Anda di halaman 1dari 18

PERATURAN AM DALAM MAKMAL DAN BILIK PERSEDIAAN 

A.        Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang pesanan untuk kerja
amali)  kepada kakitangan makmal keperluan peralatan sains. Bahan kimia atau bahan biologi
sekurang-kurangnya 2 hari sebelum peralatan atau bahan ini diperlukan. 

B.         Tidak sesiapa pun boleh makan, minum atau merokok dalam makmal atau bilik
persediaan. 

C.        Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa urusan
rasmi. 

D.        Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah dikembalikan ke tempat
asalnya setelah digunakan. 

E.         Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan sedemikian tanpa
sebarang pengawasan. 

F)          Makanan dan minuman adalah dilarang simpan dalam peti sejuk di bilik persediaan
untuk kegunaan persendirian. 

G)            Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa dalam makmal dan
bilik persediaan.

H.            Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di dalam makmal dan bilik
persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran. 

I)       Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada dalam makmal atau
bilik persediaan. 

J.          Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.

 PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR 

A)         Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan.  Tidak sesiapapun
dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.

B.          Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi  dalam makmal tidak
boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.

C.          Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan
atas arahan dan panduan guru. 

D.        Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah
digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.
E.         Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

F.          Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran


guru.

G.        Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan


dengan segera kepada guru atau pun kakitangan makmal.

H.         Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di


dalam makmal.

I.          Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat
lain tanpa kebenaran guru.

J.          Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal
hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.

K.        Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.

L.         Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti 
dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

M.        Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk
pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti
dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

N.         Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik
makmal.

O.        Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

P.         Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.

Q.        Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa


pengetahuan guru.

R.         Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

 
PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

A.        Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk  mempastikan
bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul.

B.        Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana
sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian  kerana sedikit bahan
kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas.  Jangan
membazirkan bahan kimia.

C.         Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan
jari tangan.

D.        Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera
setelah diambil bahannya.

E.         Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis.  Jangan cuba
merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.

AMARAN 

Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak
diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan
tersebut di atas.

PENYEDIAAN LARUTAN  DAN BAHAN UJI

  1.       Asid Hidroklorik cair (2M)

            Larutkan 170cm3 Asid Hidroklorik pekat dalam 1 dm3 larutan.

2.         Asid Sulfurik cair (1M)

            Larutkan 56cm3 Asid Sulfurik pekat dalam 1 dm3 larutan.

3.         Asid Nitrik cair (1M)

            Larutkan 130cm3 Asid Nitrik pekat dalam 1 dm3 larutan.

4.         Natrium Hidroksida cair 2M.


            Larutkan 80 gm  pepejal Natrium Hidroksida  dalam 1 dm3 larutan.

5.         Kalium Hidroksida cair 2 M.

            Larutkan 112 gm pepejal Kalium Hidroksida  dalam 1 dm3 larutan.

6.         Larutan Ammonia cair (2M)

            Larutkan 135 cm3 Ammonia pekat dalam 1 dm3 larutan.

7.        Larutan Kalsium Hidroksida (Air Kapur).

            Biarkan pepejal Kalsium Hidroksida, Ca(OH)2, bersentuh dengan air dalam satu takungan besar tertutup untuk be
jam.  Turaskan larutan tepu yang jernih dan gunakan larutan ini sebagai air kapur.

8.         Asid Etanoik (0.1 M)

            Larutkan  6cm3 Asid Etanoik glasial dalam 1 dm3 larutan.

9.         Larutan Natrium Karbonat (0.5M)

            Larutkan 53 gm pepejal Natrium Karbonat kontang dalam 1 dm3 larutan.

10.      Larutan Argentum Nitrat (0.1M)

            Larutkan 17gm  pepejal Argentum Nitrat  dalam 1 dm3 larutan.

11.      Larutan Barium Klorida (0.5 M)

            Larutkan  122 gm pepejal Barium Klorida  dalam 1 dm3 larutan.

12.      Larutan Kalium Dikromat (VI) (0.2M)

            Larutkan 58 gm pepejal Kalium Dikromat (VI)  dalam 1 dm3 larutan.

13.       Larutan Kalium Manganat(VII) (0.02 M)

            Larutkan  3 gm pepejal Kalium Mangganat (VII)  dalam 1 dm3 larutan.

