Anda di halaman 1dari 8

KERTAS MAKLUMAN

KONSEP DAN PELAKSANAAN


AKTIVITI PRASEKOLAH
1MALAYSIA
LATAR BELAKANG
Aktiviti ini memberi fokus kepada konsep perpaduan
negara dengan menerapkan konsep integrasi nasional melalui
proses penyatuan antara kelompok-kelompok yang berbeza
latar belakang, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan
nilai serta kepentingan bersama.

Prasekolah merupakan medan terbaik menyemai


semangat menerima kepelbagaian kaum, agama dan
kepercayaan. Konsep Prasekolah 1Malaysia adalah selaras
dengan gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan’
• Konsep Prasekolah 1Malaysia ini adalah selari kehendak
Perlembagaan Persekutuan.

• Menyokong Program Transformasi Kerajaan dalam


bidang NKRA Pendidikan.

• Menjadikan Malaysia sebagai penanda aras sosial global,


bagi merealisasikan hasrat KPM membina negara
bangsa.

• Konsep Prasekolah 1Malaysia ini wajar dilaksanakan


sebagai kesinambungan kepada pendidikan rendah.
• Pendedahan kepada pengenalan setiap budaya bangsa
diterapkan melalui aktiviti yang dirancang dan
dilaksanakan.
• Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ialah:
Peringkat Aktiviti
Kelas/Sekolah Amalan Ucapan “SELAMAT PAGI”, “TERIMA KASIH”. “APA
KHABAR” dan lain-lain contoh pengucapan yang mudah dan
bertatasusila.

Kelas/Sekolah Sudut 1Malaysia – guru membimbing murid memenuhkan


sudut ini dengan aktiviti P&P berdasarkan Tema daripada
KSPK yang menggambarkan konsep 1Malaysia
Peringkat Aktiviti
Kelas/Sekolah Penglibatan murid-murid prasekolah dalam acara tahunan
sekolah. Contoh “Hari Kecemerlangan”. Mengadakan
persembahan yang menggambarkan kepelbagaian kaum atau
budaya di negara ini.
Kelas/Sekolah Sambutan Hari Kebangsaan – aktiviti yang berteraskan
semangat patriotisme dan perpaduan kaum
Kelas/Sekolah Sambutan Hari Malaysia – dicadangkan disambut pada 15 atau
17 September setiap tahun. Pertandingan pakaian tradisional
yang menggambarkan pelbagai kaum di Malaysia dan lain-lain
aktiviti bahasa seperti deklamasi sajak, puisi atau bercerita,
mewarna gambar dan menghasilkan kolaj yang mencerminkan
perpaduan kaum.
Kelas/Sekolah Pertandingan menyanyi atau menyalin lirik lagu-lagu patriotik.
Peringkat Aktiviti
Sekolah / PPD / Kreatif Area untuk Sudut 1Malaysia – Pertandingan Sudut
JPN 1Malaysia paling kreatif dan bermakna di antara kelas atau
sekolah atau zon.

PPD / JPN Lawatan Kelas Prasekolah berkonsepkan 1Malaysia –


Mengadakan lawatan di antara prasekolah SK, prasekolah
SJK(C) dan SJK(T).

Murid-murid ditempatkan di dalam bas yang sama dan menuju


ke satu destinasi lawatan. Dengan ini, satu pertemuan atau
aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum di Malaysia dapat
dilaksanakan.
• Pelaksanaan Konsep Prasekolah 1Malaysia adalah wajar
kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan
mengamalkan adat dan agama yang berbeza.

• Usaha ini dilaksanakan untuk membentuk generasi baru


yang berwawasan, berdisiplin serta berupaya menghayati
dan merealisasikan Gagasan 1Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai