Anda di halaman 1dari 7

KONSEP PETEMPATAN GEOGRAFI PETEMPATAN

DESA
• Konsep-konsep termasuk susunan spatial rumah secara
berkaitan dengan sistem pengangkutan, industri, pertanian,
bencana alam dsbnya.

• Konsep-konsep kajian petempatan berkait dengan:-


(i) penggunaan sumber asli – tanih, alam sekitar, dsbnya –
untuk menentukan lokasi terbaik dan taburan petempatan.
(ii) penempatan, perkembangan, kepadatan, pertumbuhan
dsbnya bergantung pada keadaan ekonomi, sejarah
penempatan (occupancy) dan ketersediaan makanan (food
availability).
(iii) Atribut petempatan – jenis, morfologi, bahan binaan
dsbnya – memainkan peranan penting kepada
perkembangan petempatan desa

(iv) Petempatan pada masa dan lokasi tertentu


merupakan peluang menggunakan sumber yang sedia
ada untuk pembinaan rumah, pengeluaran makanan
dsbnya

(v) Pembangunan yang terancang di perlu untuk


pembangunan ekonomi dan kebajikan penduduk.
• Konsep evolusi – petempatan berasal dengan
penggunaan sumber yang ditentukan oleh sumber
pengetahuan penduduk/masyarakat. Konsep ini
termasuk colonization, perkembangan (spread) dan
persaingan antara puak-puak. Petempatan biasa
timbul di tanah yang lebih tinggi antara kawasan
pertanian dengan bekalan air. Petempatan desa
berasal dengan pertanian tetap.

• Konsep densiti dan taburan – kepadatan tinggi


bergantung pada kemajuan pertanian & kesesuaian
kawasan. Taburan menggambarkan agglomerasi atau
penyelerakan kerana keadaan ekologi tertentu.
• Saiz dan jarak (size & spacing) – jarak antara
petempatan besar adalah tinggi. Sebaliknya
petempatan kecil berjarak dekat kecuali untuk
kawasan berbukit, banjir atau berhutan.

• Pola dan proses morfologi desa (patterns &


processes of village morphology) – termasuk
bentuk, susun atur jalan dan lorong.
(i) nucleated – yang timbul kerana bekerjasama di
ladang (open field system), pertahanan (hilltop),
kekurangan air, kawasan berpaya, kekurangan
bahan binaan.
(ii) Dispersed – yang berkait dengan penternakan,
pengkhususan pertanian, densiti penduduk rendah,
pembahagian estet dsbnya.
Tanah tinggi, kawasan tanih tak subur mempengaruhi
petempatan berselerak. Tanah pamah, tanih baik
dan kekurangan air berkait dengan petempatan
berpusat.

• Konsep jenis rumah (house types) - perbezaan


wilayah dari segi bahan binaan, kaedah pembinaan,
seni bina dsbnya. Termasuk juga densiti rumah,
kadar penginapan, permintaan dan kekurangan
perumahan juga dikaji dalam konsep ini.
• Konsep hierarki pusat perkhidmatan (hierarchy of service
centers)- dari petempatan tepi jalan (roadside) ke hamlet
– village – town – city – conurbation (metropolis) –
megalopolis. Rural service centers as centers of trade and
commerce – central functions.
• Konsep lokasi – dahulu faktor fizikal dianggap penting
dalam menentukan pola dan susunan petempatan, guna
tanah dan jenis tanaman – physical determinism. Kini
faktor sosial juga penting dalam menentukan lokasi.
Pilihan lokasi ditentukan oleh paras kemahiran dan
teknologi yang sedia ada.
Site – tapak sebenarnya – yang mempengaruhi ciri
petempatan. Faktor-faktor yang menentukan tapak akan
berubah dengan masa.
Contoh – kerana mod pengangkutan baru,
pembaikan dalam teknik penanaman dan
pertumbuhan penduduk, site tertentu tidak
penting lagi, manakala yang lain lebih menarik.
Untuk peneroka awal, seperti peneroka Saxon,
keperluan asas adalah pertahanan, air, bahan
bakar, bahan binaan, tanah untuk menanam dan
penternakan (Michael Chisholm 1966).

Anda mungkin juga menyukai