14.       Larutan Ferum (II) Sulfat (0.5 M)

            Larutkan  139 g pepejal Ferum (II) Sulfat ke dalam 100 cm 3 Asid Sulfurik cair dan kemudian campurkan air suling sehingga 1 dm3 larutan

 15.       Larutan Ferum (III) Sulfat (0.5M)

            Larutkan  130 g  pepejal Ferum(III) dalam 50cm3 Asid Hidroklorik cair dan kemudian campurkan air suling sehing
dm3 larutan.
 16.       Larutan kalium Kromat (VI) (0.5M)

            Larutkan 97 gm pelejal Kalium Kromat (VI)  dalam 1 dm3 larutan.

17.      Larutan Plumbun (II) Nitrat ( 0.5 M)

            Larutkan 165 gm pepejal plumbum (II) Nitrat dalam 1 dm3 larutan.

18.       Larutan Kalium Iodida (0.5 M)

            Larutkan  83 g pepejal Kalium Iodida  dalam 1 dm3 larutan.

19.       Larutan Kalium Heksasionaferat(II)

            Larutkan 50 g pepejal Kalium Heksasionaferat  (II) dalam 1 dm3 larutan.

20.       Larutan Kalium Heksasionaferat (III)

            Larutkan 50 g pepejal Kalium Heksasionaferat (III) dalam 1 dm 3 larutan.

21.       Larutan Kalium Tiosianat

            Larutkan 150 g pepejal Kalium Tiosianat dalam 1 dm3 larutan.

22.       Larutan Klorin berair

            Salurkan gas klorin ke dalam air dalam almari wasap sehingga larutan berwarna kuning-hijau didapati.

23.       Larutan Bromin Berair  

            Masukkan 20 cm3 cecair bromin ke dalam  1 dm3 larutan.

24.       Larutan Iodin Berair

            Larutkan  112 g pepejal iodin ke dalam1 dm3 larutan yang mengandungi 20 gm kalium iodida.

25.        Penunjuk Metil Jingga.

             Larutkan  1.0 g pepejal Metil Jingga dalam 1 dm3 larutan..

26.        Penunjuk Metil Jingga Skrin

            Larutkan 15 g pepejal metil jingga skrin dalam 500 cm3 95% Etanol. Cairkan   

            dengan 500cm3 air suling.

27.        Penunjuk Fenoftalein


             Larutkan 5 g pepejal Fenolftalein dala, 500 cm3 95% Etanol. Cairkan dengan 500  Cm.3  air suling. Turas jika per

28.       Larutan Kanji 2%

            Larutkan 2 gm dalam 50 cm3 air untuk membentuk satu larutan likat.  Taambah dengan 100Cm3 air didih. Didihka
sampai satu larutan jernih terbentuk.  Biarkan ia sejuk.

29.        Kuprum (II) Sulfat (0.5M)

Larutkan 249.69 g pepejal Kuprum (II)Sulfat  dalam 1 dm3 larutan.

PENYEDIAAN REAGEN YANG MUDAH DAN PENYEDIAAN PEWARNA BIASA BAGI BIOLO

11.       LARUTAN IODIN 

CARA MEMBUATNYA:  larutkan 20 g pepejal kalium iodida dalam 1 liter air suling . Masukkan 12
pepejal iodin dan kacau hingga larut. Jika terlalu, cair dengan air suling mengikut keperluan.

KEGUNAANNYA:  

a.         Menguji kehadiran kanji - jika ada kanji warnanya bertukar ke biru kehitaman.

B.         Mengenal tisu berkayu -- jika ada tisu berkayu warnanya kuning pekat.

C.        Mengenal tisu tidak berkayu - jika ada tisu tidak berkayu warnanya kuning pucat.

1.2  LARUTAN ASITIK ORCEIN  

CARA MEMBUAT:  Pepejal orcein boleh dilarutkan dalam asid asitik lalu menghasilkan larutan as
orcein.  Masukkan 45 cm3 asid asitik tulin ke dalam sebuah kelalang yang mempunyai kondenser
refluks, campurkan 55 cm3 air suling ke dalamnya.  Masukkan 3 gm pepejal orsein dan simpan dal
almari wasap. Jika menggunakan kondenser refluks, tak payah menyimpan kelalang dalam almari w
Selepas beberapa jam, masukkan manik-manik kaca dan didihkan kelalang perlahan -lahan selama
( jika ada kondenser reflux, didihkan selama 1 jam) Sejukkan dan kemudian turaskan.
campurkan 10 cm3 larutan simpanan itu dengan 12 cm3 air suling.  

KEGUNAANNYA.  
A.        Untuk mengenal bahagian kromosom yang akan berwarna merah.  

1.3   LARUTAN METHYLENE BLUE  

CARA MEMBUATNYA:  campurkan 1 g methylene blue dan 0.6 g natrium klorida dalam 100 cm3 a
suling.  

KEGUNAANNYA;  

a.         Untuk mengenal nuklius dalam sel.  

1.4.  LARUTAN EOSIN  

CARA MEMBUATNYA:  larutkan 0.5g eosin dalam 100 cm3 air suling. 

KEGUNAANNYA:  sebagai pewarna dalam air untuk mengesan pergerakan air dalam xilem.

1.6  LARUTAN SAFRANIN

CARA MEMBUATNYA:  Larutkan 1 g safranin dalam 100 cm3 etanol  50 % . rendamkan tisu yang
hendak diwarnakan itu ke dalamnya selama 1/2 jam.  Keluarkan dan basuh dengan air suling dan
sediakan larutan asitik - etanol dengan cara mencampurkan 1 cm3 asid  astik dengan 99 cm3 etan
70% . Selepas tisu dibasuh  dengan air suling, rendam pula ke dalam larutan asitik - etanol untuk
menanggalkan safranin.  

KEGUNAANNYA:  

a.  Mewarnakan  bahagian tumbuhan di mana nuklius, lignin dan kutikal menjadi merah.

1.7  LARUTAN LAC TOPHENOL - COTTON BLUE

Cara membuatnya:  Campurkan hablur fenol 20 g, asid laktik 20 gm , gliserol 40g, cotton blue (me
biru) 0.05 g dan air suling 20 cm3.  Rendam tisu kulat dalam larutan itu selama 5 minit.
dengan air untuk menamggalkan pewarna yang berlebihan.  Periksa di bawah mikroskop.

KEGUNAANNYA:  

a.  Untuk mewarnakan kulat.  


1.8  LARUTAN LEISHMAN  

CARA MEMBUATNYA:  Hancurkan 0.2g serbuk pewarna Leisman dalam 10 cm3

metanol 100%  dalam sebuah lesung . Tambahkan metanol sedikit demi sedikit sehingga menjadi 1
cm3 dan betul-betul larut.

Kemudian terus dan disimpan di dalam botol yang tertutup rapi.Kemudian sediakan larutan tampa
6.8 dengan kaedah berikut;  

i.   Larutkan 9.1g kalium dihidrogen fosfat menjadi 1 liter.

Ii.  Larutkan 9.5 g dinitarium hiderogen fosfat menjadi 1 liter.

Iii. Campurkan 50.8 cm3 larutan (i) dan 49.2 cm 3 larutan (ii)

Kemudian rendamkan lapisan darah tersebut dengan pewarna Leishman selama satu hingga satu
setengah jam. Tambahkan sama banyak fosfat tampan pH 6.8. Tiupkan dengan mulut supaya pewa
bergaul dengan larutan tampan. Biarkan selama 10 minit. Basuh dengan aliran air yang perlahan .
Rendam dalam larutan tampan selama 30 saat atau lebih. Keliarkan sisip dan biarkan kering dalam
udara.  

KRITERIA KECEMERLANGAN MAKMAL SAINS

1.    Pengurusan Makmal  

A.         Buku stok Penggunaan alat

B.         Buku Stok Peralatan makmal

            i.            Daftar harta modal

            ii.           Daftar inventori

            iii.          Daftar stok bekalan pejabat

C.         Rekod pergerakan alat.


D.        Buku rekod peralatan.

E.         Jadual bertugas kakitangan.

F.         Jadual penggunaan makmal.  

2.    Fizikal makmal

A.         Susunan alatan

B.         Label alatan

C.         Kebersihan dan keceriaan dalaman makmal.

D.         Kebersihan dan keceriaan stor-stor utama & stor makmal.

E.          Kebersihan dan keceriaan bilik persediaan.

F.          Kebersihan dan keceriaan luaran sekitar makmal.

G.          Susunan sudut-sudut khas.

H.          Keseluruhan bahagian makmal berfungsi.

I.           Pengelibatan keseluruhan makmal.  

3.    Sudut pameran & unsur pameran  

A.         Buku kajian/skrap

B.         Papan kenyataan & pengisian

C.         Hasil kerja pelajar

D.         Model/gambar/poster dll

E.         Akuarium/bahan awet

F.          Carta pencapaian mata pelajaran sains/sains tulen PMR, SPM dan STPM

G.         Album

H.         Carta aliran kerja P&P  

4.        Pengurusan panitia sains

A.         Fail minit mesyuarat


B.         Perancangan tahunan

C.         Minit mesyuarat panitia

D.         Bank soalan.

E.         Rekod analisis pencapaian ujian/peperiksaan.

F.          Program latihan dalaman guru & kakitangan.

G.          Perancangan perbelanjaan dan peruntukan kewangan.

H.          Struktur organisasi.

I.           Bahan sumber Asas

            1.1  Sukatan pelajaran & huraian sukatan pelajaran.

            1.2  Nota /edaran kursus/pukal sains

            1.3  Surat Arahan PPD/JPN/KPM

J.            ABM/BBM

K.         Buku Rekod pengajaran (ditulis dan kemaskini)

L.          Buku amali pelajar.

M.        Buku latihan pelajar.

N.         Penghayatan PEKA

            n.1.            Dokumentasi PEKA

            n.2.            Bukti pelaksanaan PEKA pelajar

f.          Buku-buku rujukan

g.         Teknik penggunaan radas/alatan.  

5.            Penyelenggaraan Alatan/bahan

a.            Keselamatan penyimpanan

b.            Kaedah penyusunan yang diselaraskan dengan buku stok

c.            Penjagaan dan pemulihan


d.            Tanda/label tempat simpanan

e.            Radas dan bahan mencukupi

f.             Pelupusan alatan/bahan.

F..1          Rekod pelupusan

f.2.           Bukti pelupusan (tempat)

6.    Keselamatan makmal

a.         Peti rawatan kecemasan

b.         Pemadam kebakaran

c.         Rekod kemalangan

d.         Peta laluan kecemasan.

E.         Latihan kebakaran.

F.         Peraturan keselamatan makmal.

G.        Sistem penjagaan makmal teratur (gas, air dan elaktrik)

h.         Peralatan keselamatan diri.

I.          Peredaran udara dalam makmal.

J.          Utamakan keselamatan diri di premis makmal.

K.         Penggunaan baju makmal.  

7.        Ciri istimewa  

a.         Perpustakaan Jabatan Sains

b.         Taman sumber sains

c.         Galeri sains

d.         Penggunaan IT dalam pelbagai pengurusan di makmal.

E.         Projek khas - Contoh GLA.

F.         Disiplin kakitangan makmal.


G.        Impak budaya sains (Kuiz sains/puisi sains/inovasi sains dll

H.         lain-lain

KESELAMATAN MAKMAL BIOLOGI

1.2  BAHAN BIOLOGI 

1.2.1 Keselamatan dalam pengendalian mikroorganisma: 

            a)  Semua perkerjaan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati, mengikut cara kerja yang disediakan.
Bakteria, Fungi, Virus dan bahan pencemar yang tidak diketahui bahayanya hendaklah dianggap sebagai patog

            b) Sebelum memulakan kerja, pastikan terdapat bekalan bahan penyahjankit yang mencukupi dan sesu
dengan untuk organisma yang dikaji. 

            c) Semua permukaan, Kerusi dan tempat berkerja hendaklah dibersihkan dengan pencuci sebelum
meninggalkan makmal. 

            d) Bahan pencemar yang berbahaya tidak boleh dibiarkan kecuali setelah ditutup atau dilebelkan denga
jelas. 

            e) Peti sejuk serta alat-alat yang digunakan untuk menyimpan kultur mestilah dibersihkan dan
dinyahjankitkan selalu. Sewaktu melakukan pembersihan alat-alat perlindung diri patut digunakan.Peti sejuk t
dibenarkan menyimpan makanan. 

