Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN JASMANI

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

SEPAK TAKRAW

NAMA : MOHD HIZAMIR BIN HARIDAN

MOHD ALA HADRAME BIN MOHD NOH

NO. KAD PENGENALAN : 910625-09-5023

911104-01-6785

KUMPULAN : PPISMP 2.07 AMBILAN JULAI 2009

KOD DAN MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI

PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK BAHARUDDIN BIN MOHD INAR

TARIKH HANTAR : 05 FEBUARI 2010


TAJUK TUGASAN

Panduan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran.

1. Mestilah dalam bentuk CD.

2. Bahan binaan dalam bentuk yang disediakan sahaja.

3. Markah bonus di beri bila terdapatnya program “ photoshop “ atau “auto wave “ dalam
pepembentangan.

KANDUNGAN

-Pengenalan

-Isi pelajaran

-Penutup

-Kuiz / Latihan yang interaktif

-Tiada unsur plagiat

-Mestilah di cetak menggunakan printer / kulit CD mesti berwarna

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM.

iii
HALAMAN PENGAKUAN

‘’ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’

Tandatangan :

Nama Pelajar : MOHD HIZAMIR BIN HARIDAN

Tarikh : 5 FEBUARI 2010

i
HALAMAN PENGAKUAN

‘’ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’

Tandatangan :

Nama Pelajar : MOHD ALA HADRAME BIN MOHD NOH

Tarikh : 05 FEBUARI 2010

ii
PRAKATA

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi


dengan izin-Nya serta kurnia-Nya yang menjadikan kerja kursus ini dipermudah ke atas
kami untuk menyiapkannya. Sesungguhnya telah menjadi lumrah ataupun fitrah
manusia iaitu akan bergantung kepada orang lain. Begitu juga dengan kami, tanpa
bantuan dan tunjuk ajar daripada orang-orang yang amat bertanggungjawab serta
berilmu tinggi, kami mungkin tidak dapat menyiapkan kerja kursus yang berasaskan
format dan menepati kehendak soalan. Di ruangan ini, kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih serta penghargaan kepada mereka yang banyak membantu kami.

Pertama sekali, kami ingin memberikan penghargaan kepada kedua ibu bapa kami
yang selama ini mendidik dan memberi sokongan padu kepada kami tidak kira apa jua
yang berlaku. Bantuan kewangan yang mereka hulurkan kepada kami juga hargai
Tanpa mereka, kami tidak mungkin akan menjejak kaki di institusi ini.

Sekalung penghargaan kepada pensyarah Pendidikan Jasmani kami iaitu Tuan Hj.
Kamaruin bin Ahmad banyak memberi tunjuk ajar dengan penuh dedikasi. Lebih-lebih
lagi beliau mengajar kami dalam sub subjek untuk Pendidikan Jasmani iaitu latihan
olahraga serta latihan bebanan. Kami mendapat banyak pengetahuan khususnya
tentang pro dan kontra dalam latihan fizikal ini daripada Tuan Hj. Kamarudin bin Ahmad
dalam penghasilan kerja kursus ini.

Kepada insan yang lebih mesra dipanggil nama cikgu Azie atau nama sebenarnya
Cik Azizah juga pensyarah Pendidikan Jasmani untuk kelas kami, beliau mengajar
tutorial di dalam kelas .Hasil daripada tugasan inilah pelbagai ilmu Pendidikan Jasmani
serta teknologi maklumat yang kami terima.Apa-apapun terima kasih cikgu Azie.!

Penghargaan buat pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Baharuddin bin Mohd
Inar dari Jabatan Pendidikan Jasmani yang sanggup melapangkan masa demi memberi
penjelasan tentang perlaksanaan kerja kursus ini dan sanggup berbincang dengan kami
secara berdepan untuk memberi teguran serta panduan dengan lebih terperinci.

iv
Akhir sekali, kami ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan kelas yang
sentiasa sudi berkongsi maklumat dan memberitahu kami tentang sumber-sumber yang
boleh kami peroleh dalam mencari bahan-bahan kerja kursus ini.

Semoga mereka semua yang terlibat dalam kerja penghasilan tugasan ini sentiasa
diberkati oleh Allah ( s.w.t ).

iiv
SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN HALAMAN

HALAMAN PENGAKUAN i

TAJUK TUGASAN iii

PRAKATA iv

SENARAI KANDUNGAN iiiv

1.0 PENGENALAN SEPAK TAKRAW 1

2.0 PENGETAHUAN GELANGGANG 2

3.0 BOLA TAKRAW 2

4.0 REGANGAN 4

5.0 PERMAINAN SEPAK TAKRAW 6

6.0 PERATURAN PERMAINAN 8

6.1 Pengadil 9

6.2 Tatatertib Permainan 11

7.0 KEMAHIRAN ASAS 11

8.0 LATIHAN PERMAINAN 16

9.0 KUIZ 8

10.0PENUTUP 19

REFLEKSI 20

BIBLIOGRAFI 24

LAMPIRAN 25

iiiiv
REFLEKSI

Oleh : Mohd Hizamir bin Haridan

Assalamuaa’laikum dan salam satu Malaysia, saya Mohd Hizamir Bin Haridan
memperkenalkan diri, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya saya
bersama rakan, iaitu Mohd Ala Hadrame bin Mohd Noh telah berjaya menyiapkan
tugasan yang di beri. Buat pensyarah Pendidikan Jasmani ( PJ ) En. Baharuddin Bin
Mohd Inar yang mengajar subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Jasmani telah
memberi banyak tunjuk ajar dalam bidang ini, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Tugasan ini telah memberi saya pelbagai faedah antaranya, ikatan silaturrahim
antara kami menjadi erat disebabkan tugasan ini kami bekerjasama antara satu sama
lain . Hasil daripada tugasan ini juga saya berkesempatan mengenali permainan Sepak
Takraw dengan lebih lanjut, lebih-lebih lagi ia adalah satu permainan tradisional orang
Melayu. Hasil perbincangan bersama, dalam tugasan ini saya memilih permainan sepak
takraw kerana saya memikirkan permainan ini harus diberi perhatian dan peluang untuk
menonjol serta dijadikan permainan yang ditandingkan di sukan Olimpik , Tugasan ini
memerlukan saya menjelaskan permainan ini kepada semua peringkat jenis umur dan
Insyaallah akan di transelitkan ke dalam bahasa-bahasa lain bagi boleh dijelaskan
kepada pelbagai bangsa di pelosok dunia menggunakan teknologi komputer yang serba
canggih ini.

Melalui tugasan ini saya dapat mempelajari pelbagai cara kreatif untuk
mengaplikasikan kegunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani. Wujudnya komputer, maka sesi pengenalan atau sesuatu program yang
dijalankan akan menjadi mudah, cepat serta menarik. Lebih-lebih lagi saya bakal
menjadi seorang pendidik kelak, bila keluar nanti mungkin saya akan ditugaskan
mengajar subjek Pendidikan Jasmani atau komputer di sekolah yang saya ditempatkan.
Hasil tugasan ini, banyak pengetahuan yang saya peroleh, dari segi ilmu pendidikan
jasmani dan kompuer dan saya mesti curahkan ilmu ini kepada anak bangsa. .

20
Saya akui banyak masalah yang telah saya hadapi sepanjang tempoh untuk
menyiapkan tugasan tersebut. Saya membuat tugasan ini memerlukan daya kreativiti
yang tinggi untuk memindahkan maklumat dari buku atau sumber internet ke dalam
‘’ slide show ‘’ untuk menjadikan ia boleh difahami dengan cepat serta menarik untuk
diajar dan diperkenalkan sukan ini kepada umum. Kebanyakan rujukan ini diambil
daripada internet dan buku-buku ilmiah, walaupun waktu begitu suntuk untuk
menyiapkan tugasan ini sebagai seorang pelajar yang bakal menjadi seorang pendidik
kami berusaha menyusun waktu untuk menyiapkannya.

