Anda di halaman 1dari 5

Etika dalam penyelidikan

Isu-isu etika sangat penting dalam penyelidikan sebagai panduan untuk


melengkapkan setiap kajian yang dijalankan. Penyelidik yang tidak mematuhi etika
penyelidikan akan merosakkan reputasi penyelidikan sosial.

Tingkah laku beretika diberikan perhatian yang serius dalam sains sosial kerana ia
melibatkan manusia sebagai subjek. Ia memberi kaitan langsung terhadap
kehidupan subjek yang dikaji. Elemen penting dalam etika ini ialah:

Bahasa – penyelidik menyediakan maklumat lengkap dan bahasa yang mudah


difahami. Penerangan juga perlu supaya responden memahami apa yang diinginkan
oleh penyelidik.

Perasaan responden – beri masa yang cukup untuk responden menjawab soalan
dan tidak boleh bertanya soalan-soalan yang memalukan, menyebabkan kekacauan
emosi atau pengalaman yang tidak menyenangkan. Secara umum, penyelidik tidak
boleh mendedahkan responden kepada tekanan mental atau fizikal.

Etika dalam semua peringkat kajian – penyelidik harus pentingkan etika pemilihan
permasalahan kajian, tentukan kaedah penyelidikan, pengumpulan data,
penganalisisan data, interpretasi dan melaporkan kajian.

Mengetahui tahap pendidikan responden – mengambil kira tahap pendidikan sampel


yang ingin dikaji. Tidak boleh memberi tugas yang tidak wajar atau rumit kepada
responden. Keadaan ini jika berlaku akan menyukarkan proses penyelidikan dan
akan mendatangkan tindak balas yang negatif daripada sampel yang dikaji.

Berterus-terang dengan responden – berikan penjelasan kepada responden tentang


matlamat dan tujuan kajian. Semua maklumat perlu dijelaskan termasuk prosedur
yang terlibat dalam kajian. Dengan itu, responden akan secara sukarela melibatkan
diri dalam kajian berkenaan.

Utarakan data yang tepat – bertindak memberikan data yang tidak lengkap, terkeluar
dari konteks, memalsukan penemuan atau kemukakan fakta yang mengelirukan
dianggap melanggar tatasusila penyelidikan.

Menjaga kerahsiaan responden – penyelidik sama sekali tidak boleh mendedahkan


maklumat mengenai sampel kajian sehingga ia boleh menggugat keselamatan atau
maruah responden. Hak-hak peribadinya harus dipelihara dan tidak boleh jatuh ke
tangan pihak ketiga.

Mematuhi etika penyelidikan adalah tanggungjawab penyelidik. Kegagalan


mematuhi etika berkenaan akan menggugat kesahan dan kebolehpercayaan kajian
yang dilakukan.
Ciri-ciri Penyelidikan Yang Baik:

Penjelasan (Explanation) & Ramalan (Prediciton)

Matlamat unggul sesuatu penyelidikan dijalankan ialah untuk memajukan penjelasan


dan ramalan tentang sesuatu fenomena fizikal atau sosial. Dengan kata-kata lain,
tujuan atau pernyataan masalah penyelidikan tentang apa yang ingin dijelas atau
diramalkan mestilah amat jelas. Angkubah-angkubah yang ingin dijelaskan serta
hubungan antara satu sama lain dalam suatu fenomena yang ingin dikaji mesti
dinyatakan secara eksplicit. Justeru itu, hipotesis sama ada dalam bentuk diskriptif
atau causal mestilah spesifik, nyata dan boleh diuji.

 Fenomena Yang Bercorak Dan Berulang (Patterned and Repetitious Phenomena)


Sehubungan dengan ciri penjelasan dan ramalan, fenomena yang dikaji dalam
sesuatu penyelidikan haruslah mempunyai corak yang berulang-ulang. Jika sesuatu
fenomena kajian itu tidak berstruktur, tidak mempunyai ciri-ciri sistematik dan tidak
mempunyai hubungan yang tekal, sudah tentunya penjelasan dan ramalan tidak
boleh dibuat dengan kepastian yang tinggi. Peristiwa yang wujud hanya sekali
sahaja tidak boleh dijelaskan dengan darjah verifikasi yang kuat. Pendek kata,
fenomena kajian yang baik mesti manpu dikaji oleh pengkaji lain kerana fenomena
berkenaan mempunyai corak yang boleh diramal dan dijelaskan serta wujud dalam
keadaan lain dan berulangan.

