Anda di halaman 1dari 37

HARI KUSTA SEDUNIA

( Leprosy or Hansen's disease )

27 JANUARI 2011

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS


1
PENGENALAN
Penyakit Kusta adalah disebabkan oleh sejenis bakteria
dipanggil Mycobacterium leprae yang berjangkit secara
perlahan-lahan dan menyerang bahagian kulit, saraf
kaki dan tangan, serta lain-lain organ seperti mata,
tekak dan hidung. Penyakit Kusta juga dikenali sebagai
Penyakit Hansen.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 2


CARA REBAKAN PENYAKIT
KUSTA
Cara rebakannya tidak diketahui secara tepat tetapi
difahamkan ia merebak dari seorang ke seseorang melalui
percikan air liur. Faktor-faktor persekitaran yang tidak bersih
dan keadaan tempat tinggal yang sesak adalah penyumbang
kepada merebaknya penyakit ini. Di samping itu kekurangan
zat makanan dan daya tahan badan yang lemah juga adalah
faktor penggalak bagi rebakan penyakit ini.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 3


TEMPOH PENGERAMAN
BAKTERIA PENYAKIT KUSTA
Tempoh pengeraman adalah terlalu lama bagi bakteria ini
iaitu di antara 1 hingga 40 tahun. Mereka yang kerap
dijangkiti adalah golongan muda berumur di antara 10
hingga 20 tahun di mana lelaki lebih mudah dijangkiti
berbanding perempuan.Penyakit Kusta adalah endemik di
Malaysia, walau bagaimanapun kadar jangkitan adalah
rendah.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 4


TANDA GEJALA PENYAKIT
KUSTA
Terdapat 2 jenis Penyakit Kusta:

Paucibacillary (calitan kulit smear negative)

Satu atau beberapa tompok samada


putih atau merah yang tidak gatal atau
sakit. Kulit menjadi kering dan kasar
serta tidak berpeluh dan tidak
berbulu. Ianya tidak berjangkit tetapi
jika tidak dirawat ia akan
menyebabkan kecacatan.

Penyakit Kusta Pausibakilari adalah serdahana dan bercirikan satu atau lebih makules
kulit hipopigment.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 5


TANDA GEJALA PENYAKIT
KUSTA
Multibacillary (calitan kulit smear positif)

Tompokan putih kemerah-merahan


yang boleh merebak keseluruh kulit.
Tanda-tanda awal boleh dilihat pada
muka dan telinga. Jenis ini boleh
merebak jika tidak dirawat.

Multibakilari pula dikaitkan dengan lesion kulit sekata, nodule, lendir (plaques), kulit menebal, dan
peningkatan lendir hidung menyebabkan hidung tersumbat dan epistaxis (hidung berdarah).

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 6


TANDA GEJALA PENYAKIT
KUSTA
Di kawasan wabak , jika ujian calitan seseorang
menunjukkan positif bakteria AFB (Acid Fast Bacilli) atau jika
ada luka pada kulit yang mempunyai ciri-ciri tertentu,
seseorang itu boleh dikatakan mendapat Penyakit Kusta.
Selalunya, sedikit perubahan warna kulit terjadi dan ia akan
hilang deria rasa. Saraf menjadi tebal serta otot menjadi lemah
adalah antara akibat dari penyakit ini. Salah satu dari ciri
klinikal yang terjadi adalah kaki pesakit akan menjadi keras dan
tidak boleh dibengkokkan serta kesukaran untuk berjalan.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 7


INFOMASI PENYAKIT
• Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit
Hansen, merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan
oleh jangkitan Mycobacterium leprae.
• Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang
menjumpai Mycobacterium leprae, G. A. Hansen.

Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam


bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin
ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak
stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS


8
MASALAH PENYAKIT KUSTA
• Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat
mencacatkan.
• Pesakit kusta pada masa dahulu akan disingkir dan
dikurung di penempatan kusta.
• Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan
menggunakan terapi pelbagai antibiotik.
Selain manusia, haiwan lain yang diketahui mengidap
kusta adalah (armadilo) Sejenis binatang dari spesis tengiling.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 9


SEJARAH PENYAKIT KUSTA
Penyakit kusta telah dikenali sebagai masalah
semenjak permulaan sejarah bertulis. Pesakit
kusta sering tinggal dipinggir masyarakat, dan
penyakit sering dipercayai disebabkan oleh
sumpahan tuhan (atau syaitan) atau hukuman.

