Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

JALAN SIKAMAT, 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PROGRAM REKREASI

UNIT

PPISMP PENDIDIKAN JASMANI / BAHASA INGGERIS/ BAHASA MELAYU

PPISMP BAHASA MELAYU/ PENDIDIKAN JASMANI / KAJIAN SOSIAL

TARIKH PELAKSANAAN

27- 29 SEPTEMBER 2010

( ISNIN HINGGA RABU)

TEMPAT

DUSUN ECO RESORT, BENTONG, PAHANG


1.0 Pengenalan

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bertanggungjawab melaksanakan


segala program kurikulum dan kokurikulum yang diamanahkan oleh Bahagian
Pendidikan Guru untuk mewujudkan guru permulaan yang seimbang dan harmonis
daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan dan beriltizam, berpandangan progresif serta saintifik, berkemahiran
kreatif serta kritis, berakhlak mulia dan berbudaya maju untuk menjadi lebih
produktif.

Hakikatnya kegemilangan guru pelatih dapat direalisasikan seandainya mereka


cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum kesukanan serta kemahiran
dalam sukan. Rekreasi merupakan salah satu tajuk bagi memenuhi keperluan
kurikulum dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani 1 (Teras). Melalui aktiviti
rekreasi tersebut guru-guru pelatih memperoleh ilmu berkaitan aktiviti luar yang
boleh dilaksanakan kepada murid ketika bekerja disekolah nanti.

2.0 Matlamat
Program Rekreasi ini dilaksanakan bagi tujuan untuk memastikan
kecemerlangan Institut Pendidikan Guru (IPG) bersinambung bagi melahirkan guru
pelatih yang gemilang dalam bidang akademik dan sukan. Program ini diharap dapat
melahirkan guru pelatih yang bijak mengimbangkan kecergasan jasmani, emosi,
rohani, intelektual dan sosial. Selain itu, program ini juga bermatlamat agar guru
pelatih dapat meningkatkan dan mengukuhkan pengetahuan tentang alam semula
jadi. Program ini diharap dapat membantu guru pelatih memperolehi pengetahuan
lebih mendalam demi memanfaatkan segala ilmu yang diperoleh apabila menjadi
guru yang berupaya melatih murid-murid di sekolah menjalankan aktiviti luar dengan
langkah- langkah keselamatan yang optimum diambil.
3.0 Objektif
Pada akhir program rekreasi ini, diharap semua guru pelatih dapat mencapai objektif
seperti berikut :

I. Menjadi guru permulaan yang menguasai kemahiran pengajaran serta


pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan khususnya
berpengetahuan luas aktiviti luar.
II. Memupuk kerjasama dan perpaduan berbilang kaum dalam kalangan
guru pelatih.
III. Peka akan kepentingan menjaga, memelihara dan memulihara alam
sekitar.
IV. Melakukan kemahiran aktiviti luar yang dijalankan semasa program.

4.0 Peserta Program


Seramai 44 orang pelajar daripada Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan unit Pendidikan Jasmani dan Bahasa Melayu yang diiringi oleh 4 orang
pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani.

5.0 Tarikh Dan Tempat


Tempat : Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur.

Tarikh : 27 – 29 September 1010

Hari : Isnin Hingga Rabu

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 malam


6.0 Ahli Jawatankuasa
Penaung : Puan Hajah Asmah Binti Yahya
(Pengarah IPG Kampus Raja Melewar )
Penasihat : Puan Darinda Binti Asari
( Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani )
Pensyarah Pembimbing : Encik Jalil Bin Osman
( Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani )
Pensyarah Pengiring : Encik Jalil Bin Osman
Encik Ahmad Latfi Bin Latif
Puan Haidatullaila Binti Khalid
Puan Chong Chai Lian
( Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani )
Pengerusi : Muhammad Asri Bin Mohd Lazi (BM/PJ/KS)
N.Pengerusi : Humaira Binti Amer (PJ/BI/BM)
Setiausaha : Mohd Amirul Bin Awang (PJ/BI/BM)
N.Setiausaha : Siti Khadijah Binti Ismail (PJ/BI/BM)
Bendahari : Noor Faiqah Binti Othman (BM/PJ/KS)
N.Bendahari : Mohamad Arif Bin Ab. Rahim (PJ/BI/BM)
AJK Pengangkutan : Siti Aishah Binti Razlan (BM/PJ/KS)
AJK Makanan : Muhammad Fatahulhanif Bin Jumli (BM/PJ/KS)
AJK Keselamatan : Mohd Shukri Bin Musa (BM/PJ/KS)
AJK Dokumentasi & Laporan : Noor Azleen Binti Jamil (BM/PJ/KS)
AJK Penginapan : Abdul Mujib Bin Rahimi (PJ/BI/BM)
AJK Aktiviti : Muhammad Farhan Bin Zakaria (PJ/BI/BM)
AJK Kerohanian : Ahmad Yusuf Bin Alias (BM/PJ/KS)
7.0 Tentatif Program

