Anda di halaman 1dari 4

HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia

(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di
Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen
"Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah
diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah
dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT
untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan
mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili
umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat
pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah
untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan
dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu
jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana
kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid
kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung
halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan
apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi
berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan
mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah
bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima
pengorbanan kami ini.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.

Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan
utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah.
Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di
zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga
turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah
tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha
pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami
laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila
arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu
perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju
perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini.
Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan
kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu
kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama
untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan
perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan
tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam
untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan
masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.
Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS.
Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun
indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan
era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam
perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin
tingginya perngorbanan.

HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa


berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.

Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati
kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan
kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan
manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah
kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah
kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah
anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan
menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah
lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu
hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya.
Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah
Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut
adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD
3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti
kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda
semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3
bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan
makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-
baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan
yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan
kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis
Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas
rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-
mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang
lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya
mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan
diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah
dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak
pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa
rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut
kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan
bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak
mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara
seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami
yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup
dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah
lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka
di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen
untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk
menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan.
Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi
menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak
sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus
berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah.
Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan
selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan
menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus
menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan
rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk
melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya
kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap
daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus
dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan
sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda
semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan
memaafkannya.

Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk
menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda
menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat
Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk
melakukan sesuatu.
Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat
Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat
Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen
kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong
perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda
sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di
dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar
kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada
waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas
muka bumi ini...

Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
14 Mei 2006.