Anda di halaman 1dari 4

ULASAN JURNAL

Sejarah merupakan satu subjek yang dianggap sukar oleh pelajar.Kesukaran dalam

mengigati fakta menyebabkan matapelajaran ini kurang diminati .Selain itu,pendekatan atau

kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadikan subjek ini

suatu yang membosankan.

Tujuan utama diperkenalkan Sistem Trek dalam pengajaran dan pembelajaran Mata

Pelajaran Sejarah adalah untuk membantu pelajar menyusun fakta-fakta atau isi-isi

penting.Selain itu,melalui penggunaan kaedah ini dapat menarik minta pelajar untuk terus

mempelajari mata pelajaran sejarah.,disamping memudahkan pelajar menerima isi dalam sesuatu

bab dengan jelas.

Melalui artikel yang ditulis oleh Md. Arman @ Jamaludin Ag.Damit,beliau cuba untuk

memperkenalkan satu kaedah yang mengubah pengajaran dan pembelajaran bercorak

tradisional.Usaha untuk memperkenalkan pelajar dengan penggunaan Sistem Trek kerana

melalui tinjauannya,beliau mendapati 90% pelajar tidak menjawab Sejarah Kertas II (soalan esei

bahagian B).Didapati hanya 10% pelajar yang menjawab soalan esei ini,dan jawapan mereka

sangat terhad. Ini adalah kerana pera pelajar tidak mampu menyatakan fakta-fakta atau isi-isi

penting sejarah walaupun para pelajar dibekalkan dengan nota sebelumnya.Walhal para pelajar

sudah diberi pendedahan dalam menulis nota terutamanya peta minda dan akronim.

Ada beberapa objektif yang cuba dicapai oleh penulis selepas penggunaan Sistem Trek

ini,antaranya membantu pelajar mengenalpasti fakta-fakta penting sesuatu tajuk,meningkatkan

pemahaman pelajar,memudahkan pelajar mengingati fakta dan meningkatkan peratus pencapaian

pelajar.Disebabkan solan peperiksaan sejarah adalah 100% daripada buku teks,para pelajar

1
terpaksa menggunakan buku teks sebahagai bahan utama pengajaran dan pembelajaran

sejarah.Jadi pengenalan kepada kaedah ini dapat membantu pelajar mencari fakta-fakta penting

di dalam buku teks.

Dari segi pelaksanaanya pula,pelajar akan didedahkan dengan tajuk daripada buku teks

dan mencatat apa yang dibaca dalam buku catatan.Guru meminta pelajar menulis fakta-fakta

yang mereka catat ke dalam kertas edaran Sistem Trek,kemudian pelajar diminta mencipta

Sistem Trek untuk subtopic yang terdapat dalam tajuk tersebut.Selepas 3 minggu pelajar akan

mengabungkan fakta-fakta sejarah sub-sub topic untuk dijadikan Sistem Trek yang

lengkap.Seterusnya guru akan menilai kebolehan pelajar menguasai mata pelajaran sejarah

dengan melaksanakan ujian bulanan.

Setelah pelajar didedahkan dengan kaedah ini,para pelajar lebih berminat mempelajari

mata pelajaran sejarah.Ini dibuktikan dengan kesungguhan mereka menggunakan Sistem Trek

semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Para pelajar lebih berkeyakinan bagi

menghadapi peperiksaan Sejarah Kertas II.Dan yang palin penting,rumusan untuk 9 bab Sejarah

Tingkatan 5 dirumuskan hanya menggunakan 9 helai kertas.Ini menjadikan mata pelajaran

sejaran mudah untuk diingati dan lebih mudah difahami.

Melaui kaedah yang diperkenalkan juga,dapat meyakinkan pelajar bahawa Sejarah

bukanlah satu mata pelajaran yang sukar untuk dikuasai.Sistem trek juga membantu guru-guru

menghabiskan silibus dalam masa yang singkat.Disamping itu juga,kaedah pembelajaran cara ini

member impak yang positif dari sudut masa,kos,ruang kerana ia ringkas dan jimat.Disamping itu

juga guru mudah menyampaikan isi-isi sesuatu bab dengan jelas.Pelajar pula mudah menghafal

isi-isi sesuatu bab dan tahu gambaran jelas tentang sesuatu bab yang bakal dipelajari.

2
RUMUSAN

Secara keseluruhannya,penggunaan kaedah ini merupakan suatu titik tolak kearah

pengajaran dan pembelajaran sejarah yang lebih baik.Ini berdasarkan pengalaman saya dimana

persepsi pelajar itu sendiri.Kebanyakan pelajar saya menganggap sejarah adalah subjek yang

sukar dan mereka kurang meminatinya.Tambahan pula dengan penggunaan bahan bacaan dari

buku teks. Dan sekiranya guru mempelbagaikan kaedah yang digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran,bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian pelajar seterusnya

akan menanam minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah.Pelajar akan tertunggu-tunggu bila

kelas sejarah kerana ada pelbagai aktiviti yang menarik lagi menyeronokkan.

3
CADANGAN

Ada pelbagai cara atau kaedah lagi yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu

pelajar meningkatkan penguasaan Sejarah terutamanya dalam menjawab esei.Antaranya kaedah

yang sering saya gunakan di dalam kelas,untuk lebih memudahkan pelajar mengingati fakta-

fakta sejarah ialah kaedah ‘tema’.Melaui kaedah ini saya akan cuba mengajak pelajar mencipta

tema untuk memudahkan mereka mengingati fakta.Contohnya,untik sejarah tingkatan 5,maksud

nasionalisme.Tema yang dicipta adalah CINTA.Daripada tema CINTA,pelajar dapat

menghuraikan maksud nasionalisme adalah perasaan cinta untuk bangsa dan tanahair.Melalui

kaedah ini para pelajar mudah untu mengigati sesuatu fakta.

Selain itu,pendedahan pelajar dengan aktiviti pembentangan memberikan kelebihan

kepada pelajar menguasai sesuatu topik.Cara ini sering juga saya praktikkan di dalam

kelas.Kesannya pelajar lebih minat dan berlumba-lumba menanyakan soalan kepada rakan yang

membuat pembentangan.Disamping itu juga dapat memupuk nilai murni seperti berani.

Anda mungkin juga menyukai