Replikasi (Replication)

Supaya sesuatu kajian itu dianggap baik, kajian tersebut mesti mampu direplikasikan
oleh pengkaji sendiri dan pengkaji lain. Hanya selepas sesuatu pemerhatian dikesan
berulang kali, barulah kita menganggap kajian itu saintifik dan boleh dipercayai.
Justeru itu, kajian yang baik menetap dan menerangkan spesifikasi metodologinya
agar dapat dijalankan semula oleh pengkaji-pengkaji lain.

Sifat ini mempunyai kaitan dengan ciri empiris iaitu sesuatu kajian sama ada
metodologi atau fenomena yang ingin dikaji boleh diulangi oleh pengkaji yang lain.
Ini memastikan bahawa penemuannya boleh disahkan semula atau ditolak.

Kuantifikasi (Quantification)

Mengikut Forcese & Richer, ‘Quantification refers to the assignment of numerical


values to the phenomena under investigation’ (11973:10). Kajian yang baik mengkaji
fenomena yang dapat dihuraikan; apa yang boleh dihuraikan sebaik-baiknya boleh
diukur. Lantaran itu, fenomena kajian yang baik dapat kuantifikasikan melalui
angkubah-angkubahnya. Semakin halus ukuran angkubahnya, semakin tinggi
kekuatan hubungan statistikal yang mampu dibuktikan. Hipotesis yang dibentuk
berasaskan angkubah-angkubah yang measureable lebih mantap dan boleh
dianalisa dengan pelbagai kaedah statistik.

Contohnya sekiranya pengkaji ingin menghuruai dan mengklasifikasikan motivasi


pekerja, maka mesti adanya instrumen untuk mengukur konstruk tersebut dan
hasilnya dalam data yang boleh diuji.

Konseptualisasi : Abstrak Dan Operasi

Selanjut daripada ciri kuantifikasi, konsep-konsep dalam sesuatu kajian yang wujud
dalam bentuk abstrak mestilah boleh dioperasikan secara validnya. Apabila kita
operasikan sesuatu konsep, kita menetapkan unsur-unsur konsep tersebut dalam
bentuk yang boleh ditanggap dan diukur atau angkubah-angkubahnya.

Pengoperasian konsep abstrak atau konstruk yang valid merupakan pengoperasian


yang mempunyai keesahan konstruk yang tinggi. Dengan kata-kata lain, angkubah-
angkubah yang dibentuk untuk mewakili konstruk betul-betul menepati had dan
spesifikasi konstruk tersebut.

Mengikut Zetterberg, terdapat tiga kemungkinan kesilapan dalam proses


pengoperasian konstruk. Yang pertamanya, angkubah yang dipilih tidak merangkumi
pengertian konstruk. Contohnya jika secara konsepsinya, kelas sosial diertikan
sebagai pendapatan bulanan dan kesedaran seseorang tentang keanggotaannya
dalam sesuatu hirarki manakala angkubah yang dipilih untuk kelas sosial hanya
mengambil kira pendapatan bulana sahaja. Kesilapan yang kedua yang mungkin
timbul ialah di mana pengoperasiannya mempunyai ruang lingkup yang lebih luas
daripada konstruknya. Contohnya angkubah-angkubah yang dipilih untuk
mengoperasikan kelas sosial tadi termasuk pendapatan, kesedaran dan tahap
pendidikan. Akhirnya, kesilapan ketiga ialah pengoperasian yang tidak menepati
langsung konstruk yang dimaksudkan. Contohnya angkubah untuk kelas sosial ialah
warna kulit di mana orang berkulit putih dianggap kelas tinggi manakala orang
berkulit hitam dianggap kelas bawahan.(Zetterberg, 1965:114-20)

