Anda di halaman 1dari 19

SUSUNAN DAN KANDUNGAN PROJEK

1.1 Pengenalan

Garis panduan untuk Latihan Ilmiah projek ini akan digunakan mulai 2010/2011.
Panduan ini menjelaskan keperluan bagi format dan bentuk untuk projek/latihan ilmiah
yang perlu disediakan oleh setiap pelajar. Setiap projek/latihan ilmiah umumnya ini
boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian permulaan, teks, bahan
rujukan dan lampiran. Susunan kandungan kajian ilmiah adalah seperti yang terdapat
dalam Jadual 1.1.

1.2 Bahagian Permulaan

Bahagian permulaan projek ini terdiri daripada halaman tajuk, perakuan, dedikasi,
penghargaan, abstrak, senarai kandungan, senarai jadual, senarai rajah, senarai
kependekan dan senarai lampiran.

1.2.1 Halaman Tajuk Projek


Halaman tajuk ini mengandungi perkara-perkara seperti tajuk latihan ilmiah,
Nama pelajar, Nama Fakulti, Nama Universiti dan tahun diserahkan latihan
ilmiah. Contoh halaman ini adalah seperti di Lampiran B.

1.2.2 Perakuan
Perakuan dari pelajar diletakkan dalam halaman ini. Perakuan adalah mengenai
keaslian kajian yang dijalankan. Perakuan ini hendaklah ditandatangani oleh
pelajar. Contoh adalah seperti Lampiran C.

1.2.3 Tuntutan Pihak Ketiga


Bahagian ini disediakan bagi mengelakkan apa-apa tuntutan dari pihak ketiga
diambil terhadap Jabatan dalam penyediaan latihan ilmiah. Halaman ini perlu
diletakkan selepas perakuan pelajar. Contoh seperti di Lampiran D.

1.2.4 Dedikasi
Dedikasi merupakan satu pilihan. Pernyataan dedikasi hendaklah ringkas.
Contoh dedikasi adalah seperti di Lampiran E.

1.2.5 Penghargaan
Adalah menjadi satu kebiasaan untuk pelajar merakamkan penghargaan
kepada orang perseorangan atau pertubuhan yang telah memberikan sebarang
bantuan dalam menyiapkan latihan ilmiah terutamanya penyelia kajian dan
pensyarah dari institusi berkenaan. Contoh seperti Lampiran F.

1.2.6 Abstrak
Abstrak hanya dalam bahasa Melayu. Abstrak hendaklah tidak melebihi
daripada satu (1) muka surat, font Arial 11 dan single spacing. Ia hendaklah
menyatakan bidang kajian, pernyataan masalah, kaedah penyelesaian, kaedah
kajian yang digunakan dan hasil kajian. Bagi penulisan yang dibuat dalam
bahasa Inggeris, abstrak hendaklah dalam bahasa tersebut dan diikuti dengan
terjemahannya iaitu dalam bahasa Melayu. Contoh adalah seperti di Lampiran
G dan H.

1
1.2.7 Senarai Kandungan
Senarai kandungan mengandungi senarai bab dan tajuk bab serta pecahan
tajuk bagi setiap bab yang terdapat di dalam teks. Tajuk-tajuk yang disenaraikan
hendaklah sama dengan yang ditulis dalam teks dan hendaklah disenaraikan
berserta dengan muka suratnya. Contoh seperti di Lampiran I.

1.2.8 Senarai Jadual


Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang ditunjukkan dalam teks.
Nombor muka surat jadual yang ditunjukkan dalam teks hendaklah dicatatkan
dalam senarai ini. Contoh seperti di Lampiran J.

1.2.9 Senarai Rajah


Senarai rajah merupakan senarai untuk fotograf, lukisan, graf, carta dan peta
yang terdapat dalam teks. Senarai rajah disenaraikan seperti senarai jadual.
Contoh seperti di Lampiran K.

1.2.10 Senarai Kependekan


Senarai ini mengandungi semua kependekan yang digunakan dalam teks.
Senarai tersebut termasuklah untuk simbol, singkatan, tatanama dan istilah.
Susunan kependekan ini disenaraikan mengikut abjad seperti contoh di
Lampiran L.

1.2.11 Senarai Lampiran


Senarai ini mengandungi keterangan tambahan, data asal atau petikan yang
terlalu panjang atau data yang tidak berapa penting untuk dimuatkan dalam
teks. Lampiran ini diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya.
Lampiran ini juga boleh diberi tajuk-tajuk yang tertentu seperti contoh di
Lampiran M.

2
FORMAT

2.1 Kertas dan Saiz


Gunakan kertas putih saiz A4 (210mm x 297mm) yang bermutu baik iaitu 80g/m2.
Hanya sebelah muka surat sahaja yang boleh dicetak.

2.2 Birai
Semua muka surat perlu mempunyai birai yang sama. Birai kiri mestilah 4cm (untuk
penjilidan) dan 2.5cm bagi birai atas, bawah dan kanan.

2.3 Penomboran Muka Surat


Setiap muka surat hendaklah mempunyai nombor yang disusun berterusan seperti
ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Muka surat hendaklah dicetak di bahagian bawah di sudut
sebelah kanan iaitu 1.25cm dari bawah dan 2.5cm dari sebelah kanan. Penomboran
muka surat mestilah seperti berikut:

i. Bahagian permulaan latihan ilmiah dicetak dengan nombor kecil roman secara
berurutan seperti i, ii, iii.

ii. Muka surat pertama yang mengandungi judul projek dianggap sebagai muka surat
(i) tetapi nombornya tidak dicetak. Muka surat pertama selepas muka surat yang
mengandungi judul dicetak sebagai muka surat (ii).

iii. Teks am dan semua muka surat termasuk rujukan dan lampiran dicetak dengan
nombor Arab secara berurutan seperti 1,2,3 bermula dengan nombor 1.

iv. Sekiranya kertas sebagai pembahagi di antara Bab atau kertas pembahagi di
antara teks dan lampiran digunakan, ianya tidak perlu diberi nombor muka surat.

2.4 Penomboran Bab dan Pecahan Bab


Semua bab dan pecahan kecil perlu diberi nombor. Bab menggunakan nombor Arab
seperti BAB 1, BAB 2, BAB 3 dan seterusnya. Pecahan kecil di dalam setiap bab perlu
diberi nombor dan disusun tidak lebih daripada TIGA peringkat pecahan seperti:

2.1 Peringkat Pertama (Tajuk pecahan kecil)


2.1.1 Peringkat Kedua (Tajuk Pecahan-pecahan kecil)
2.1.1.1 Peringkat Ketiga (Tajuk pecahan-pecahan-pecahan kecil)
Sekiranya mempunyai tajuk melebihi peringkat ketiga, peringkat seterusnya hendaklah
menggunakan abjad seperti a, b, c, dan seterusnya.

2.5 Penaipan
Latihan ilmiah hendaklah dicetak dengan menggunakan font Arial saiz 11. Jarak di
antara dua baris teks ialah 1 ½ jarak (1.5). Hanya satu jarak (single spacing)
digunakan untuk:

i. Petikan yang panjang


ii. Abstrak
iii. Nota/Sumber/Petikan

3
iv. Senarai Rujukan
Sesuatu perenggan yang baru pada bahagian bawah setiap muka surat mestilah mengandungi
sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap. Sekiranya ianya perenggan akhir dalam satu
muka surat dan perenggan tersebut mempunyai kurang daripada dua baris yang lengkap,
perenggan tersebut hendaklah dimulakan pada muka surat yang baru.

2.5.1 Font Untuk Tajuk Jadual, Tajuk Rajah dan Sumber


Font untuk perkara ini ialah Arial 10 dan jarak antara baris ialah satu (single spacing).

2.6 Jarak Penaipan


i. Jarak yang digunakan hendaklah seperti berikut:
ii. Jarak di antara birai atas dan Bab ialah 2.5cm.
iii. Jarak di antara Bab dab tajuk Bab ialah 4 jarak baris.
iv. Jarak di antara tajuk bab dan baris pertama teks ialah 4 jarak baris.
v. Jarak di antara sub-tajuk dan baris pertama teks ialah 2 jarak baris.
vi. Jarak di antara perenggan ialah 2 jarak baris.
vii. Nombor dan tajuk bagi sub-tajuk hendaklah selari dengan birai kiri.
viii. Jarak di antara baris akhir perenggan dengan jadual dan rajah ialah 2 jarak baris.
(Rujuk Lampiran N)

2.7 Jumlah Perkataan


Teks latihan ilmiah hendaklah tidak kurang 8,000 dan tidak melebihi 12,000 patah
perkataan (atau rujuk kepada keperluan Jabatan). Lampiran, jadual dan rajah tidak
termasuk dalam jumlah perkataan.

