahkan
ikatan antara tetulang dengan konkrit.
 Tetulang yang digunakan terdiri daripadakeluli lembut, berbunga atau
jaring dikimpal.
 Keluli berbunga dan berpiuh adalah lebih baik jika dibandingkan
dengan keluli bulat.
 Selain tegasan dan tegangan, tegasan ricih juga berlaku dalam
struktur konkrit.
 Daya ricih menegak dan daya ricih mengufuk yang terhasil dalam rasuk
akan menyebabkan tegasan tegangan pepenjuru dan tegasan mampatan
pepenjuru.
 Ini akan menyebabkan berlaku retakan pada rasuk konkrit bertetulang
berdekatan dengan topang akibat daripada tegangan pepenjuru yang
tinggi.
 Oleh itu, tetulang ricihan diperlukan untuk mengatasi ricihan
tersebut.
 Konkrit bertetulang akan melentur sedikit apabila dikenakan beban yang
besar.
 Walaupun rasuk tidak gagal kerana tegasan tegangan di bawah dirintangi
oleh tetulang, tetapi retakan akan berlaku di bahagian bawah akibat
daripada lenturan tersebut.
 Konkrit prategasan didefinisikan sebagai konkrit pramampatan.
 Mampatan dikenakan pada kawasan tegasan tegangan yang berlaku
semasa anggota dikenakan beban.
 Terdapat dua kaedah penegasan untuk konkrit prategasan;
- konkrit prategangan
- konkrit pascategangan
• Konkrit prategangan dibuat dengan cara menuang konkrit ke dalam
acuan selepas tendon ditegangkan antara dua dinding landas.

• Apabila konkrit sudah cukup kuat, tendon ditanggalkan daripada


tembok landas dan dipotong megikut panjang konkrit.

• Daya mampatan dipindahkan pada konkrit melalui ikatan yang wujud


antara tendon dengan konkrit.
• Konkrit pascategangan dibuat dengan cara menuang konkrit ke dalam
acuan dan membiarkan konkrit mengeras sebelum tegangan dikenakan.

• Kaedah pembinaan konkrit pascategangan dimulakan dengan


memasukkan tendon ke dalam sesalur pada kedudukan mengikut profil
yang ditentukan dan kemudian konkrit akan dituang.

• Apabila konkrit mencapai kekuatan yang diperlukan, tendon


ditegangkan dan ditambat pada kedua-dua hujung konkrit.

• Lengkung profil tendon sengaja diadakan dalam konkrit pascategangan


untuk mengagihkan tegasan dalam keratan yang berkesan.
• jumlah berat tetulang yang diperlukan ialah kira-kira 1/5 daripada yang
diperlukan untuk konkrit bertetulang.

• kuantiti konkrit yang diperlukan juga kurang dan ini akan mengurangkan
beban diri.

• sebarang kecactan sama ada pada bahan atau nisbah campuran akan
dapat dikesan.

• rasuk konkrit prategasan dapat mempercepat proses pembinaan projek


besar seperti jambatan atau lintasan atas.
Kelebihan Kekurangan
a) Bahan untuk membina konkrit mudah a) Mempunyai kekuatan tegangan yang
diperoleh. rendah.
b) Mudah untuk dibentuk mengikut acuan. b) Sukar untuk diubahsuai apabila keras.
c) Mempunyai kekuatan mampatan yang c) Mempunyai ketumpatan yang tinggi, iaitu
tinggi. satu anggota yang berat berbanding
d) Tidak berkarat dan sesuai digunakan isipadunya.
sebagai struktur dalam Kejuruteraan
Marin.
e) Bahan kedap air dan penebat haba yang
baik.
f) Tahan lama.
g) Kurang penyenggaraan dan tahan api.

Anda mungkin juga menyukai