Di dalam Kitab peradapan manusia banyak


mengandungi bahan rujukan kepada "pesakit
kusta", yang tidak semestinya berkaitan
dengan penyakit Hansen. Perkataan ini telah
digunakan bagi merangkumi pelbagai masalah
kulit yang berlainan etiologi dan keparahan.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 10


SEJARAH PENYAKIT KUSTA
• Penyakit kusta telah menyerang manusia sepanjang sejarah. Banyak
para ahli percaya bahwa tulisan pertama tentang kusta muncul
dalam sebuah dokumen Papirus Mesir ditulis sekitar tahun 1550
SM dan sekitar tahun 600 SM, ditemukan sebuah tulisan berbahasa
India menggambarkan penyakit yang menyerupai kusta.
• Di Eropah, penyakit kusta pertama kali muncul dalam catatan
Yunani kuno setelah tentara Alexander Agung kembali dari India.
Kemudian di Rome pada 62 SM bertepatan dengan kembalinya
pasukan askar Pompei dari Asia Kecil.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 11


SEJARAH PENEMUAN PENYAKIT
KUSTA
• Pada tahun 1873, Dr Gerhard Armauer Henrik Hansen dari
Norwegia adalah orang pertama yang mengidentifikasi kuman,
penyebab penyakit kusta di bawah mikroskop.
• Dengan penemuan Mycobacterium leprae, Hansen telah
membuktikan bahawa penyakit kusta adalah disebabkan oleh
kuman.
• Menutup spekulasi bahawa penyakit ini diperolehi turun-temurun,
dari kutukan, atau dari dosa.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 12


SEJARAH PERUBATAN PENYAKIT
KUSTA
• Tahun 1921, US Public Health Service telah menubuhkan W. Gillis
Long Hansen's Disease Center di Carville, Louisiana, yang dikenal
sebagai "Carville“. Tempat ini telah dijadikan pusat penyelidikan
dan kemajuan bagi menemukan ubat untuk penyakit kusta dan juga
penyediaan tempat tinggal untuk merawat pesakit kusta .

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 13


SEJARAH PERUBATAN PENYAKIT
KUSTA
• Sehingga akhir 1940-an, para doktor penyakit kusta di seluruh dunia
telah mengubati pesakit yang terkena kusta dengan menyuntik
minyak dari kacang chaulmoogra. Cara perubatan ini cukup
menyakitkan, dan walaupun beberapa pesakit nampak dapat
memanafaat dari cara perubatan ini, namun dari segi jangka masa
panjang cara perubatan ini masih diragukan.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 14


SEJARAH PERUBATAN PENYAKIT
KUSTA
• Berikutnya pada tahun 1941,Promin, sejenis ubat sebatian ,
diperkenalkan sebagai ubat untuk kusta. Pertama kali di identifikasi
dan digunakan di Carville. Promin berhasil merawat kusta tapi
sayangnya Promin menimbulkan kesan sampingan yang
menyakitkan ketika disuntikkan kepada pesakit.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 15


KOMPLIKASI PENYAKIT KUSTA
Pengesanan Awal Adalah Penting.

 Rawatan awal dapat mengelakkan kecacatan. Dengan ini pesakit dapat


menghalang jangkitan kepada orang lain.

 Kecacatan di muka termasuk batang hidung rata, alis dan bulu mata gugur.

 Kecacatan pada tangan termasuk otot tapak tangan mengecut, jari-jari


membengkok, tangan menjadi lemah dan hilang fungsi tangan.

 Kecacatan pada kaki termasuk hilang deria rasa tumit dan di peringkat akhir
tapak kaki dan jari kaki menjadi berkudis.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 16


KOMPLIKASI PENYAKIT KUSTA

Kecacatan pada kaki Hilang penglihatan

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 17


Title
KOMPLIKASI PENYAKIT KUSTA
Kecacatan di muka termasuk batang hidung rata, alis dan
bulu mata gugur.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 18


Title
KOMPLIKASI PENYAKIT KUSTA
Kecacatan pada tangan termasuk otot tapak tangan
mengecut, jari-jari membengkok, tangan menjadi lemah
dan hilang fungsi tangan.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 19


Title
KOMPLIKASI PENYAKIT KUSTA
Kecacatan pada kaki termasuk hilang deria rasa
tumit dan diperingkat akhir tapak kaki dan jari
kaki menjadi berkudis.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 20


RAWATAN PENYAKIT KUSTA

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 21


RAWATAN DARI W.H.O

Penyakit Kusta boleh disembuhkan, dan rawatan di


peringkat awal dapat menhindarkan kecacatan. Semua
pesakit mesti patuh pada aturan rawatan WHO bagi
mengelakkan kecacatan.
WHO mengesyorkan MDT. MDT merangkumi 3 jenis
ubat iaitu Dapsone, Rifampicin dan Clofazimine. Kombinasi
ubat ini boleh membunuh pathogen dan menyembuhkan
pesakit.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 22


Pencegahan
Diagnosis awal dan rawatan sempurna bagi seseorang yang
dijangkiti, dapat mengawal Penyakit Kusta.