            f) Untuk mengurang belakunya pencemaran yang tidak disegajakan melalui tumpahan, semua bekas ya
mengandungi bahan jankitan hendaklah diletakkan didalam dulang yang besar atau permukaan tempat kerja
hendaklah ditutup dengan bahan penyerap boleh dibuang. 

            g) Tangan hendaklah dicuci bersih sebelum meneinggalkan makmal.  

            h) Semua tumpahan dan kemalangan hendaklah direkodkan

KESELAMATAN MAKMAL SAINS          

1.1      BAHAN KIMIA 

Terdapat berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sek
pada masa ini.  Antaranya, ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun mudah meletup dan kesan-
lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan s
menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia.

Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan
untuk menyedut keluar larutan.  Jangan sedut dengan mulut. 

Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan berikut: 

1.1.1    Pepejal Mudah Terbakar

           Logam Natrium dan Kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam minyak (Kerosin
minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair.  Fosforus kuning mestilah disimpan terendam
sepenuhnya dalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering.   Penyimpanan ketiga-tiga  bahan ini hend
diperiksa selalu untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair. (Penggunaan fosfor
kuning tidak digalakkan di sekolah).

Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida, asid nitrik) mes
disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksida.

Jadual 1 menunjukkan beberapa pepejal mudah terbakar disertai dengan kesan bahaya dan kaedah
penyimpanan masing-masing.  

1.1.2  Cecair Mudah Terbakar

Cecair mudah terbakar yang banyak seperti yang terdapat dalam botol “Winchester” hendaklah disim
pada aras terbawah dalam almari .  Almari ini  harus mempunyai tubir untuk mencegah cecair mengal
keluar daripada botol yang pecah.  Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas dan hendaklah terhindar
daripada bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.

Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Jauhkan cecair mudah terbakar da
sebarang sumber nyalaan. 

Jadual 2 menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masing-masing.

Jadual 2:  Bahan Kimia (Cecair) Mudah Terbakar 

takat kilat /C  (Sambaran)


Bahan
Propana - 104

Dietil eter - 45
Dimetil eter - 41

Karbon disulfida - 30

Aseton - 18

Sprit petroleum - 17

metanol    10

Etanol     10

 
 1.1.3   Bahan Kimia Mengkakis 

Contoh bahan-bahan kimia bersifat mengkakis adalah asid-asid pekat seperti asid nitrik, asid hidroklo
asid sulfurik, asid etanoik, asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, ce
bromin, kalium manganat (VII) dan argentum nitrat.

Elakkan anggota badan daripada tersentuh bahan-bahan tersebut.  Pengendalian bahan kimia ini hend
dilakukan dalam kebuk wasap dengan memakai cermin mata keselamatan serta sarung tangan keselam

Sekiranya sebahagian badan terkena  bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah segera dib
dengan air yang berlebihan. 

Selalunya , jika amali melibatkan bahan kimia mengkakis dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sa
digunakan. 

1.1.4  Bahan Kimia Beracun 

Eksperimen dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan pipet untuk menyedut
cacair yang beracun.

Seseorang yang menggunakan bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata keselamatan dan saru
tangan keselamatan getah.  Selepas eksperimen, tangan hendaklah dibasuh.

Jika mata untuk kulit ternena bahan kimia beracun, cuci segera dengan air yang banyak. Sebagai langk
susulan rawatan Pegawai perubatan hendaklah didapati. 

(A)    Langkah Keselamatan 


Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan.  Oleh itu langkah
keselamatan mesti diberi perhatian. 

(i)   ANILINA  mudah menyerap ke dalam kulit.

(ii)  BENZENA jika dihidu sedikit-sedikit selama tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi racun. I
boleh menyerap ke dalam kulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beraacun
misalnya toluena atau xilena. 

(iii)   WAP BROMIN   adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru-paru. Ia juga membahaya bil
bersentuhan dengan kulit.

(iv)    KARBON DISULFIDA boleh menyerap ke dalam kulit dan wapnya sangat beracun.
terbakar dan mempunyai takat suhu nyalaan yang rendah.

(v)    WAP KARBON TETRAKLOARIDA (tetraklorometana)  adalah beracun dan boleh menyerap ke
dalam kulit.

(vi)   KLOROFORM (Triklometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.

