Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA CADANGAN

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2010


================================================

1.Latarbelakang

Tarikh penerimaan cadangan-cadangan Laporan jawatankuasa Pelajaran ( Laporan Razak )


sebagai dasar pelajaran Negara oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu
( Legislatif Council Malaya ) pada 16 Mei 1956 telah diabadikan sebagai tarikh sambutan
perayaan Hari Guru. Semenjak tahun 1972 perayaan Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei
setiap tahun bagi mengiktiraf jasa dan kecemerlangan guru yang menjadi pemangkin kearah
kehebatan negara . Disamping itu kecekapan guru pula akan dapat memastikan pembangunan
modal insan yang cemerlang dan disegani mampu melonjakkan imej negara untuk menjadi
negara maju menjelang tahun 2020. Ini bersesuaian dengan tema sambutan pada tahun ini
“Guru Pembina Negara Bangsa “

2. Objektif

1.Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak kearah
menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal , rohani dan emosi.
2.Melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga pendidik , ibubapa dan pelajar di
sekolah ini kearah menjadikan institusi sekolah sebagai pusat kecemerlangan.
3.Memperhebatkan lagi usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan kearah meningkatkan
kesejahteraan hidup di masa hadapan bukan sahaja dari segi kebendaan bahkan juga dari segi
moral dan keagamaan.

3. Tarikh Pelaksanaan

HARI : Rabu
TARIKH : 19 Mei 2010
Masa : 7.30 pagi – 1.30 tengahari

4. Penglibatan :
1. Semua guru dan Kakitangan Sekolah
2. Semua Pelajar - Pra Sekolah hingga Tahun 6
3. AJK PIBG
4. Ibubapa
5. Masyarakat Setempat
5. AJK Pengelola

Penaung : En Muhammad Fauzan b Abd Wahid ( YDP PIBG )


Penasihat : En Mohammad b Hashim ( Guru Besar )
Pengerusi : En Mohd Fadzil b Mat Isa ( GPK Ko Kurikulum )
N. Pengerusi : Pn Salmiah bt Mohd Yusof ( GPK HEM )
Setiausaha : Pn Junaidah bt Kamaruddin
Bendahari : En Hazly b Nurhasyim
AJK : Pn Nor Azlina bt Hussein
Pn Norazila bt Mohammad
Pn Ramlah bt Ismail
Cik Siti Fatimah bt Kasman

6. AJK Kerja

Jemputan : Pn Arifah bt Abd Samad


Buku Program : Cik Azrinawati bt Zainuddin
Persiapan Dewan : En Sandrasaigaran
Pn Norzia bt Rosli

Hadiah : Pn Gan Seck Nee


PA System : En Mohd Fadzly b Kamaruddin
Sukaneka : En Ahmad Sharifuddin b Kassim
Cik Siti Fatimah bt Kasman

Juruacara : Pn Nor Azlina bt Hussein

Dokumentasi : En Hazly b Nurhasyim

Persembahan Murid : Pn Noreen bt Amirrudin


: Pn Zuraini bt Ahmad

Jamuan : Pn Norzaharina bt Hj Adnan


Pn Nurul Huda bt Abbas

Majlis Bacaan Yassin : En Badrul Hisham b Hussin


Dan Doa Selamat : Pn Hjh Fazlina bt Abd Ghani

Kawalan Murid : Pn Ramlah bt Ismail


Pn Rozasima bt Razali

Gerai Jualan dan : Pn Norazila bt Muhammad


Cenderahati Pn Fauziah bt Abu Samah
Persembahan Guru
Dan Kakitangan : Pn Rossuria bt Safar
7. Jadual Pelaksanaan

Tarikh Aktiviti Tindakan Catatan


3.5.2010 Penyediaan Kertas Kerja Cadangan Pengerusi
5.5.2010 Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Setiausaha
7.5.2010 Mesyuarat AJK Kerja 1 Setiausaha
12.5.201 Latihan Persembahan Murid Pn Noreen & Pn Zuraini
0 Mesyuarat AJK Kerja 2 Setiausaha
19.5.201 Acara Kemucak Sambutan Pengerusi
0
26.5.201 Post mortem Setiausaha
0

8. Anggaran Kos

1. Hadiah & Cenderahati RM200.00


2. Persiapan RM100.00
3. Jamuan RM100.00
4. Runcit RM100.00
-------------
RM500.00
========
9. Sumber Kewangan

1. Tabung Kelab Kebajikan


2. PIBG
3. Jualan Cenderahati
4. Jualan Amal
5. Bayaran Penyertaaan Pertandingan
6. Sumbangan Individu

10. Cadangan Pengisian Program Sampingan

1.Jualan Cenderahati / Bunga - Kedai Buku Sekolah


2.Jualan Amal - Kelab Usahawan Muda
3.Cyber Café Kios - Kelab ICT
4.Tayangan Filem Perdana - Kelab Kemahiran Hidup
5.Teka Kacang dan Cabutan Bertuah - Kelab Sains dan Matematik
6.Pertandingan Memancing - Kelab Kebajikan
7.Lawatan Penanda Aras - Kelab Kebajikan
11. Aturcara Program Sambutan

7.30 pg - Ketibaan ibubapa dan jemputan


7.45 pg - Majlis Tahlil dan Doa Selamat
8.30 pg - Acara Sukaneka
9.30 pg - Jamuan Ringan
10.30 pg - Persembahan Pentas
a) Ucapan Aluan
b) Membaca Perutusan Hari Guru
- Menteri Pelajaran
-Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
c)Ucapan Guru Besar
d)Memotong Kek Hari Guru
e)Nyanyian Lagu Guru Malaysia
f)Acara Pertukaran Hadiah dan Cenderahati
g)Penyampaian Hadiah Pertandingan
h)Persembahan Murid
1.00 t/hari - Jamuan Guru
Bersurai

12. Penutup

Dengan berkat limpah taufiq dan hidayahNya, kita sama-sama berkesempatan menyambut hari
Guru bagi tahun ini. Perjalanan masa yang pantas, seolah-olah menafikan bahawa kita telah
menyambut hari penuh bermakna ini kepada para pendidik dan pelajar setahun yang lalu.
Ucapan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua lapisan warga pendidik yang menjadi
tonggak dan harapan bangsa serta negara dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri dan masyarakat. Jadikan tarikh ini sebagai hari yang bermakna dan detik
penting menyemat iltizam baru serta kesungguhan untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita
murni kita. Selamat Menyambut Hari Guru.

Anda mungkin juga menyukai