Anda di halaman 1dari 5

BIDANG : KOKURIKULUM

KELAB : BOLA SEPAK

MATLAMAT :
Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar menunjukkkan sikap positif dan bakat
ke arah mewujudkan satu sikap penonjolan diri pelajar. Ia adalah sesuai dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara. Program ini juga adalah selaras dengan visi dan misi sekolah
yang berkehendakkan semua murid mempunyai satu tahap disiplin dan kecemerlangan
dalam semua bidang.

RASIONAL :

A: Melatih pelajar dalam pembentukan sikap positif dalam diri.


B: Mewujudkan iklim persekolahan yang sihat , harmoni dan sejahtera.
C: Mencungkil bakat terpendam dalam diri pelajar.
D: Selaras dengan misi kelab bola sepak untuk menjadikan
permainan ini sebagai permainan utama.

OBJEKTIF:

Pada umumnya program ini adalah diharapkan dapat memberi pendedahan kepada pelajar
tentang kaedah pengurusan dalam sukan dan mencungkil bakat pelajar dalam permainan ini
agar dapat menyediakan pasukan sekolah pada tahun-tahun hadapan. Selain itu program ini
diharapkan dapat melatih para pelajar dengan disiplin dan aspek penjagaan kesihatan yang
baik seterusnya secara tidak langsung membantu pencapaian akademik mereka.

KUMPULAN SASARAN

Terdiri daripada warga SKSM (Tahun 3 hingga 5) yang dipilih berdasarkan minat dan
kebolehan dalam permainan berkenaan.

Bilangan : 30 orang
PERANCANGAN AKTIVITI PASUKAN BOLA SEPAK SKSM 2011
PENAUNG : En. Mohd B. Ali ( GB SKSM )
PENASIHAT : En. Abdullah B. Abd. Gani
JURULATIH : En. Azmi B. Omar
: En. Mohd Ezam

Bil Bulan Aktiviti

1 Februari -Sejarah dan perkembangan semasa bola sepak

2 Mac -Taklimat teknik asas bola sepak


-Tayangan video bola sepak

3 April -Teknik senaman yang betul untuk permainan bola sepak


-Amali teknik asas bola sepak

4 Mei -Kecederaan dalam sukan bola sepak


-Teknik asas merawat kecederaan dalam bola sepak

5 Jun -Taklimat peraturan permainan bola sepak dan futsal


-Perlawanan antara kumpulan kecil ( small sided game )

6 Julai -Taktikal permainan


-Teknik asas penjaga gol

7 Ogos -Pertandingan futsal piala bakat sempena kemerdekaan

8 September -Pertandingan 7 sebelah

9 Oktober -Perlawanan Persahabatan

2.
ANGGARAN BELANJAWAN 2011
Yuran ahli (RM0.50\ sebulan x 9 bulan ) : RM4.50 x 30 ahli = RM 135.00
Jumlah : RM 135.00

TARIKH AKTIVITI JUMLAH


(RM)

MEI/JUN KLINIK TEKNIK ASAS PERMAINAN BOLA RM30


SEPAK

JULAI BENGKEL PERATURAN PERMAINAN BOLA RM20


SEPAK DAN FUTSAL.

OGOS PERTANDINGAN FUTSAL PIALA BAKAT


SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN RM50

SEPTEMBER FOLIO BOLA SEPAK RM15

OKTOBER PERLAWANAN PERSAHABATAN RM20

JUMLAH KESELURUHAN RM 135.00

Penutup
Melalui kerjasama yang jitu daripada semua pihak termasuk guru,murid dan
ibu bapa maka adalah diharapkan segala perancangan kelab bola sepak
Sekolah Kebangsaan Seberang Marang pada tahun 2011 berjalan dengan
lancar dan sempurna.

Disediakan oleh:

…………………………………….
(AZMI BIN OMAR)
Guru Penasihat
Kelab Bola sepak
Sek. Keb. Seberang Marang
3
BORANG PENILAIAN BOLA SEPAK

Aspek Penilaian pelajar:

Nama Pelajar :_________________________________


Tahun :_________________________________

MINGGU PENILAIAN MARKAH CATATAN

PERTAMA DISIPLIN

KEDUA BAKAT

KETIGA KEMAHIRAN KHUSUS

KEEMPAT MINAT/KESUNGGUHAN

LAIN-LAIN (sila nyatakan di bawah)

 Sistem Pemarkahan:

MARKAH KATEGORI/GRED
1 HINGGA 3 MEMUASKAN
4 HINGGA 6 BAIK
7 HINGGA 10 SANGAT BAIK

Anda mungkin juga menyukai