Anda di halaman 1dari 4

http://roszelan.wetpaint.

com/page/cadangan+kertas+kerja

cadangan kertas kerja


Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah R&D Sains dan Teknologi

1.0 Matlamat

Kemanjadian pelajar sebagai modal insan pencipta dan bukan sebagai pengguna sahaja

2.0 Objektif:
2.1 Memupuk pelajar supaya meminati bidang sains dan teknologi
2.2 Merangsang minda dan kreativiti pelajar terhadap sains dan teknologi
2.3 Pelajar menghasilkan projek R&D bermutu yang boleh diterbitkan samada dalam media
cetak atau elektronik

3.0 Program / Aktiviti


3.1 Mini Rumah Hijau
(a) Kegunaan : tempat aktiviti menyemai pokok dan penyelidikan berkaitan pertanian
(b) Anggaran kos : RM 30,000.00

3.2 Mini balai cerap dan stesen kaji cuaca


(a) Kegunaan :
(i) melihat bintang dan anak bulan menggunakan teleskop,
(ii) membuat penyelidikan tentang kajicuaca

(b) Lokasi : di tepi lereng bukit sebelah blok A


(c) Anggaran kos : RM 20,000.00 untuk alatan seperti teleskop, binokular dan alat kaji cuaca

3.3 Taman Herba dan kolam ikan


(a) Kegunaan :
(i) mengandungi pelbagai spesis pokok herba dan tumbuhan hijau lain
(ii) boleh digunakan bagi kajian R&D berkaitan kegunaan pokok herba
(iii) mendekatkan pelajar dengan tumbuhan yang banyak khasiatnya

(b) Anggaran kos RM 30,000.00

3.4 Persembahan Hands-on-activity

(a) Program ini dilaksanakan sewaktu perhimpunan pagi oleh pelajar mengikut kelas. Mereka
melakukan satu ‘hands-on-activity’ berkaitan satu topic sains. Persembahan pelajar ini
divideokan supaya semua pelajar dalam dewan dapat mengikuti aktiviti tersebut dengan jelas dan
sebagai bahan dokumentasi.
(b) Objektif:
(i) menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu pelajar terhadap sains
(ii) memberi keyakinan kepada pelajar untuk bercakap dalam bahasa Inggeris
(iii) pelajar lebih mudah mengingati sesuatu konsep apabila ia melakukan eksperimen.

(c) Anggaran kos:


(i) video camera: RM 6,000.00
(ii) LCD projector : RM 4,000.00
(iii) Computer notebook : RM 3,000.00
(iv) Hadiah : RM RM 1,000.00 setahun

3.5 Latihan untuk guru dan pelajar


(a) Guru sains dan matematik diberi latihan tentang cara membuat penyelidikan dan menulis
laporan.
(b) Sekumpulan pelajar yang terpilih akan diberi pendedahan tentang penyelidikan R&D melalui
satu kem sains yang dianjurkan oleh satu badan professional seperti INTEL corporation atau
daripada pihak university.
(c) Anggaran kos:
(i) Guru : RM 10,000.00
(ii) Pelajar: RM 20,000.00

3.6 Bilik aktiviti projek


(a) Pelajar dapat melakukan aktiviti bagi semua projek rekacipta, inovasi dan robotic.
(b) Sebuah stor juga disediakan bagi menyimpan segala peralatan robotic dan alatan lain.
(c) Lokasi : di sebelah bangunan blok A.
(d) Anggaran kos:
(i) komputer desk top: 4 buah x RM 2,000.00 = RM 8,000.00
(ii) printer colour dan ink : RM 1,000.00
(iii) Almari dan rak : RM 1,500.00
(iv) Meja dan kerusi : RM 2,000.00
(v) Alatan elektronik : RM 5,000.00

3.7 Bilik Pameran Hasil Projek (Showcase)


(a) Kegunaan:
(i) mempamerkan pencapaian penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai bidang
(ii) mengenalpasti hasil-hasil R&D yang boleh diketengahkan
(iii) sebagai dorongan dan sokongan kepada penyelidik baru bagi meneruskan jejak-jejak
kegemilangan penyelidikan

(b) Lokasi : Kawasan di antara dewan besar dan kantin.

(c) Anggaran kos:


(i) soft board pameran – RM 3,000.00
(ii) Almari/cabinet kaca – RM 4,000.

3.8 Exploring Science untuk pelajar tingkatan 4


(a) Satu program yang dibuat untuk menggalakkan pelajar tingkatan 4 membuat kajian tentang
sains dan teknologi. Program ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu penghasilan projek sains
(rekacipta/inovasi) dan penghasilan power point berkaitan satu tajuk sains.
(b) Perlaksanaan:
(i) Semua pelajar tingkatan 4 akan diberi pendedahan awal tentang program ini.
(ii) Projek ini dibuat secara individu atau kumpulan dua pelajar. Semua pelajar tingkatan 4
diwajibkan mengambil bahagian.
(iii) Pelajar boleh memilih untuk membuat projek sains (R&D) atau membuat persembahan
power point. Pelajar yang terpilih diwajibkan membuat satu projek sains.
(iv) Pendedahan latihan akan diberikan kepada setiap kategori. Pelajar yang membuat R&D akan
diberi latihan oleh badan professional seperti INTEL atau pihak university. (Rujuk item3.5)
Pelajar yang membuat power point juga akan diberi latihan oleh guru.
(v) Penglibatan semua guru sains dan matematik menengah atas diperlukan untuk membantu
pelajar.
(vi) Persembahan pelajar dibuat pada bulan Oktober selepas peperiksaan akhir tahun. Projek
sains akan diadili oleh pakar dalam bidang sains dan teknologi. Semua persembahan pelajar akan
divideokan.
(vii) Tiga projek terbaik akan dimurnikan lagi sewaktu cuti semester akhir tahun sebagai
persediaan untuk pertandingan rekacipta dan inovasi tahun berikutnya.

(d) Anggaran kos: (setahun)


(i) Latihan pelajar projek sains : rujuk item 3.5
(ii) Latihan pelajar kategori power point : RM 2,000.00
(iii) Hadiah : RM 5,000.00 (iv) Hari Persembahan : RM 10,000.00
(v) Computer notebook : 2 x RM 3,000 = RM 6,000.00

3.9 Science Explorace untuk pelajar tingkatan 1 dan 2


(a) Satu program yang dibuat khas untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 bagi menarik minat terhadap
sains.
(b) Pelajar perlu melaksanakan 10 tugasan yang dipantau oleh guru sains dan matematik
menengah rendah. Tugasan-tugasan ini dilaksanakan seperti program explorace (rancangan
tV3).Antara tugasan ialah: buat nota peta minda, lukis rajah saintifik, telur kebal, cipta roket
origami, perlancaran roket air, recreational day dan lain-lain. Sila rujuk kertas kerja science
explorace.
(c) Anggaran kos : Hadiah : RM 1,000.00 Lain-lain alatan: RM 1,000.00

3.10Upgradekan projek ikan keli dan homesafety alarm


(a) Menghasilkan baja menggunakan air ikan keli dalam bentuk serbuk dan digunakan untuk
projek tanaman kaedah fertegasi.
(b) Membina sistem homesafety alarm yang sebenar dengan kos yang rendah.
(c) Anggaran kos : RM 5,000.00 4.0 Anggaran perbelanjaan

Bil Perkara Kos (RM)


1 Rumah Hijau 30,000.00
2 Mini Balai cerap dan Stesen kajicuaca 20,000.00
3 Taman Herba dan kolam ikan 30,000.00
4 Hands-on-activity 14,000.00
5 Latihan guru dan pelajar 30,000.00
6 Bilik aktiviti 17,500.00
7 Bilik pameran 7,000.00
8 Exploring Science (5 tahun) 22,000.00
9 Sciece Explorace (5 tahun) 10,000.00
10 Upgrade projek sains 5,000.00
Jumlah 177,500.00

Anda mungkin juga menyukai