Anda di halaman 1dari 2

Bina 5 ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

1. Beberapa orang penonton bertepuk tangan sambil bersorak memberi semangat


kepada para peserta yang sedang berlari di lorong masing-masing semasa sukan
tahunan.

2. Ali berlari di dalam lorongnya dengan pantas dan mendahului peserta yang lain
dalam acara larian.

3. Cikgu Rahim dan beberapa orang murid menyaksikan Amin membuat lompatan
dalam acara lompat tinggi.

4. Amin cuba sedaya upayanya. melompat untuk melepasi palang dalam acara
lompat tinggi

5. Cikgu Ismail berdiri sambil mengepit fail memerhatikan Ali melompat palang
dalam acara lompat tinggi.

6. 3 orang peserta lain memerhatikan Ali melompat sementara menunggu giliran


mereka membuat cubaan lompatan dalam acara lompat tinggi.

7. Tiga orang peserta berlari bersungguh-sungguh dan menghampiri garisan


penamat dalam acara lari dalam guni .

8. Ramai penonton bersorak dan memberikan tepukan yang gumuruh kepada para
peserta acara lari dalam guni yang semakin hampir ke garisan penamat.

9. Guru besar mengalungkan pingat kepada para pemenang dalam acara sukan.

10. Tiga orang budak lelaki yang telah berjaya menjadi juara sedang menerima
hadiah daripada guru besar.

11. Guru besar mengucapkan tahniah sambil mengalungkan pingat kepada para
pemenang dalam acara sukan tahunan.

12. Ali, Amin dan Abu yang berjaya dalam acara sukan tersenyum ketika menerima
hadiah daripada guru besar.
Berdasarkan petikan di atas terdapat beberapa nilai yang boleh diperolehi. Antaranya kita
mestilah bertanggungjawab kepada tugas yang diberikan seperti Cikgu Zarifah
memarahi Kamal kerana tidak pernah menyiapkan kerja sekolahnya. Seterusnya kita
mesti berdisplin datang ke sekolah setiap hari. Selain itu kita juga perlu berhemah
tinggi seperti Kamal mengingsafi kesalahan dan mengubah sikapnya . Selain itu jita
juga harus rajin belajar dan mengulangkaji pelajaran. Akhir sekali kita mesti
menghargai kejayaan kawan kita dengan mengucapkan tahniah.