Anda di halaman 1dari 10

IBU

NORAKMALINA AHMAD TARMIZI


WAN HALIMATUL SYAADIAH WAN
AZIZ
Ibu dera anak
Ibu tiri potong telinga dan jari anak
gadis 6 tahun
Wanita ini tidak menunjukkan ciri-ciri seorang
ibu yang baik. Dia sanggup mendera dan
melakukan kekejaman terhadap anak tirinya
yang baru berusia 6 tahun. Malah, penderaan
yang dilakukannya juga adalah melampau.
Berdasarkan kisah ini, kami dapat
mengenalpasti beberapa kompetensi
kecerdasan emosi yang tidak dimiliki oleh
wanita tersebut hingga menyebabkannya
melakukan tindakan seperti ini.
Mengurus perasaan dan emosi negatif
dengan baik
Wanita ini tidak mampu untuk mengurus
perasaan dan emosi negatif dengan baik. Punca
dia mendera anak tirinya masih tidak diketahui,
namun sebagai seorang manusia kita harus bijak
mengurus emosi-emosi destruktif yang wujud
akibat daripada tekanan-tekanan di sekeliling.
Akibat tidak dapt mengurus emosi negatifnya
dengan baik, beliau tidak dapat menghadapi
tekanan dan melepaskan tekanan itu terhadap
anak tirinya.
Berfikiran waras dan berfokus dalam
tekanan
Beliau juga tidak dapat berfikir dengan waras
sehingga sanggup mendera anak gadis itu dengan
begitu kejam. Seorang ibu yang menyayangi
anaknya tidak akan sanggup memotong telinga
dan jari anak kecilnya malah akan menjaganya
dengan baik. Semasa pihak polis ke rumahnya
untuk menangkap, wanita ini juga menangis dan
berharap beliau telah mati. Tindakan beliau itu
seperti orang gila kerana telah dikuasai emosi
negatif dan tekanan perasaan.
Bertindak secara beretika dan
mengikut peraturan
Akibat tidak dapat mengurus emosi negatif
dan tekanan yang dihadapinya, beliau tidak
dapat bertindak secara beretika dan mengikut
peraturan. Tindakan beliau mendera anak
tirinya itu adalah melanggar undang-undang
dan boleh didakwa. Pihak polis juga telah
menahan wanita tersebut atas tindakan
kejamnya terhadap anak tirinya.
Amanah

Beliau tidak memiliki sikap amanah dalam


menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
ibu. Walaupun anak gadis ini hanyalah anak
tirinya, tetapi dia berhak mendapat kasih
saying dan perlindungan yang secukupnya dari
kedua ibu bapanya.
Kemarahan

Ibu ini memiliki emosi yang destruktif iaitu


kemarahan. Beliau tidak mampu untuk
mengurus perasaan marah, ragu dan rasa
kurang percaya. Akibatnya beliau melepaskan
kemarahan beliau terhadap anak tirinya.
Pengurusan konflik
Beliau tidak dapt menguruskan konflik yang
timbul. Mungkin beliau mempunyai masalah
rumah tangga dengan ayah gadis tersebut,
tetapi, beliau harus bijak menguruskan
masalah peribadi beliau dan tidak
melampiaskan tekanan kepada anak tirinya.
Beliau tidak bertolak ansur dan betindak
secara diplomasi dalam mebuat tindakan.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai