Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Alhamdulillah,akhirnya saya Berjaya mengyiapkan tugasan yang telah


diamanahkan kepada saya dan rakan sekelas yang lain. Saya amat bersyukur kerana
mendapat kerja ini kerana ia banyak membantu saya dalam meningati semula pelajaran
yang telah saya lalui ketika berumur 13 sehingga 17 tahun. Dalam proses menyiapkan
kerj a kursus ini,berbagai rintangan saya terpaksa tempuhi dan hadapi. Namu saya
cuba menghadapinya dengan sebaik mungkin.

Pertama kali saya mendapat tajuk ini saya terus mencari serba sedikit bahan
tentang tajuk yang saya terima ini. saya cuba mendapatkan bahan melalui internet.
Namun begitu akibat daripada kesukaran untuk melayari internet saya terpaksa
mencuba di bilik rakan saya dan Alhamdulillah kemudahan internet di biliknya lebih
berkesan daripada saya.

Selain itu, saya juga menghadapi sedikit kesukaran ketika mencari bahan melalui
kertas dan artikel. Kekurangan buku di perpustakaan menyebabkan saya terpaksa
mencari buku sendiri atau meminjam dari sahabat. Melalui buku saya lebbih memahami
dan memudahkan lagi proses untuk menyiapkan kerja kursus yang saya terima ini.

Setelah hamper siap saya terpaksa mencari rakan-rakan yang mempunyai mesin
pencetak dan berdakwat penuh. Saya belum lagi memberli mesin tersebut dan terpaksa
meminjam barang orang lain untuk menghabiskn kerja kursus yang hamper siap ini.
saya juga mengalami masalah kekangan masa yang amat sangat.

Segala rintangan dan ujian yang saya lalui hari ini akan saya jadikan pengajaran
dan pedoman demi masa hadapan. Semoga duggan itu akan menaikkan iman saya
dan kesabaran saya untuk semester akan datang dan dapat mengendalikan masalah
seperti ini dengan lebih matang. Akhir sekali, ribuan terima kasih atas pertolongan
sama ada mereka yang terlibat secara lansung atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai