Anda di halaman 1dari 1

Konsep Perkembangan Kanak-Kanak

Setiap manusia yang lahir di dunia ini akan mengalami perubahan dan
perkembangan diri masing-masing. Bukan manusia sahaja, semua benda hidup pun
mengalami perubahan yang sama. Perkembangan ini boleh dilihat dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Kebanyakan orang mentafsirkan pertumbuhan dan
perkembangan dalam konteks yang sama tetapi hakikatnya perkataan ini berbeza
serta tidak dapat dipisahkan.

Woodfolk dan Margetts (2007) mensifatkan pertumbuhan sebagai perubahan


dalam saiz dan kematangan. Daripada segi fizikal, ini bermaksud pertambahan
dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan bilangan saraf-saraf ke otak.
Pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata dan diukur dari satu peringkat ke peringkat
yang lain. Saiz dan struktur badan bertambah dan semakin besar. Pertambahan dari
segi saiz otak memberi keupayaan yang lebih untuk menaakul dan mengingat. Ini
menunjukkan pertumbuhan melibatkan aspek kognitif dan fizikal. Pertumbuhan
dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibubapa dan keadaan
persekitaran serta berperingkat-peringkat.

Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak


biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula daripada peringkat
percambahan sehingga ke akhir hayat. Perkembangan adalah perubahan bersifat
kualitatif dan tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perkembangan hanya dapat dilihat
daripada perubahan sifat yang baru.

Anda mungkin juga menyukai