Anda di halaman 1dari 1

Program Curahan Ilmu.

Disediakan : Pn.Sharifah Omar


Sumber: Website Kementerian Kesihatan.

Sistem Imun: Pelindung Kesihatan Kita


Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan
sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah Yang Maha Pengasih, yang
merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat
menandingi sistem imun yang sihat. Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein,
tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus).

Makrofaj - Sel darah putih merupakan barisan pertahanan pertama sistem imun. Ia dengan cepat
menyerang mana-mana penceroboh asing dan menelannya . Namun kadangkala makrofaj tidak
pasti sama ada yang datang itu penceroboh asing atau kawan. Makrofaj sudah tentu tidak mahu
memusnahkan sesuatu yang merupakan sebahagian dari tubuh kita. Untuk membantunya
mengenali kawan atau musuh, makrofaj akan meminta bantuan sel T-pembantu.

Sel T-pembantu adalah dari kumpulan sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit. Sel T-
pembantu akan mendatangi dan melekatkan dirinya dengan makrofaj untuk membantu makrofaj
mengenali sama ada yang berada dalam genggamannya itu kawan atau musuh. Sekiranya sel T-
pembantu memutuskan ianya adalah musuh, ia akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai
sitokines, yang memberi isyarat kepada sistem imun untuk bertindak dengan pantas. Ini
merangsang sel-B untuk bertindak dan menarik lebih banyak makrofaj dan sel T-pembantu untuk
datang menyelamat. Sekiranya sel T-pembantu tidak mengenali penceroboh asing tersebut, sistem
imun akan menganggapnya sebagai kawan dan membiarkannya. Bayangkan apa yang akan
terjadi. Ya, kita akan mendapat penyakit yang berpunca dari penceroboh tersebut.

Sel-B mempunyai kemampuan untuk menembak penceroboh dengan enzim yang dapat
menghancurkannya. Sebahagian dari sel-B akan kembali ke nodus limfa untuk membina antibodi
bagi melawan penceroboh tadi. Sekiranya penceroboh ini menyerang lagi, sistem imun sudah
bersedia mempertahankan diri disebabkan antibodi yang sudah dibina tadi.

Sel pembunuh semula jadi pula memusnahkan apa-apa yang berada di laluannya. Mereka
menyemburkan sel yang dijangkiti dengan toksin dan enzim pemusnah, yang akan memusnahkan
semua penceroboh asing atau sel yang tumbuh secara tidak normal seperti sel kanser. Apabila sel
semulajadi sudah mulai lemah atau tidak aktif dan tidak lagi berupaya memusnahkan sel kanser,
disebabkan radikal bebas dan beberapa faktor lain, seseorang itu akan mendapat penyakit kanser.
Memperkuatkan sel semulajadi merupakan satu cara yang baik untuk kita memusnahkan sel
kanser secara semulajadi.

Untuk membolehkan sistem imun melindungi kita, kita perlu menjaga kesihatannya. Ia perlukan
Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10, Zink dan antioksidan untuk kekal sihat
dan berfungsi pada tahap terbaik.

Sekiranya anda merasakan anda tidak perlu mengambil permakanan tambahan untuk kekal sihat
sepanjang hayat, fikirkan semula. Sila semak statistik mereka yang mendapat penyakit merbahaya
seperti sakit jantung, kanser dan diabetes. Ia memberi kita petunjuk bahawa kita perlu melakukan
sesuatu mengenai amalan permakanan kita.

Anda mungkin juga menyukai