Anda di halaman 1dari 6

Tempat-tempat Menarik di Langkawi

Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut
Semanjung Malaysia ,kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah.Pulau yang di
kenali ramai ialah Pulau Langkawi.Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh
dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa,dan puteri jelita dari kayangan.Langkawi dianggap
syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang
terpelihara,Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antarakepulauan yang sedia ada
di Asia Tenggara .Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 jutatahu dahulu,pulau ini terdiri dari
rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkanimaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya
.Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit'dan'stlagmit'menjemput mereka yang berani untk
menjelahi gua-gua tersebut.Pantai di Langkawi yang bersih ,cuaca yang terang dan ceria sesuai
untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut
yang mengaksyikkan .
English

|Home|Bot Pelancong|Penginapan|Restaurants|Spa|Kereta Sewa|Activities|

Tempat-tempat menarik di Langkawi ;

Tanjung Rhu Langkawi


Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat
banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau
setiap mata yang memandang .

Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita
yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan
sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.

Pantai-pantai di Langkawi
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.. Pantai-
pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet di
sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang
mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut
disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.

Tasik Dayang Bunting


Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-
tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang
di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang
berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari
kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini
putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau
telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa
melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi
ditasik tersebut .

Taman Laut Pulau Payar Langkawi


Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan
Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan
Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang ..Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan
laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa
pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan
tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman
laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan
mengambil masa kira-kira 45minit.

Kuah- Langkawi
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong
berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita
dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari
tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama
'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar
yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah
sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbag
.ai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat
terutamanya makanan laut

Makam Mahsuri Langkawi


Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas
pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri
dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah
putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah
bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh
generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi
mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Opening hours: Daily, 7.30 am - 6 pm
Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks
moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang
18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian
kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi
kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini..
Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm

Langkawi Anna & The King Gallery


Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th
Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina keseluruhannya
daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri ,istana ini menyerupai
istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam .

Langkawi Oriental Village


Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah ,kebudayaan dan masakan yang
terkini dan unit di Pulau langkawi.Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di
pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang
menyediakan berbagai jenis masakan Asia

Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan
serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung.Pertunjukan kebudayaan dan fesyen
serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli
belah di situ .Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car ,aktiviti menunggang Gajah dan Telaga
Tujuh ,.
Opening hours: Daily, 10 am - 10 pm

Underwater World Langkawi


Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia
terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih
5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis
.Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru
seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk
kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm

Pelayaran ke pulau pulau


Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan
kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan .Pelayaran
tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti
yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan
dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut .

Taman Buaya Langkawi


Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih
kurang 32km dari pekan Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai
jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik ,para pengunjung akan menikmati
pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu tertentu .
Opening hours: Daily, 9 am. - 6 pm. Tel : 04-9592559

Dataran Lang Langkawi


Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung
helang..

Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek
bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi
bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat
,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia
sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan
malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .

Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat
yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi
Langkawi .

Galeria Perdana Langkawi


Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah
dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr. Mahathir
dan isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal ,barangan
kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil
dan senjata .Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat
roda .

Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar didalam galeri ini.Sebuah kedah cenderahati terletak di
galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan.. Opening hours: Daily,
10 am - 5 pm; Public/school holiday, 9 am - 6 pm; Friday, 10 am - 2:15 pm & 3 pm - 5 pm.Phone :
04-9591498

Laman Padi Langkawi


Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian
.Terletak di Pantai Cenang ,kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya
10minit dariLapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan
sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara .

Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak ,carta dan gambar
menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati
pemandangan laman ini dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi menggunakan
cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga restoran serta pusat urut
disitu .
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm.Telefon : 04-9553415

Taman Legenda Langkawi


Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu
pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan
bahan kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat
tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini .
Opening hours: Daily, 8 am - 11 pm

Komplek Budaya Kraf Langkawi


Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan
kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit mengadap laut
,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan
dan barangan perak yang di ukir halus . Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm.Tel : 04-9591913

Tasik Dayang Bunting Langkawi


Tasik Dayang Bunting terletak disebelah selatan Pulau Langkawi ,dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan
hijau ,merupakan tasik yang terbesar di kepulauan Langkawi .Deretan bukit dan gunung di sekeliling
tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring.Tasik
dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda bermula dengan percintaan
puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulung puteri tersebut mati selepas di
lahirkan .Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut
.Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa mulai dari saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai
anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu .

Sungai Kilim Langkawi


Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah
dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai
Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta
ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih .

Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang
menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua
Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti
anda .

Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)


Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang
terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini
terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh
menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari kayangan
sering mandi-manda di telaga ini.

Anda mungkin juga menyukai