Anda di halaman 1dari 2

Watak dan Perwatakan

Mak Timah
1. Ibu kandung kepada Katijah dan Munah
2. Ibu angkat kepada Zahara binti Muhamad alis Yap Siew Hong.
3. Seorang yang penyayang, iaitu amat menyayangi Pungut yang dianggap seperti darah dagingnya
sendiri.
4. Prihatin dan bertanggungjawab, iaitu sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkat kerana
kasihan akan Pungut yang dibuang oleh keluarga kandungnya.
5. Isteri yang mengambil berat akan kepayahan hutang suaminya.
6. Bersikap mesra dengan jiran tetangga.

Pungut
1. Nama sebenarnya ialah Zahara binti Muhamad alias Yap Siew Hong.
2. Berketurunan Cina.
3. Berumur 24 tahun.
4. Badannya bersaiz sebiji buah betik ketika dilahirkan.
5. Gadis yang cacat dan tidak dapat berdikari untuk melakukan sebarang perkara.
6. Diserahkan oleh neneknya, Bibik kepada Mak Timah setelah ibunya, Siew Lan tidak mahu
menjaganya.

Bibik
1. Berketurunan Cina Peranakan.
2. Nenek kepada Pungut atau Yap Siew Hong atau ibu kepada Siew Lan.
3. Fasih berbahasa Melayu.
4. Tuan rumah sewa Mak Timah.
5. Tidak menyukai Pungut atau Yap Siew Hong yang cacat dan menyerahkan cucunya kepada Mak
Timah.

Siew Lan
1. Berketurunan Cina
2. Ibu kandung Pungut atau Yap Siew Hong.
3. Tidak menyukai Yap Siew Hong yang cacat berbanding dengan empat orang anaknya yang lain
yang sihat dan normal.

Watak Sampingan yang Lain : Katijah, Munah, anak lelaki/ anak bongsu Mak Timah dan Bomoh Dollah.

Anda mungkin juga menyukai