Anda di halaman 1dari 7

Format Menulis Kajian Sejarah Tempatan Tingkatan 3/ 2/ 1 (31.3.11 - 1.

21
am)
Format Kajian Sejarah Tempatan boleh diguna pakai untuk menyiapkan projek sejarah 2011.
Semua pelajar Tingkatan 3, 2 dan 1 boleh menjadikan format berikut sebagai panduan
menyiapkan projek sejarah.
Format ini adalah untuk ELEMEN 2 @ hasil kajian. Pastikan SUMBER/ ELEMEN 1 telah
mencukupi.

Setiap elemen 2 WAJIB mengandungi 9 perkara iaitu:


1. Tajuk Kajian:

 tajuk kajian hendaklah ditulis besar dalam 1 muka surat A4. 


  contoh: 

o INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN: DEWAN BANDARAYA KUALA


LUMPUR
o TOKOH-TOKOH DALAM KELUARGA (tingkatan1)
o PERISTIWA PENTING DI SEKOLAH (tingkatan 2)

2. Senarai Kandungan

  mengandungi 3 ruang iaitu bilangan/ Perkara / Halaman


 senarai disusun secara urutan iaitu bermula dengan:
 Contoh:

           Bil      Perkara                         Halaman

1. Tajuk Kajian              
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan                         1
4. Objektif Kajian                     2
5. Kaedah Kajian                      3
6. Hasil Kajian                       4 - 20
7. Rumusan                                21
8. Lampiran                            22 - 24
9. Rujukan                                  25
3. Penghargaan

 Helaian ini ditulis dalam 2 atau 3 perenggan


 Mengandungi kata-kata terima kasih kepada 3 pihak yang membantu pelajar. 
 Setiap pihak itu, nyatakan alasan mengapa perlu berterima kasih
 Kebiasaan, pihak yang perlu diberi penghargaan seperti berikut (ambil 3 sahaja)

o ibu-bapa (nyatakan nama penuh ibu dan bapa dan beri alasan)
o pengetua/ guru sejarah (nama penuh dan beri alasan)
o rakan-rakan (nama penuh rakan-rakan dan alasan)
o Orang yang ditemuramah (nama penuh dan alasan)
o pihak institusi (nama penuh dan beri alasan)

4. Objektif Kajian 

 Ditulis dengan sedikit huraian/ ada perenggan


 Tulis 3 objektif sahaja
 Perenggan satu tentang tugasan
 Perenggan dua tentang iktibar
 Perenggan tiga tentang pengalaman ketika buat kajian (berdasarkan objektif 2010)

Contoh:  Melalui kajian ini, saya akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang institusi
pentadbiran
              tempatan iaitu _________________________. Antaranya ialah
______________________
5. Kaedah Kajian

 Tulis 3 kaedah berdasarkan sumber/elemen yang diperolehi; kebiasaannya:


 Melayari Internet: sumber yang dicetak daripada laman sesawang

o Cara menulis: nyatakan laman web http; dan tajuk laman sesawang 
o Contoh; Saya telah melayari laman sesawang http; ___________________ yang
bertajuk ____________. Antara maklumat yang diperolehi ialah
_____________________________.   

 Temu bual: melibatkan dialog atau orang yang ditemuramah/ ada dialog
dibuat/maklumat org sumber

o Cara menulis: nyatakan nama orang sumber, umur, alamat dan tujuan temuramah
o Contoh: Saya juga telah ___________________

  Penyelidikan Perpustakaan: semua sumber bertulis seperti akhbar, majalah, buku, dll.

o Cara menulis: nyatakan akhbar/tarikh/ tajuk, @ nama majalah/tarikh/tajuk


o Contoh: Selain itu ________________________

 Melawat Tempat Kajian: seperti melawat DBKL, MBPJ, DBI, MPSP, (Ting 3)

o Cara menulis: nyatakan alamat penuh tempat kajian/ tarikh melawat dan tujuan
o Contoh: Saya telah ________________________

6. Hasil Kajian

 penting dan perlu menepati kehendak soalan


 rujuk soalan yang diberi/ atau arahan guru terutama tajuk Tingkatan 1 dan 2
 hasil kajian mesti betul
 Jika tak betul, calon tak boleh dapat markah penuh.

7. Rumusan

  pilih tiga unsur patriotisme yang sesuai dalam senarai unsur patriotisme yang diberikan
oleh guru sekolah anda.
 Berdasarkan tiga unsur patriotisme yang dipilih tadi, huraikan kepentingan satu nilai
kepada diri anda, kepentingan nilai kedua kepada bangsa, dan kepentingan nilai ketiga
kepada negara.
 Contoh: Setelah menjalankan kajian, saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia
kerana negara kita mempunyai pelbagai institusi
___________________________________
 Jadi, contoh di atas adalah untuk rumusan diri dengan menggunakan salah satu nilai yang
telah dipilih.
 Binalah dua lagi rumusan untuk baki dua nilai terhadap kepentingan untuk masyarakat
dan negara.