21
Oleh : Mohd Ala Hadrame bin Mohd Noh

Alhamdullillah, bersyukur kepada Allah dengan izinNya saya berjaya menyiapkan


tugasan ini. Setelah berusaha, saya dan rakan seperjuangan saya Mohd Hizamir bin
Haridan telah berjaya menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Sepanjang
penghasilan tugasan ini, banyak yang telah saya pelajari. Pelbagai kenangan dan
pengalaman telah saya lalui sepanjang penghasilan tugasan ini seperti berjaga malam
dan menaip hampir 1000 patah perkataan. Pengalaman yang paling berharga ialah
bagaimana saya dan rakan saya perlu bekerjasama dalam membuat tugasan ini. Hal ini
kerana, saya seorang yang agak susah untuk bekerjasama dan kurang pandai dalam
melakukan kerja secara berkumpulan kerana telah terbiasa membuat kerja secara
sendirian tanpa bantuan orang lain.

Banyak yang telah saya pelajari tentang teknologi maklumat dalam pendidikan
jasmani. Pada mulanya saya tidak memahami dan mengetahui apakah kelebihan
menggunakan teknologi yang canggih seperti power point yang terdapat dalam perisian
komputer, tetapi setelah membuat tugasan ini dan mendapat beberapa penerangan
oleh pensyarah iaitu En. Baharuddin Bin Mohd Inar , barulah saya tahu akan kelebihan
dalam menggunakan teknologi yang canggih ini. Selain menarik minat untuk belajar,
pengajaran akan menjadi lebih berkesan dengan penggunaan teknik power point atau
‘slide show’.

Dari aspek tajuk tugasan pula, saya membuat tajuk permainan sepak takraw.
Dengan kajian yang telah saya lakukan tentang permainan sepak takraw ini, saya dapat
mengetahui tentang teknik-teknik, undang-undang, kelengkapan serta strategi
permainan dengan betul dan mengikut spesifikasi yang sebenar dalam permainan
sepak takraw. Saya yang dahulunya hanya bermain secara hentam keromo kini sudah
dapat mengenal pasti dimana biasanya kesilapan yang saya dan pemain-pemain lain
biasa lakukan. Minat saya dalam permainan ini turut bertambah dengan adaanya
tugasan ini. Saya akan cuba untuk memperbaiki teknik dan cara permainan yang betul
dalam permainan ini.

22
Tambahan lagi, dengan adanya subjek teknologi maklumat pendidikan jasmani dan
tugasan ini, kemahiran dalam peggunaan komputer saya semakin meningkat maju.
Sebelum ini saya seorang yang agak fobia dalam penggunan komputer dan boleh juga
dikatakan buta IT. Kini, saya semakin laju menaip dan semakin kreatif dalam
menggunakan segenap perisian-perisian yang ada dalam mikrosof. Ternyata teknologi
memang membuatkan manusia semakin ghairah untuk lebih kreatif dalam mencipta
sesuatu yang lebih menarik dan berkesan.

Banyak lagi yang kita belum kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau
dikaji mungkin akan menjadi sesuatu yang baru bagi kita. Dengan penggunaan
teknologi yang canggih dan moden ini akan dapat menarik minat untuk murid atau
pelajar dalam menjalani pengajaran dan pembelajaran. Saya harap apa yang saya
dapat sepanjang penghasilan tugasan ini dapat terus berada dalam ingatan saya dan
seterusnya akan dapat saya aplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang
guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

23
BIBLIOGRAFI

(a) Buku

Mahamd Amran Kamsi (1993), siri sukan Sepak Takraw ,Percetakan Yayasan Islam
Terengganu 1993.

Mahamd Amran Kamsi (2006), siri sukan Sepak Takraw ,Percetakan Yayasan Islam
Terengganu 2006

Azali bin Kamis (2005) sukan Sepak Takraw, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 2005

(b) Laman web:

(2010), permainan Tradisional Melayu http/www.Takraw tournament/ youtube.com.


Dilayari pada 25 Januari 2010.

24