Anda di halaman 1dari 1

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang.

Jika berpuasa amalan


kita direct terus padaNya tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar
amalan kita padaNya

Kisahnya?..

Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.
Untuk sampaikan amalan kita, Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana
setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya
"free". Sekatan tol tiada "tiada jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah.
Untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang diakhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya,
MasyaAllah?

Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita, Kenapa lewat poskan amalan
kita. Merayu-rayu posmen malaikat kita, minta diberi laluan. Tetapi? penjaga langit
pertama tidak hairan dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka..
jatuh berderai? Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita,
satu persatu dikutip. Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit
ke-dua.

Di langit kedua, samalah juga, bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan.
Merayu lagi malaikat kita. Tak dipedulinya. Lalu dilemparkan amalan lewat
sembahyang kita tadi jatuh berderai lagi. Dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu
lagi untuk diserahkan amalan kita pada Allah.

Di langit ketiga, Laaaa? Kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar
amalan tersebut. Tiada kompromi. Terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan
kita. tak ada nilai?. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka, tak sampailah
amalan kita kepada Allah. Seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka, bersedialah
kita menerima pembalasannya. Tak didunia di akhirat pula. Hilang duit, hati risau,
tender ditolak, ujian bertimpa-timpa. Ish?

Tak berbaloikan kita buat amal tapi tak sampai, dahlah tak ada nilai.. kena azab lagi
nanti. Ya Allah !!!Ampunkan kami kerana lalai! Sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami, cintakan sembahyang di awal
waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan. Biarlah kami gawat didunia.
Agar kami tidak gawat lagi di hari akhirat kelak.

Amin.

Anda mungkin juga menyukai