8. Lampiran- Kebiasaan pelajar memilih:


 Contoh 1: Peta jalan ke institusi

o ambil daripada laman sesawang atau mana-mana sumber


o potong peta 
o tampal pada kertas lain
o tulis sedikit maklumat pada bahagian bawah peta yang telah dilekatkan.
o contoh; Peta menunjukan arah untuk sampai ke _________________

 Contoh 2; Gambar institusi

o potong gambar dari mana-mana sumber / gambar yg dicuci dikedai - kategori


sama
o tampal pada kertas lain
o tulis sedikit maklumat (rujuk contoh 1)

  Contoh 3: Pelan bangunan atau Pilih bentuk lain selain daripada dua contoh yang diberi

o Cara seperti contoh yang diberi.

9. Rujukan

 Pelajar sering melakukan kesilapan untuk menulis rujukan


 Pelajar perlu ada sumber tersebut jika ingin menulis rujukan
 kadang-kadang pelajar menulis rujukan tetapi tiada sumber tersebut pada elemen 1.
 Kebiasaannya empat sumber rujukan yang berbeza yang mudah diperolehi ialah:

o Akhbar

 Cara: Nama akhbar, tarikh akhbar, halaman berapa


 Berita Harian, 25 Mac 2011, halaman 15.

o Internet

 Cara: tajuk, alamat laman sesawang


 Piagam Pelanggan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
http://www.dbkl.gov.my
o  Melawat Tempat Kajian

 Nama institusi, diikuti alamat penuh/ poskod


 Majlis Bandaraya Ipoh, .....alamat....

o Majalah

 Cara: nama majalah, bulan/ tahun diterbitkan/ halaman 


 Contoh: Dewan Masyarakat, Januari 2010, halaman 16.

Panduan Menulis Esei Sejarah Tingkatan 3 (2.39 pm/ 4.4.2011)


Langkah-langkah: Satu panduan sahaja.

 Fahami tajuk esei:

o bagaimana Institusi Pentadbiran Tempatan perkukuhkan integrasi nasional


o maksudnya: cara-cara yang dibuat oleh institusi akhirnya mengukuhkan
perpaduan kaum
o Senaraikan empat cara (pastikan berbeza) yang dibuat oleh institusi
pentadbiran tempatan 
o Empat cara yang dibuat oleh institusi pentadbiran tempatan akan membawa
kepada integrasi nasional.
o Cara-caranya banyak.

 contoh cara-cara 1: Memberikan lesen perniagaan pasar malam / pasar


tani kepada semua kaum tidak kira orang Melayu, Cina, India,
bumiputera yang lain.
 Contoh cara-cara 2: Mengadakan gotong royong di kawasan perumahan

 Setelah mendapat empat cara, kaitkan empat cara yang dipilih tadi dengan empat
unsur patriotisme yang sesuai.
 Antara unsur patriotisme yang sesuai dalam esei ini ialah/ pilih empat sahaja:

o bersatu dan berharmoni


o bertolak ansur dan bertoleransi
o bekerjasama dan tolong-menolong
o hormat menghormati
o bersefahaman dan bermuafakat
o muhibbah/ semangat bermasyarakat
o berlaku adil dan bertimbang rasa
o bertindak wajar

 Berdasarkan contoh cara 1 tadi, apakah unsur patriotisme yang dianggap sesuai?

o katakan unsur patriotisme yang dipilih ialah bertindak wajar

 Kemudian olah ayat antara cara (lihat contoh di atas) dan unsur patriotisme yang dipilih
dengan mengaitkan ke arah integrasi nasional.

o Contoh: 
 Perenggan satu: umum/ bebas
 Perenggan 2: 

 Antara cara institusi pentadbiran tempatan mengukuhkan


integrasi nasional ialah dengan memberikan lesen perniagaan
seperti lesen perniagaan pasar malam kepada semua kaum.
Tindakan ini membolehkan institusi pentadbiran tempatan telah
bertindak wajar dalam melaksanakan bidang kuasa mereka dan
mengukuhkan integrasi nasional di negara kita.

  Berdasarkan ayat contoh di atas, binalah pula ayat untuk cara 2 yang telah diberi. 
 Kaitkan dengan satu unsur patriotisme yang sesuai iaitu bersatu dan berharmoni.
 Kemudian bina ayat untuk dijadikan perenggan 2. Jadikan perenggan 1 sebagai contoh.
 Sila layari seperti laman web DBKL untuk mendapatkan contoh/ aktiviti / bidang tugas
yang  dilaksanakan oleh institusi tersebut. www.dbkl.gov.my 
 Contoh aktiviti / bidan tugas tersebut boleh dijadikan idea untuk dapatkan cara 3 dan cara
4. Cukup mudah.
 Kebanyakan institusi pentadbiran tempatan spt DBKL, MPSP, MBI dll mempunyai
bidang tugas yang hampir sama. 
 Ada pertanyaan, tulis pada comment.

Anda mungkin juga menyukai