Anda di halaman 1dari 3

Panitia Bahasa Melayu || SKSP 2011 || Latihan Bahasa Melayu

Bahagian A

Bahagian C : Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

1. Syafik membaca buku sejarah semasa menanti ketibaan bas awam untuk ke sekolah. Jam baru menunjukkan
pukul 6.20 pagi. Syafik tidak pernah bangun lewat. Dia akan mengunci jam locengnya sebelum tidur. Dia tidak suka
menyusahkan ibunya kerana ibunya terpaksa melayan dua orang adiknya yang bersekolah tadika. Syafik beratur
sebelum menaiki bas. Dia sentiasa ingat akan pesanan ibunya supaya jangan berebut-rebut ketika menaiki bas. Di
sekolah, Syafik merupakan murid kesayangan guru dan rakan-rakannya kerana sikapnya yang positif dalam semua
hal. Setiap tahun Syafik akan naik ke pentas untuk menerima hadiah pelajaran dan kepimpinan sebagai ketua darjah
yang cemerlang atau sebagai pengawas yang dedikasi. Ayah dan ibu Syafik berasa bangga dan bersyukur
mempunyai anak yang sebaiknya.

Bahagian A

Ditulis oleh : Cikgu Ismail Bin Suhai || Adly Munsyi || Tahun 6


Panitia Bahasa Melayu || SKSP 2011 || Latihan Bahasa Melayu

Bahagian C

2. Ketika usiaku 10 tahun, emak menghadiahkan seekor anak kucing Parsi kepadaku. Aku berasa sungguh
gembira kerana mendapat seekor anak kucing yang comel. Mula anak kucing itu selebar piring cawan manakala
badannya diselaputi bulu setebal 2 hingga 3 inci. Ekornya kembang membunga seperti ekor tupai.
Aku menamakan kucing itu Jojo. Jojo menjadi kucing kesayanganku dan seisi keluarga. Kelincahan Jojo
berlari dengan kakinya yang pendek dan bentuk badan yang hampir empat segi, amat menghiburkan hati kami
sekeluarga.
Sakit pening Jojo kutangisi. Aku membawanya ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan. Adik-adikku
turut membantu memandikan Jojo dan menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Kini Jojo telah tiada lagi.
Jojo telah pergi buat selama-lamanya selepas dilanggar oleh sebuah kereta di hadapan rumah kami. Seminggu aku
jatuh sakit kerana menangisi pemergiannya.

Bahagian A

Ditulis oleh : Cikgu Ismail Bin Suhai || Adly Munsyi || Tahun 6


Panitia Bahasa Melayu || SKSP 2011 || Latihan Bahasa Melayu

Bahagian C
3 Banyak insiden yang sukar dipercayai pernah berlaku dalam masyarakat kita. Antara insiden tersebut ialah
kisah seorang posmen yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tetapi masih mengutip semua surat yang bertaburan
dan membawa surat-surat itu bersama-samanya ke hospital. Lelaki itu tidak membenarkan sesiapa pun mengambil
surat-suratnya dan hanya menyerahkan beg berisi surat tersebut kepada tuannya yang melawatnya di hospital pada
keesokkan harinya.
Dalam insiden lain, dua orang murid sekoah telah terjumpa sebuah bungkusan yang mengandungi wang
tunai berjumlah RM50 000. Wang itu dipercayai wang hasil rompakan apabila dua orang penjenayah yang mencuri
wang tersebut dikatakan telah mencampakkan bungkusan itu ketika cuba melarikan diri daripada diberkas oleh pihak
polis. Kedua-dua murid sekolah tadi telah menyerahkan bungkusan berisi wang itu kepada pihak polis dengan
menunggang basikal ke balai polis yang terdekat tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak lain. Renungkan
sikap terpuji insane-insan mulia ini.

Ditulis oleh : Cikgu Ismail Bin Suhai || Adly Munsyi || Tahun 6

Anda mungkin juga menyukai

  • Borang Permohon CRK
    Borang Permohon CRK
    Dokumen2 halaman
    Borang Permohon CRK
    Ismail Bin Suhai
    Belum ada peringkat
  • Agenda Mesyuarat
    Agenda Mesyuarat
    Dokumen1 halaman
    Agenda Mesyuarat
    Ismail Bin Suhai
    Belum ada peringkat
  • Sains
    Sains
    Dokumen2 halaman
    Sains
    Ismail Bin Suhai
    Belum ada peringkat
  • Sains
    Sains
    Dokumen2 halaman
    Sains
    Ismail Bin Suhai
    Belum ada peringkat
  • Sains
    Sains
    Dokumen2 halaman
    Sains
    Ismail Bin Suhai
    Belum ada peringkat
  • Kuih Tat Nenas
    Kuih Tat Nenas
    Dokumen1 halaman
    Kuih Tat Nenas
    Ismail Bin Suhai
    Belum ada peringkat
  • Sol at
    Sol at
    Dokumen1 halaman
    Sol at
    Ismail Bin Suhai
    Belum ada peringkat
  • AM - Kata Arah
    AM - Kata Arah
    Dokumen2 halaman
    AM - Kata Arah
    Ismail Bin Suhai
    Belum ada peringkat