Anda di halaman 1dari 9

Contoh Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan /

Permainan

Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap,


Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir, Rujukan Kami: SMKTMu/ 700-15/1/7( )
Batu Berendam, Tarikh : Januari 2011
75350, Melaka. .

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir,
Batu Berendam,
75350 Melaka.

Melalui:
Guru Penasihat / Pemimpin Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap.

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya …………………………..berdasarkan Peraturan (4)


dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb Mei 1998 P.U (A) 196, yang berkaitan dengan Seksyen 130, Akta
Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan PERGERAKAN PENGAKAP SMK TUN
MUTAHIR,BATU BERENDAM, MELAKA mulai 1 hb Januari, 2011.

3. Bersama-sama ini disertakan :

 Draf Perlembagaan
 Draf Aktiviti Asas
 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

4, Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima
kasih .
Sekian Terima Kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………….
( Abu Bin Bakar )
Setiausaha,
b.p Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir,

s.k 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum


SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tel : 06 3174376 Kod Sekolah : MEA 2088


Faks : 06 3171539
_______________________________________________________________________________
Contoh surat kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian seragam, Kelab /Persatuan dan Sukan /Permainan

Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap, Rujukan Kami: SMKTMu 900-4/33 ( )


Sekolah menengah Kebangsaan Tun Mutahir Tarikh: Januari 2011
Batu Berendam
75350 Melaka.
(U.P: En Abu Bin Bakar)

Melalui:
Guru Penasihat / Pemimpin Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap.

Saudara,

Permohonan Menubuhkan Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat SMKTMu/700-15/1/ 7( ) bertarikh 2 Januari
2011.

2. Dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh seksyen 130 Akta Pendidikan
1996 seperti termaktub dalam peraturan ( 4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb Mei 1998 P.U. ( A ) 196,
sukacita dimaklumkan permohonan saudara untuk menubuhkan PERGERAKAN PENGAKAP SMK TUN
MUTAHIR adalah DILULUSKAN berkuatkuasa mulai 2 hb Januari 2011

3. Semoga saudara dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bermaksud Pergerakan Pengakap Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Mutahir sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan
berdaftar.

Sekian Terima Kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………….
(HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS)
Pengetua,
SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam, Melaka.
(Contoh Surat Permohonan Penubuhan Dan Pendaftaran Pasukan Pakaian Seragam, Kelab /Persatuan
dan sukan/ permainan.)

Abu Bin Bakar


Setiausaha Pergerakan Pengakap,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir, Rujukan Kami: SMKTMu/700-15/1/7( )
Batu Berendam. Melaka. Tarikh : 20 Januari 2011.

Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir,
Batu Berendam,
75350 Melaka.

Melalui: Guru Penasihat / Pemimpin Pergerakan Pengakap

Tuan,

Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Pergerakan Pengakap SMK Yun Mutahir.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan surat tuan SMKTMu/900-
4/33( ) bertarikh 6 Januari 2011.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat Penubuhan Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir
telah di adakan pada 19 Januari 2011 jam 2.00 petang di Dewan Mesyuarat Sekolah. Mesyuarat telah
memutuskan dan mengesahkan dengan sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Persatuan,
Senarai Aktiviti Utama, dan senarai Ahli Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masing-masing
sehinggalah ke tarikh Mesyuarat Agung yang pertama akan diadakan secepat mungkin.

3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Pergerakan Pengakap Sekolah dengan
penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan mengesahkan penubuhan Pergerakan Pengakap SMK
Tun Mutahir ini dan mendaftarkannya sebagai sebuah Pasukan Pakaian Seragam dalam bidang
Kokurikulum di sekolah ini berasaskan peraturan ( 4) dalam peraturan-peraturan Pendidikan ( Persatuan
Sekolah) 1998 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan
(A): P.U (A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli


Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama.

5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian Terima Kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………….
( Abu Bin Bakar )
Setiausaha,
b.p Pengerusi Pergerakan Pengakap, SMK Tun Mutahir

s.k 1. GPK Koku.


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tel : 06 3174376 Kod Sekolah : MEA 2088


Faks : 06 3171539

_______________________________________________________________________________
(Contoh Surat Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Pasukan Pakaian seragam, Kelab/Persatuan dan
Sukan/ Permainan.)

Setiausaha Pergerakan Pengakap, Rujukan Kami : SMKTMu 900-4/33 ( )


SMK Tun Mutahir, Tarikh: Januari 2011
Batu Berendam, Melaka.
(U.P: En Abu Bin Bakar)

Saudara,

Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Pengakap SMK Tun Mutahir.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat SMKTMu/700-15/1/7 ( ) bertarikh 20 Januari
2011.

2. Saya terlebih dahului mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan semua
Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan penubuhan
Pergerakan Pengakap ini.

3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut peraturan 4 dan 5 dalam
Peraturan-peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
42, No 11,Tambahan No 21, Perundangan ( A):P.U. (A) 196,bertarikh 21 hb Mei 1998, maka saya dengan
sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir dengan
No. Pendaftaran ___/2011/SMKTMu.Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini
sehinggalah persatuan ini dibubarkan.

4. Dengan pengesahan ini Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir sudah boleh bergerak sebagai
sebuah persatuan yang sah berdaftar dalam bidang Kokurikulum sekolah ini dengan diterajui olah
Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya perlembagaan dan Peraturan-Peraturan
Persatuan dan melaksanakan aktiviti utama yang dikemukakan kepada saya.

Sekian Terima Kasih,

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………..
(HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS)
Pengetua,
SMK Tun Mutahir.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tel : 06 3174376 Kod Sekolah : MEA 2088


Faks : 06 3171539

_______________________________________________________________________________
Cik Zulhaida Habsah, Rujukan Kami: SMKTMu /900- 12 ( )
SMK Tun Mutahir, Tarikh: 4 Januari 2011
Batu Berendam,
75350 Melaka.

Tuan,

Perlantikan Sebagai Guru Penasihat / Guru Pemimpin Pergerakan Pandu Puteri SMK Tun Mutahir.

Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen
130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan ( 4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb Mei 1998
P.U (A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru Pemimpin Pergerakan Pandu Puteri SMK Tun
Mutahir berkuatkuasa mulai 2 hb Januari 2011 sehinnga 31hb Disember 2011.

2. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan.

3. Semoga dengan perlantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan
prestasi perkhidmatan pendidikan dan Pergerakan Pandu Puteri.

Sekian Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya menurut perintah,

………………………………….
(HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS )
Pengetua.
SMK Tun Mutahir
Batu Berendam, Melaka.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tel : 06 3174376 Kod Sekolah : MEA 2088


Faks : 06 3171539

_______________________________________________________________________________
Lee Kok Kong,
SMK Tun Mutahir, Rujukan Kami: SMKTMu /700- 15/1/7( )
Batu Berendam, Melaka. Tarikh: 4 Januari 2011

Pengetua,
SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam,
75350, Melaka.

Tuan,

Perlantikan Sebagai Guru Penasihat ( ) SMK Tun Mutahir.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuki perkara di atas berasaskan surat tuan SMKTMu /900-
12 ( ) bertarikh 2 Januari 2011 yang berkaitan.

2. Terlebih dahulu saya merakamkam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan
dan keyakinan tuan melantik saya sebagai Guru Pemimpin/ Penasihat Pergerakan Pengakap SMK Tun
Mutahir berkuatkuasa mulai 2 Januari 2011.

3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut sebagai sebahagian
tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya, dan berikrar akan menumpukan segala upaya dan
segenap tenaga untuk menunai dan melaksanakannya.

4. Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas, kuasa dan
tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh dikenakan tindakan mengikut sub seksyen 135(1)
dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam bahagian 11 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
( Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

Sekian Terima Kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

……………………………………….
( )

s.k 1.AJK Induk KoKu SMK Tun Mutahir


2.GPK KoKu.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tel : 06 3174376 Kod Sekolah : MEA 2088


Faks : 06 3171539

_______________________________________________________________________________
Contoh surat penurunan Kuasa Pengetua kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Melalui Guru Penasihat/
Pemimpin.

Johari Bin Mohd Daud


Tingkatan 5 Sains 2, Rujukan Kami: SMKTMu /900-9/1 ( )
SMK Tun Mutahir. Tarikh: Januari 2011

Melalui dan salinan:


Guru Pemimpin,
Pergerakan Pengakap,
SMK Tun Mutahir.