2.8 Penjilidan untuk Penyerahan


Latihan ilmiah hendaklah dijilidkan dan perlu dihantar sebanyak TIGA (3) salinan asal.
SATU (1) salinan dalam bentuk cakera padat (pdf format) hendaklah dimuatkan dalam
poket yang dibuat khas di bahagian dalam kulit belakang latihan ilmiah.

2.8.1 Warna Kulit dan Tulisan


Kulit latihan ilmiah hendaklah menggunakan jenis ‘hard cover’ dan bertulisan
emas. Saiz minimum untuk tulisan ialah font 14 jenis Arial. Warna kulit yang
perlu digunakan adalah hitam.

2.8.2 Muka Hadapan


Muka hadapan hendaklah mempunyai tajuk latihan ilmiah, nama pelajar, fakulti,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, sesi dan tahun penyerahan latihan ilmiah dan
hendaklah dicetak dengan huruf besar. Contoh seperti Lampiran A.

2.8.3 Tulang Belakang


Nama Pelajar, nama ijazah serta tahun penyerahan hendaklah dicetak dengan
huruf besar, saiz font 14 jenis Arial bertulisan emas seperti di Lampiran A.

4
LAMPIRAN A

Contoh catatan pada kulit depan disertasi dengan tulang tepi disertasi
(warna emas) (ARIAL ‘14’)
NORAINI BINTI ISMAIL

6.0 cm

MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN


PELAJAR DI INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI SWASTA

Susunan tajuk bentuk piramid terbalik

NORAINI BINTI ISMAIL


ISMP (PEND. ISLAM)

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
UPSI 2010

SESI 2010 / 2011

4 cm

5
LAMPIRAN B

Contoh Tajuk (FONT ARIAL 11)

6.0 cm

MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN


PELAJAR DI INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI SWASTA
(ARIAL ‘11’)

Susun tajuk bentuk piramid terbalik

Xcm

NORAINI BINTI ISMAIL


(Arial 11)

Xcm
4cm 2.5cm

Latihan ilmiah ini dikemukakan sebagai keperluan bagi


memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Pendidikan Islam) (ARIAL ‘11)

X cm

JABATAN PENGAJIAN ISLAM


FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
(ARIAL ‘11)

2 cm

Disember 2010

4.0 cm

LAMPIRAN C (ARIAL 11)

6
Contoh Halaman Pengakuan
Contoh halaman tuntutan pihak ketiga

2.5cm

Tuntutan Pihak Ketiga (bold)

4 baris

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan
nukilan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

( tidak perlu bold)

Single spacing

......................... ...........................

4cm Tarikh Nama Penulis


2.5cm

...........................

Nombor matrik

LAMPIRAN D
(ARIAL 11) Contoh halaman tuntutan pihak ketiga

7
2.5cm

Tuntutan Pihak Ketiga (bold)

4 baris

Latihan Ilmiah ini disediakan bagi memenuhi sebahagian daripada


syarat keperluan bagi pengijazahan Sarjana Muda Pendidikan
(Pendidikan Islam) oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pihak
Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, tidak bertanggungjawab atas sebarang
tuntutan dari pihak ketiga yang berhubung kait dengan penyediaan
Latihan Ilmiah ini.

Tarikh : (tidak perlu bold / Single spacing


4cm
2.5cm

Disclaimer (bold)

4 baris

This Academic Exercise is prepared here in partial fulfilment of the


requirements for the Degree of Bachelor of Education (Islamic
Education) by Sultan Idris Education University. The Department of
Islamic Studies, Faculty of Science Humanities, Sultan Idris
Education University makes no responsible for any claim from the
third party with regards to the production of this Academic Exercise.