Hari 1 (27 Julai 2010)

11.30 pm – 12.30 pm - Ketibaan Peserta & Check-in bilik

12.30 pm – 2.00 pm - Makan tengahari

2.00 pm – 4.00 pm - Aktiviti outdoor – Rentas Halangan

4.00pm – 4.15pm - Minum Petang

4.15 pm – 7.00 pm - Aktiviti Outdoor – Rakit

7.30 pm - Makan Malam

8.30 pm – 10.30 pm - Aktiviti Outdoor – Night Walk

11.00 pm - Tidur

Hari 2 (28 Julai 2010)

6.30 am – 7.30 am - Bangun tidur & bersiap

8.00 am - Sarapan Pagi

8.30 am – 10.30 am - Aktiviti Outdoor – Wall Climbing

10.30 am – 11.00 am - Minum Pagi

11.00 am – 1.00 pm - Aktiviti Outdoor - Abseiling

1.00 pm - Makan Tengahari

2.00 pm – 4.00 pm - Aktiviti Outdoor – Flying Fox

4.00 pm – 4.30 pm - Minum Petang

4.30 pm – 7.00 pm - Paintball

6.00 pm – 7.00 pm - Rehat

7.00 pm – 8.30 pm - Makan Malam

8.30 pm – 10.30 pm - BBQ / Malam kebudayaan


11.00 pm - Tidur

Hari 3 (29 Julai 2010)

6.30 am – 7.30 am - Bangun tidur & bersiap

8.00 am - Sarapan Pagi

9.00 am – 11.00 am - Aktiviti Outdoor – Laluan Hutan

11.00 am-11.30 am - Minum Pagi

11.30 am – 12.00 pm - Berkemas & Bertolak balik

Nota

- Jadual program boleh berubah dari masa ke masa.


- Jangka masa aktiviti bergantung kepada jumlah peserta & kekuatan setiap
peserta.
8.0 Perbelanjaan
Bil Perkara Jumlah
1  Chalet a-shape (tanpa bantal,tilam dan selimut)
RM 38.00 x 44 orang x 2 hari RM 3344.00
Penginapan a-shape chalet,5 x makan sehari, dewan seminar,P.A
sistem,surau,wakaf kemudahan rekreasi, kolam mandi

 Chalet ( 4 orang 1 chalet )


RM 59.00 x 6 orang x 2 hari
RM 708.00

2  Khidmat Pemandu Arah


 Laluan Hutan RM 100.00
 Flying Fox RM 200.00
 Rentas Halangan RM 200.00
 Wall Climbing RM 200.00
 Rakit RM 200.00
 Night Walk RM 300.00
 Abseiling : RM 10.00 x 44 orang RM450.00
 Paintball : RM 35.00 x 50 orang RM 1750.00

3  Tambahan BBQ : RM 9.00 x 50 orang RM 450.00

4  Sijil : RM 1.50 x 44 orang RM 66.00


5  Bas : Pergi Dan Balik RM 1500.00
Jumlah Keseluruhan RM 9458.00

9.0 Penutup
Kegemilangan guru-guru pelatih melalui kecemerlangan dalam mengaplikasi
kemahiran dalam ativiti luar dan rekreasi adalah wahana penting demi
memanifestasikan misi Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut
Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar untuk melatih guru permulaan yang
berwibawa, mempertingkatkan serta mengekalkan kecergasan disamping menguasai
kemahiran yang betul agar berupaya mendidik murid-murid membentuk sahsiah,
disiplin diri dan melakukan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

Adalah diharapkan Program Rekreasi dapat dilaksanakan sewajarnya dengan


mencapai matlamat dan objektif. Penggemblengan sumber modal dan tenaga warga
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar amat diperlukan bagi merealisasikan
hasrat ini. Atas perhatian, pertimbangan, sokongan, iltizam dan kerjasama semua
pihak, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MOHD AMIRUL BIN AWANG) (JALIL BIN OSMAN)


Setiausaha Jawatankuasa Pensyarah
Program Rekreasi Jabatan Pendidikan Jasmani dan
PPISMP PJ / BI / BM Ambilan Julai 2009 IPG Kampus Raja Melewar
IPG Kampus Raja Melewar

Anda mungkin juga menyukai