Anda di halaman 1dari 2

Sukan Ekstrem di Sekolah

Oleh: AMIR HUSAIRI SHARIF

Kegiatan sukan disekolah makin berkembang terutama dengan penglibatan Kementerian


Belia dan Sukan didalam memantapkan sukan sekolah. Namun sukan-sukan yang
diadakan disekolah dilihat tidak begitu menurut perkembangan sukan itu sendiri. Jika
dilihat kini sukan ekstrem seperti papan selaju, basikal aksi, memanjat dinding dan
pelbagai lagi belum ada pencapaian yang membanggakan dari peserta kita di peringkat
antarabangsa. Disiniliah penglibatan awal pelajar dalam sukan ekstrem perlu dipupuk.

Sukan ekstrem sama juga seperti sukan-sukan lain disekolah. Ia mempunyai beberapa
kebaikan kepada pelajar, sekolah dan negara. Selain menyihatkan tubuh badan, sukan
ekstrem dapat memberi keyakinan diri kepada pelajar. Sukan ekstrem amat memerlukan
pesertanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi didalam mengharungi cabaran. Tanpa
keyakinan, kemungkinan peserta sukan ekstrem tidak dapat melakukan sukan tersebut
dengan cemerlang. Sebagai contoh sukan ekstrem berbasikal aksi. Ia memerlukan bukan
hanya kekuatan fizikal untuk mengayuh tetapi juga keyakinan dan kepantasan berfikir
berfikir terutama apabila membuat pendaratan basikal dan aksi-aksi lasak yang lain.
Keyakinan diri ini perlu seiring dengan kepantasan berfikir kerana sukan ekstrem
memerlukan kedua-duanya didalam menyempurnakan aksi-aksi. Teknik-teknik tertentu
perlu diketahui pelajar terutama apabila melakukan aksi untuk mengelakkan kejadian
yang tidak diingini.

Pelajar juga dapat meluaskan pergaulan terutama apabila memasuki pertandingan bertaraf
antarabangsa. Pergaulan dengan peserta-peserta daripada luar negara mungkin dapat
meluaskan pemikiran dan juga gaya berfikir pelajar. Selain itu, pelajar juga merupakan
duta kecil Malaysia sekiranya memasuki pertandingan antarabangsa. Ini secara tidak
langsung dapat mempromosikan Malaysia ketaraf dunia. Penganjuran pertandingan
ekstrem juga dapat menjadi salah satu cabang untuk menarik pelancong untuk datang ke
Malaysia.

Namun begitu terdapat beberapa kebimbangan sekiranya sukan ekstrem ini dilaksanakan
di sekolah. Antaranya ialah kecederaan. Sukan ekstrem sama juga seperti sukan-sukan
lain dimana kecederaan boleh terjadi. Sepertimana yang kita tahu, sukan ekstrem begitu
menguji fizikal dan ada kalanya ia mungkin boleh memberi kecederaan yang teruk.
Kecederaan itu pula boleh menjejaskan proses pembelajaran di sekolah. Sukan ekstrem
bukanlah sinonim dengan kecederaan tetapi kemungkinan ia berlaku memnag ada. Maka
penggunaan alat-alat pelindungan kecederaan dan mempelajari teknik-teknik yang betul
dapat menghindari dari kecederaan.

Selain itu, sukan ekstrem juga memerlukan kos yang mahal terutama dalam proses
penyediaan tempat untuk sukan tersebut. Peralatan-peralatan seperti papan selaju, basikal
aksi, pakaiaan keselamatan, dinding mendaki dan proses penyeliaan serta baik pulih
memerlukan kos yang tinggi. Ini disebabkan oleh kebanyakan peralatan yang digunakan
adalah yang diimport kerana tiada lagi pengeluaran barang-baranag tersebut secara
tempatan. Kos mengimport dan duti cukai menyebabkan peralatan-peralatan sukan
ekstrem menjadi mahal.

Penglibatan pelajar didalam sukan ekstrem juga dikhuatiri akan melalaikan pelajar itu
sendiri. Ada kalanya sukan ekstrem menuntut masa yang agak lama untuk berlatih. Ini
kerana latihan amat perlu untuk memantapkan kemahiran dalam sukan ekstrem. Akibat
terlalu menumpukan perhatian kepada sukan ia mungkin akan melalaikan pelajar untuk
belajar. Kelatihan akibat daripada latihan yang intensif mungkin juga akan meletihkan
pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Apa yang penting disini ialah pelajar perlu bijak
untuk membahagikan masa untuk sukan dan belajar.

Penglibatan pelajar didalam sukan ekstrem memerlukan sokongan daripada pihak luar
dari sekolah. Sokongan boleh dilakukan dalam bentuk peralatan, latihan, pengalaman,
moral dan juga tunjuk ajar. Agensi-agensi kerajaan dan juga swasta boleh merealisasikan
impian agar peserta Malaysia setaraf peserta antarabangsa.

Kementerian Belia dna Sukan boleh bertindak menjadi tulang belakang didalam proses
mempopularkan sukan ekstrem ini. Belbagai-bagai bentuk promosi dan aktiviti dapat
dijalankan untuk menarik minat pelajar agar menceburi bidang sukan ini. Seperti juga
bolasepak, tidak mustahil sukan ekstrem dapat dijadikan sumber pendapatan pelajar suatu
ketika nanti. Maka hasrat tersebut perlulah disokong oleh jabatan bertanggung jawab
demi untuk bangsa dan negara.

Syarikat-syarikat swasta pula boleh bertindak dengan memberi bantuan-bantuan


sewajarnya seperti penajaan. Seperti yang kita maklum, sukan ekstrem memerlukan kos
yang tinggi, maka penajaan pihak korporat amat diperluakan terutama dari segi promosi
dan sokongan peralatan. Disamping memberi kemudahan kepada peserta, penajaan ini
juga akan menguntungkan pihak penaja dari proses penjenamaan.

Siri-siri pertandingan bertaraf tempatan dan antarabangsa juga perlu diadakan selalu.
Untuk peringkat tempatan, ia perlu bermotifkan untuk menarik minat pelajar untuk
menyertai sukan tersebut. Selain itu, ia turut memberi pendedahan dan pengalaman untuk
mara kepreingkat antarabangsa. Manakala pertandingan yang bertaraf antarabangsa
diperlukan untuk menaikkan nama Malaysia di peringkat yang lebih tinggi. Ia mungkin
juga memberi pengalaman tambahan kepada peserta yang berjaya di peringkat
antarabangsa.

Demi untuk itu, banyak tempat-tempat untuk sukan ekstrem diperlukan samada di
sekolah atau daerah. Ia mungkin boleh dilaksanakan dibawah kempen Rakan Muda atau
kempen-kempen yang lain seperti Belia Benci Dadah. Melalui kempen-kempen sebegini,
ia dapat membendung pelajar dari terjebat dengan aktivit-aktivit tidak sihat seperti dadah
atau ponteng.

Anda mungkin juga menyukai