Anda di halaman 1dari 3

RAGAM HIAS

Motif hiasan labu sayong

1.Labu dihias sewaktu permukaannya masih dalam keadaan lembut.

2.Kebiasaannya motif yang diukir pada labu bermotifkan alam sekeliling atau motif
geometri.

3.motif yang dihias pada labu tidak keterlaluan malah hiasan mudah seperti lengkungan
(gelung puyuh), jaluran cengkung (gelugur) atau garis timbul (panai).

4.Permukaan labu dihias dengan cara tekanan (hiasan tekap) atau turisan. Terdapat
juga ragam hias yang dibuat dengan cara menakik (hiasan takik), mengkelar (hiasan
kelar) atau mengguris (hiasan guris)

Motif yang digunakan untuk menghias labu sayong ialah hiasan daripada tumbuh-
tumbuhan dan juga motif geomatrik seperti:-

Bunga cengkih

Bunga kedudut

Bunga tanjung

Bunga padi

Bunga pecah empat

Bunga pecah lapan

Bunga lawang

Pucuk rebung
Hiasan umum yang terdapat pada labu ialah hiasan panai dan gelugur. Hiasan
panai iaitu jaluran timbul yang disusn secara menyerong atau tegak. Hiasan gelugur
pula ialah jaluran cekung di permukaan yang menimbulkan kesan cembung. Hiasan
jaluran cekung ini juga dikenali sebagai bekas taliair. Dua garis timbul atau turis yang
melingkar di bahagian badan labu disebut gelang puyoh.

CONTOH
RAGAM HIAS
RAGAM HIAS BAGI LABU SAYONG
RAGAM HIAS BAGI TEMBIKAR SARAWAK

Anda mungkin juga menyukai