Model, Hipotesis Dan Teori

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa penyelidikan yang baik biasanya


menggunakan pendekatan deduksi berdasarkan model, hipotesis dan teori. (Gay &
Diehl, 1996: 77) Penyelidikan yang memaju dan mencabar model, hipotesis dan
teori yang sedia wujud akan menganjakkan paradigma dan menghasilkan model,
hipotesis dan teori baru.(Kuhn,1962) Justeru itu, mengikut Newman, ‘There is no
evidence… that a single scientific discovery ever was made by induction as
conceived by Bacon. On the contrary it is quite clear that to engage in research
without the stimulus and guidance of hypotheses, rules, preconceptions,
anticipations, control criteria and the like is a hopeless if not indeed frivolous activity
(Newman, 1961, Vol. 1, 91). Jelasnya, satu ciri penyelidikan yang baik ialah ianya
berasaskan paradigma teori dan model yang sedia ada.

Objektiviti/Keobjektifan

Objektiviti merupakan sifat penganggapan yang tidak dipengaruhi oleh emosi atau
prasangka seseorang. Dalam pernyataan masalah, pengkaji mestilah memastikan
bahawa fahamannya terhadap masalah adalah sama dengan fahaman pengkaji-
pengkaji lain. Begitu juga dalam pemilihan kaedah, teori dan rujukan literaturnya.
Sekiranya terdapat bukti bahawa terdapat kaedah yang lebih baik daripada kaedah
yang ingin dijalankannya, maka dia mesti sedia menerimanya.

Supaya data yang diperolehi mempunyai keesahan yang tinggi, soalan-soalan atau
item-item dalam instrumen (soal selidik) mesti mempunyai objektifan yang tinngi. Ini
bererti soalan itu tidak berbentuk ambiguous tetapi memberi interpretasi yang sama
kepada sesiapa sahaja yang membacanya.
Bagi peringkat pungutan, analisa dan laporan data, emosi dan kepentingan pengkaji
dan sponsornya harus diketepikan agar laporan dapat dibuat dengan objektifnya.
Begitu juga dalam pemilihan sampel atau subjek kajian pengkaji mestilah mematuhi
rancangan yang telah ditetapkan dan tidak mengubahnya untuk menyesuaikan
sampel agar dapat memenuhi kepentingan diri.(Forcese & Richer, 1973:16) Untuk
memastikan bahawa sampel yang dipungut adalah objektif dan tidak biased, maka
terdapat berbagai-bagai kaedah persampelan seperti persampelan rawak,
persampelan kluster, persampelan sistematik dan persampelan rawak berstrata.
(Gay & Diehl, 1996: 128)

Kebolehpercayaan & Keesahan Pengukuran

Aras pengukuran data dalam sesuatu penyelidikan boleh berbentuk nominal, ordinal,
interval atau ratio. Penyelidikan yang baik akan seboleh-bolehnya menggunakan
aras ukuran yang tinggi iaitu data interval atau ratio. Ini adalah kerana analisa
statistik seperti ujian paramatriks yang lebih teliti dan rapi boleh dilakukan terhadap
data interval atau ratio.

Justeru itu, sekiranya perhubungan causal dikaji, adalah pentingnya data interval
atau ratio dipungut.

Sehubungan dengan itu, ciri kebolehpercayaan dan keesahan pengukuran amat


perlu diamati oleh pengkaji. Semakin tinggi sifat kebolehanpercayaan dan keesahan
sesuatu analisa dan pungutan data, semakin tepat dan baik sesuatu penyelidikan.
(Forcese & Richer, 1973:73)

Faktor Etika

Setiap penyelidikan mestilah memastikan kaedah, kandungan dan tujuan tidak


melanggar kod etika pengkaji, norma dan nilai-nilai sejagat seperti agama. Sekira
sesuatu kajian memenuhi semua ciri dan prinsip saintifik tetapi tidak beretika mana
sudah tentunya penyelidikan demikian dianggap kurang baik. Contohnya
penyelidikan yang memanipulasi manusia atau cuba ‘play god’ seperti clone
manusia dan sebagainya.

Isu yang berkaitan dengan isu etika ialah kejujuran pengkaji. Pengkaji mesti
menunjukkan segala usahanya untuk memastikan bahawa setiap langkah
penyelidikan dilaksanakan dengan jujur dan segala data yang diperolehi adalah
tepat.

Anda mungkin juga menyukai