(vii)   HIDROGEN SULFIDA sama beracun seperti hidrogen sianida, tetapi ia bukanlah racun yang
menokok.  Ia mesti digunakan hanya dalam kebuk wasap sahaja.

(viii)  MERKURI mesti dipanaskan hanya di dalam kebuk wasap tetapi lebih baik lagi jika tidak dipan
langsung.  Wapnya ADALAH SANGAT  merbahaya.

(ix)     SULFUR DIOKSIDA   adalah beracun. 

(B)   Peraturan Penyimpanan 

            Penyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:

            (i)   Semua botol reagen bahan kimia mestilah  dilebel dengan jelas dan lebel itu hendaklah diper
dari semasa ke semasa.

Bagi-bahan kimia yang beracun dan berbahaya simbol-simbol tertentu digunakan.


 

(ii)  Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan dalam makmal tetapi mestilah disimpan dalam stor bahan
yang mempunyai peredaran udara yang baik.  Rak menyimpan bahan ini mestilah bertubir untuk
mengelakkan botol daripada jatuh.

(iii)   Cecair meruap dan lain-lain  cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam tempat khas yang
api. 

(iv)    Bahan kimia yang beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci di dalam stor.
Penggunaannya mestilah direkodkan. 

(iv)    Di dalam makmal tidak digalakkan ,menympan cecair yang lebih daripada 500cm 3. Bahan kimia
yang tidak boleh digunakan lagi merupakan sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letup
mestilah dirawat mengikut cara yang betul. 

1.1.5  Amalan Keselamtan Bagi tumpahan bahan Kimia 

Sebarang tumpahan bahan kimia adalah berbahaya, kerana ia menyebabkan kebakaran, kemalangan d
mengeluarkan wasap toksik. 

(i)    Bahan pepejal kering  :    Bahan ini disapu, dikumpul dan dimasuki dalam bekas sisa buangan yan
sesuai. 

(ii)   Larutan (Asid)          :       Tumpahan larutan asid hendaklah dengan air berlebihan. 

Pepejal Natrium Hidrogen Karbonat  atau laarutannya boleh digunakan untuk meneutralkan saki bak
tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air. 

Peringatan :  Apabila air disiram ke atas tumpahan asid sulfik pekat, dengan tujuan untuk
membersihkannya, haba terhasil dan asid akan terpercik.  Siram dengan air yang banyak untuk menca
asid dan ini akan mengurangkan hasilan haba serta percikan asid itu. 

i)  larutan Alkali  :  Tumpahan larutan alkali hendaklah disiram dengan air berlebihan terus ke dalam
longkang. 

Peringatan:  Larutan alkali akan menyebabkanlantai menjadi licin.  ?Tabur pasir ke atas tumpahan te
dan bersihkan.

i) Bahan berminyak

Tumpahan minyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang.  Mop kawasan tumpahan dengan
dan air dan lap hingga kering. 

ii)  Pelarut mudah Meruap :  Tumpahan pelarut mudah meruap akan meruap dengan cepat.
mungkin menyebabkan kebakaran, letupan, atau sesak nafas.  Kaedah pembersihan adalah seperti ber

(a)   Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain dan buangkan kain tersebut
ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai.

Dan

b) Tumpahan yang banyak dimop sehingga kering (Lakukan seperti kaedah di atas (i).

iii)  Merkuri:   

Tumpahahn merkuri merupakan punca biasa wap merkuri dalam udara makmal . Jika merkuri tertum
pastikan tingkap, pintu dibuka supaya terdapat peredaran udara yang cukup. Jika tumpahan yang ber
adalah sedikit, litup merkuri dengan serbuk sulfur. Penguntip merkuri boleh digunakan untuk mengut
merkuri yang banyak.  

* Peringatan: Pakai sarung tangan getah keselamat semasa membersihkan sabarang  

   tumpahan. 

1.1.6 Pelupusan 

            Satu senarai bahan kimia yang beracun dan kaedah rawatan atau pelupusan yang sepadan bagi
hendalahdiadakan dalam makmal. Pelupusan bahan-bahan kimia toksik hendakalh terlebih dahuludiru
kepada jabatan kimia,Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar unatuk mendapatkan khimat na

 
 

Anda mungkin juga menyukai