Saudara,

Surat Penurunan Kuasa Kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan

Berhubung perkara tersebut di atas dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya seperti
mana dalam Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No 11, Tambahan No 41 Perundangan
(A) P.U (A)196 bertarikh 21hb Mei 1998, saudara telah di lantik sebagai Pengerusi Pergerakan Pengakap
SMK Tun MUtahir ( No Pendaftaran ___/2010/SMKTMu) berkuatkuasa mulai 30 Januari 2011.

2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan yang perlu
dilaksanakan oleh saudara. Semoga dengan perlantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab
untuk meninggikan prestasi Pergerakan Pengakap sekolah ini.

Sekian Terima Kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

…………………………………….
(HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS )
Pengetua,
SMK Tun Mutahir.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tel : 06 3174376 Kod Sekolah : MEA 2088


Faks : 06 3171539

_______________________________________________________________________________
(Contoh surat Pendaftaran Pergerakan Pengakap Sekolah Kepada Persekutuan Pengakap Malaysia)

Persekutuan Pengakap Malaysia,


Rumah Pengakap, Rujukan Kami: SMKTMu /900-4/3 ( )
Jalan Hang Jebat, Tarikh: 5 Januari 2011
56000 Kuala Lumpur.

Tuan,

Memohon Pendaftaran Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka.

Berhubung perkara tersebut di atas, Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir telah dilulus penubuhan dan
pendaftaran (No. Pendaftaran:___/2011/SMKTMu) oleh pihak pentadbiran sekolah sepertimana surat
SMKTMu /700-15/9/8 ( ) bertarikh 25 Januari 2011.

2. Sehubungan itu, Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir ingin memohon mendaftar pergerakan ini
kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.Oleh itu bersama-sama ini disertakan borang yang telah diisi dan
wang pendaftaran.Senarai ahli-ahli Pergerakan Pengakap SMK Tun MUtahir, dan guru-guru Penasihat
yang akan mengendalikan pergerakan pengakap tersebut juga disertakan.

3. Semoga dengan pendaftaran ini pihak sekolah akan memperolehi segala berita perkembangan
Persekutuan Pengakap Malaysia agar dapat membantu menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan
prestasi Pergerakan Pengakap.

Sekian Terima Kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

…………………………………….
(HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS)
Pengetua,
SMK Tun Mutahir.

s.k 1. Pengarah Pelajaran Melaka


2. Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah
3. Pesuruhjaya Pengakap Daerah
4. AJK Induk Koku sekolah
5. GPK Koku
6. Fail Pengakap
PERGERAKAN PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR.
( NO PENDAFTARAN ___/2011/SMKTMu )
SENARAI AHLIJAWATANKUASA PERSATUAN.

Pada mematuhi subperaturan 5 (1) (b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah)1996
Akta Pendidikan seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42. No 11 Tambahan no 41 , Perundangan P.U (A)
196, bertarikh 21 hb Mei 1998, maka berikut ini disertakan Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan
Pengakap SMK Tun Mutahir yang selepas ini disebut sebagai persatuan sahaja.

BIL JAWATAN NAMA TING NO KAD PENGENALAN


1 Pengerusi

2 Naib Pengerusi

3. Setiausaha

4. Penolong Setiausaha

5. Bendahari

6 Penolong Bendahari

7 Ahli Jawatankuasa 1.

2.

3.

4.

5.

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa senarai Ahli Jawatankuasa di atas adalah mematuhi
Subseksyen 6.11 dalam artikel Enam dan perlantikan mereka mematuhi subseksyen 6.12 dalam artikel
yang sama seperti dalam undang-undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan.

…………………………………. …………………………………..
( JOHARI BIN MOHD DAUD ) ( SELAMAT BIN MAT )
Pengerusi Pergerakan Pengakap Setiausaha Pergerakan Pengakap.
Tarikh: ………………………… Tarikh:…………………………….

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa senarai AJK di atas dan perlantikan mereka adalah
mengikut undang-undang dan Peraturan-Peraturan ( Perlembagaan) Pergerakan Pengakap SMK Tun
Mutahir.
……………………………………..
( EN LEE KOK KONG )
Guru Pemimpin / Penasihat.

Anda mungkin juga menyukai