Date :

LAMPIRAN E

8
Contoh Halaman Dedikasi

2.5cm

DEDIKASI (bold)

4 baris

Untuk ayah dan ibu tersayang

Single spacing )Arial 11( )tidak perlu bold(

2.5cm
4cm

LAMPIRAN F
Contoh halaman penghargaan

9
2.5cm

PENGHARGAAN (bold / Arail 11)

4 baris

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia


latihan ilmiah, Dr. Sabariah Ismail atas bimbingan dan dorongan yang
diberi sepanjang tempoh penyelidikan Latihan Ilmiah ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada


secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan .... 2.5cm
4cm
Single spacing )Arial 11( )teks tidak perlu bold(

LAMPIRAN G (Contoh Abstrak Dalam Bahasa Melayu sahaja) (Arial 11)

10
2.5 cm

ABSTRAK

4 baris

Malaysia sedang giat maju dan berkembang dalam pelbagai bidang.


Namun demikian, masalah sosial khususnya di kalangan pelajar yang
menuntut di Institusi Pengajian Tinggi masih menjadi satu agenda
yang perlu ditangani.

Disertasi ini memberi penekanan terhadap jenis-jenis masalah sosial


yang wujud. Selain itu, sebab-sebab berlakunya masalah tersebut
dikenalpasti dan dianalisis. Cadangan untuk memperbaiki keadaan
juga diberi dalam kajian ini.

2.5cm
4cm

Single spacing

LAMPIRAN I
Contoh Halaman Kandungan (Arial 11)

11
2.5cm

KANDUNGAN

Muka Surat

Perakuan ii

Tuntutan pihak ketiga iii

Dedikasi iv
2.5cm
4cm Penghargaan v

Abstrak vi

Kandungan vii

Senarai Jadual viii

Senarai Rajah x

BAB 1

PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Pernyataan masalah 2

BAB 2

KONSEP 10

RUJUKAN 100

LAMPIRAN A-M 115

LAMPIRAN J

12
Contoh Halaman Senarai Jadual (Arial 11)

2.5cm

SENARAI JADUAL

baris 4

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Statistik Masalah Sosial 38


2.5cm
4cm Jadual 3.2 Jenis Masalah Sosial 49

Jadual 3.3 Jadual Tindakan 52

LAMPIRAN K
Contoh Halaman Senarai Rajah (Arial 11)

13
2.5cm

SENARAI RAJAH

baris 4

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Rajah 3.1 Pecahan Mengikut Kaum 28


2.5cm
4cm Rajah 3.2 Pecahan Mengikut Jantina 59

Rajah 3.3 Aktiviti Pencegahan 62

LAMPIRAN L
Contoh Halaman Kependekan Simbol/Singkatan/Tata nama/Istilah Glosari/Abbreviations
(Arial 11)

14
2.5cm

SENARAI KEPENDEKAN

baris 4

BPR - Badan Pencegah Rasuah

MPM - Majlis Perwakilan Mahasiswa

2.5cm
4cm

LAMPIRAN M

Contoh Halaman Senarai Lampiran (Arial 11)

15
2.5cm

SENARAI KEPENDEKAN

baris 4

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh halaman judul 55

B Contoh halaman pengakuan 56 2.5cm


4cm
C Contoh halaman dedikasi 57

LAMPIRAN N
Contoh Halaman Penomboran Bab dan Sub-judul dalam bab

16
2.5cm

BAB 2 (Arial 11)

2 baris/ 1 enter

JUDUL BAB (Arial 11)

baris/ 2 enter 4

2.5cm
4cm Teks bab bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks
hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5.

4 baris

2.1 Sub-Judul
2 baris

Teks bab bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks


hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5.

4 baris

2.1.1 Sub-sub Judul


2 baris

Teks bab bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks


hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5.

LAMPIRAN O
Contoh Halaman Sambungan Muka Surat

17
Teks dari halaman sebelum ini disambung di sini.

4 baris

2.5 Sub-Judul

2 baris

Teks bab bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks


hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5.
2.5cm
4cm
4 baris

2.5.1 Sub-sub-Judul
2 baris

2.5.1.1 Sub-sub-sub-Judul
2 baris

Teks bab bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks


hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5.

18
19

Anda mungkin juga menyukai