Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum w.b.

Yang dimuliakan tuan pengerusi majlis, yang dihormati…………, yang berusaha penasihat
persatuan UiTM Engineering Students Union En. Mohd Zikrul Hakim Noor,……….

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan
kerana sudi menghadirkan diri di majlis perasmian Engineering Open Day 2011. Untuk
makluman tetamu dan hadirin pada hari ini program ini adalah rentetan daripada program kita
pada tahun terdahulu. Oleh kerana sambutan yang diberikan amat menggalakkan jadi kami
mengambil keputusan untuk meneruskan program seperti ini pada tahun ini dan insyaallah pada
tahun-tahun yang berikutnya. Engineering open day ini diadakan bertujuan untuk menyediakan
platform untuk semua persatuan dalaman di fakulti-fakulti kejuruteraan memperkenalkan
persatuan mereka kepada semua warga UiTM khususnya kepada pelajar kejuruteraan di UiTM
Malaysia Shah Alam. Melalui program seperti ini juga, persatuan-persatuan dapat berinteraksi
dan mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam dan secara tidak langsung mengeratkan
hubungan sesama ahli seterusnya mewujudkan kerjasama untuk menjalankan sebarang aktiviti
pada masa-masa akan datang.

Untuk makluman tetamu jemputan kita juga, pada semester ini persatuan Engines Union telah
merancang untuk menganjurkan sebanyak 4 program. dengan sukacitanya dimaklumkan,
program cakap-cakap engineer yang telah dilangsungkan pada 23 Mac yang lepas mendapat
penyertaan yang sangat luar biasa iaitu lebih 300 peserta terdiri daripada pelajar kejuruteraan
dan ia adalah tiga kali ganda daripada jumlah jangkaan awal. Sehinggakan program yang
diadakan di dewan kuliah A itu tidak mampu menampung jumlah peserta menyebabkan ada
yang sanggup untuk duduk di bibir-bibir tangga dan ada juga yang berdiri semata-mata untuk
menghadirkan diri pada majlis yang kami anjurkan itu. Program terdekat yang akan dianjurkan
oleh persatuan Engines Union ini adalah Jalan-jalan Engineer dan juga seminar akidah. Kedua-
dua program ini masing-masing bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar di
dalam bidang yang ditempuhi dan juga memberi santapan rohani serta berkongsi sedikit ilmu
yang bermanfaat.

Oleh kerana masa begitu mencemburui kita, jadi saya ingin menamatkan ucapan saya pada hari
ini dengan satu harapan supaya program kita pada hari ini dan esok akan berlangsung dengan
jayanya dan mencapai objektif supaya kita pelajar daripada gugusan kejuruteraan bersatu hati
tidak kira pelajar kejuruteraan awam, mekanikal, elektrikal dan juga kimia. Bersama kita
martabatkan fakulti kejuruteraan. Wabillahi taufik wal hidayah, assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai