Anda di halaman 1dari 4

http://sesinarsuria.blogspot.com/2009/06/kaedah-p-al-quran-kaedah-1-talaqqi.

html

Kaedah talaqqi musyafahah

ü Pengenalan ringkas kaedah talaqqi musyafahah

Ini jelas daripada peristiwa di gua hira’ ketika al-Qur’an mula-mula diturunkan kepada nabi
Muhammad seperti yang diriwayatkan oleh bukhari. Dalam peristiwa itu Jibril membaca terlebih
dahulu bacaan dan didengari oleh nabi Muhammad. Kemudian nabi Muhammad disuruh oleh
jibril mengikut dan mengulang semula bacaan tersebut sama seperti apa yang dibaca oleh jibril.

ü Definisi

Talaqqi dari segi bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.Manakala dari
segi istilah ia bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Guru memberi
contoh bacaan dan murid mengikut bacaan guru.

Musyafahah dari segi bahasa ialah sebutan dari mulut ke mulut yang diambil daripada
pergerakkan dua bibir. Manakala dari segi istilah ia bermaksud murid menerima pengajaran
secara sebutan guru dengan melihat pergerakkan bibir guru dan menyebutnya.

ü Dalil Kaedah Talaqqi-Musyafahah


‫} فَإِ َذا‬17{ ُ‫} إِ َّن َعلَ ْينَا َج ْم َعهُ َوقُرْ َءانَه‬16{ ‫ك ِلتَ ْع َج َل بِ ِه‬
َ َ‫الَ تَ َحرِّ ك بِ ِه لِ َسان‬
}18{ُ‫قَ َر ْأنَهُ فَاتَّبِ ْع قُرْ َءانَه‬
(18-16 ‫ ايات‬:‫)سورة القيامة‬

Maksudnya : “Janganlah engkau (Muhammad)


menggerak-gerakkan lidahmu kerana hendak
bersegera membaca dan menghafaznya (sebelum
selesai jibril membacanya). Sesungguhnya kamilah
yang berkuasa mengumpulkan al-Qur’an (ke dadamu)
dan Kamilah yang menetapkan bacaannya (pada
lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah selesai
membacanya maka ikutlah bacaannya”.
‫اس َعلَى‬
ِ َّ ‫ن‬ ‫ال‬ ‫ى‬ َ ‫ل‬ ‫ع‬
َ ُ ‫ه‬َ ‫أ‬ ‫ر‬
َ ْ
‫ق‬ َ ‫ت‬ِ ‫ل‬ ُ ‫ه‬ ‫ا‬َ ‫ن‬ ْ
‫ق‬ ‫ر‬
َ َ ‫ف‬ ‫ا‬ً ‫ن‬ ‫ا‬ ‫ء‬
َ ْ
‫ر‬ ُ ‫َوق‬
ً‫ث َونَ َّز ْلنَاهُ تَ ْن ِز ْيال‬ ٍ ‫ُم ْك‬
106: ‫سورة اإلسراء‬
Maksudnya : “ Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau membacakannya
kepada manusia dengan lambat, tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.”

َ ‫ إِ َّن هللاَ أَ َم َرنِ ْي أَ ْن أَ ْق َرأَ َعلَ ْي‬: ‫س ب ِْن َمالِ ٍك أَ َّن َرس ُْو َل هللاِ قَا َل ِألُبَ ّي‬
‫ك‬ ِ َ‫َع ْن أَن‬
‫ك لِ ْي فَ َج َع َل أُبَي يَ ْب ِكي‬ َ ‫ك قَا َل هللاُ َس َّما‬ َ َ‫ آهللُ َس َّمانِ ْي ل‬: ‫القرآن قَا َل أُبَي‬
‫اري‬ِ ‫َر َواهُ البُ َخ‬
Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata kepada
Ubay : “ Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu” Ubay berkata :
ِAdakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: “Allah telah memilih
dan menamakan kamu disisiku ” Maka Ubay pun menangis.

‫ ِم ْن َع ْب ِد هللاِ ب ِْن َم ْسع ُْود َو َسالِ ٍم‬: ‫آن ِم ْن أَرْ بَ َع ٍة‬


َ ْ‫ ُخ ُذ ْوا القُر‬: ‫ي‬
َّ ِ‫قال النَّب‬
‫اري‬ ِ ‫ب) َر َواهُ البُ َخ‬ ٍ ‫َو ُم َعا ِذ َوأُبَ ِّي ب ِْن َك ْع‬
Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : “Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat orang
iaitu cAbdullah Bin Mascud , Salim , Mucaz dan Ubay Bin Kacab”

ü Cara perlaksanaannya.

Sebelum
Murid akan duduk bersemuka dengan guru secara langsung dan bersemuka.

Semasa
Guru mula memperdengarkan bacaan al-Qur’an. Ketika itu murid-murid dikehendaki mendengar
dan memerhatikan gerak bibir guru dalam melafazkan kalimah-kalimah tertentu. Selepas guru
selesai menghabiskan bacaan, murid akan mengikut bacaan guru. Ketika itu guru mendengar
bacaan murid dan membetulkannya jika terdapat kesilapan di dalam bacaan.
ü Analisis kekuatan dan kelemahan

KEKUATAN

· Murid dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan
guru.
· Isi pembelajaran tidak diragui akan kesahihannya.
· Murid dapat ilmu secara langsung daripada guru. Ini akan mengelakkan murid-murid mendapat
kefahaman dan ilmu yang salah
· Meningkatkan keyakinan murid berhadapan dengan guru.

KELEMAHAN

· Pembelajaran lebih berpusatkan guru


· Murid menjadi pasif
· Kelemahan contoh bacaan guru akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid.

http://yaqeenahmad.wordpress.com/2008/10/08/kaedah-pengajaran-al-quran-masa-kini/

Pendekatan terbaik pengajaran al-Quran ialah TALAQQI dan MUSYAFAHAH iaitu berdepan secara langsung di
antara guru dengan murid seperti mana yang berlaku antara malaikat Jibril dan Rasulullah saw ketika wahyu yang
pertama diturunkan di gua Hira’. Pengajaran al-Quran juga perlu dilakukan dalam kumpulan kecil bagi memudahkan
guru melakasanakan pendekatan talaqqi dan musyafahah di atas.

Kaedah utama pengajaran al-Quran di Malaysia dan seluruh dunia Islam amnya ialah menggunakan kaedah
Baghdadiyah. Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja muncul beberapa kaedah baru pengajaran al-Quran di Malaysia
iaitu kaedah Qiraati, kaedah Iqra’ dan kaedah Hattawiyah. Berikut ialah huraian ringkas kaedah-kaedah pengajaran
al-Quran tersebut :

1. Kaedah Baghdadiyah

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal
dari Baghdad, ibu kota Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu
sejak berabad yang lalu. Kaedah Baghdadiyah menggunakan sebuah buku yang dinamakan Muqaddam yang
menjadi bahan utama pengajaran asas tilawah al-Quran. Kaedah ini menekankan kepada  pengenalan huruf
Hijaiyyah, baris dan ejaan.
2. Kaedah Qiraati

Kaedah Qiraati yang bermaksud “Bacaanku”   mula diperkenalkan pada tahun 1963 di Semarang, Indonesia
oleh seorang guru al-Quran yang bernama Bapak Haji Dachlan Salim Zarkasyi. Pada mulanya terdiri dari
sepuluh jilid buku untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas. Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid,
enam jilid dan akhirnya lima jilid. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah hinggalah ke
buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai
lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih membaca juzuk ‘Amma dan seterusnya al-Quran muhaf rasm
Othmani.

3. Kaedah Iqra’

Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari Indonesia iaitu mula
diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas
kaedah ini ialah Haji As’ad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra’. Buku-buku Iqra’ sepertimana juga
buku Qiraati disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan
huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid. Kaedah ini
mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima
atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit.
Kaedah Iqra’ telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi
pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.