Pencegahan berterusan dapat mengelakkan hubungan


rapat secara fizikal dengan mereka yang tidak dirawat. .
Mereka yang mempunyai pertalian dengan pesakit kusta
dikehendaki menjalani ujian pengesanan kusta.
Pemeriksaan tahunan hendaklah dilakukan ke atas saudara
mara sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun bermula
dari pendedahan dengan pesakit kusta.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 23


Pemulihan

Kecacatan dan kerosakan saraf disebabkan penyakit Kusta selalunya kekal.


Pencegahan atau pemulihan akibat penyakit ini adalah sebahagian daripada
tindakan yang perlu dilakukan. Pembedahan rekonstraktif adalah bertujuan untuk
mengelak dan membetulkan kecacatan.

Penjagaan komprehensif melibatkan pengajaran kepada pesakit untuk menjaga


diri sendiri. Pesakit yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan saraf yang jelas dan
berisiko mendapat kecacatan perlu di ajar kaedah penjagaan anggota yang tidak
sensitif sama seperti pesakit diabetes yang mengalami kerosakan saraf pada kaki.
Keadaan ini memerlukan mereka sentiasa memeriksa diri sendiri bagi mengelak
dari sebarang luka dan kecederaan lain.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 24


Kumpulan Sokongan
Hubungi doktor anda jika terdapat tanda-tanda dan gejala
seperti di atas, untuk keterangan lanjut sila hubungi:

MALRA - Malaysian Leprosy Relief


Association
Lot 339 & 340, 3rd Floor,
Wisma HLA, Jalan Raja Chulan,
50200, Kuala Lumpur
Tel: 03 2488163, 2424552

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 25


Kawalan Penyakit Kusta di Malaysia
Untuk tahun 2008, sebanyak 13 kes Kusta baru dikesan dan jenisnya terdiri daripada 7 kes
multibaucillary dan 6 kes paucibacillary. Kadar kejadian adalah sebanyak 0.56 per 100,000
penduduk. Pada masa sekarang seramai 36 kes kusta berdaftar masih dalam rawatan.
Sebanyak 79 kes masih ada di bawah pengawasan untuk mengesan sekiranya ada relapse. Kes-
kes baru dimulakan rawatan di klinik kulit Hospital Ipoh dan Taiping. Namun demikian
hospital / klinik - klinik berdekatan meneruskan susulan rawatan. Pasukan Begerak Kusta masih
dikekalkan di Hospital Ipoh, Manjung, Teluk Intan, Tapah dan Taiping.

Bagi meneruskan kesedaran terhadap penyakit kusta, pada 11 Sept 2008 satu Seminar
Penyakit Hansen diadakan untuk pegawai perubatan dan paramedik di Hospital Ipoh. WHO
(WPRO) dalam usaha menghapuskan penyakit kusta dari kawasan Western Pacific sebelum
tahun 2015 dan bengkel ini bertambah matlumat pada pengamal perubatan supaya
pengesanan awal dibuat dan penyakit kusta perlu disyaki jika merawat penyakit kulit.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 26


Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

`Valley of Hope’

84 tahun yang lalu, di lembah Bukit Lagong, Sungai Buloh, Selangor , sekumpulan
masyarakat Melayu, Cina, India dan Eurasians telah menjadi sebahagian daripada
penghuni di sini.
`Valley of Hope’ atau penempatan pesakit kusta ini mula
ditubuhkan pada tahun 1926 di atas tanah seluas 500 ekar.
Tujuannya adalah untuk mengasingkan pesakit-pesakit kusta
daripada masyarakat sepanjang mereka mendapat rawatan di
sini.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 27


Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

Penyakit Kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen, merupakan penyakit
berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae. Nama penyakit Hansen
datang daripada orang yang menjumpai Mycobacterium Leprae, G. A. Hansen.

Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta


atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah
lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang
berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang dikaitkan
dengan pesakit kusta.
Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan
amat mencacatkan. Pesakit kusta akan
disingkir dan dikurung di penempatan kusta.
Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan
menggunakan terapi pelbagai antibiotik.
Selain manusia, haiwan lain yang diketahui
mengidap kusta adalah armadillo.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 28


Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

Penyakit ini disebabkan oleh basilus yang membiak amat perlahan dan kebanyakkannya
menjejaskan kulit, saraf, dan membran mukus. Organisma ini tidak pernah dibiakkan dalam
media bakteriologi atau kultur sel, tetapi telah dibiakkan dalam tapak kaki tikus.

Kaedah penularan kusta kekal tidak jelas. Kebanyakan


penyiasat beranggapan bahawa M. leprae disebarkan dari
seseorang kepada seseorang dalam titisan pernafasan. Apa yang
diketahui, kadar penularan adalah amat perlahan.

Penyakit jangkitan kronik ini biasanya memberi kesan kepada kulit dan saraf pinggir
tetapi mempunyai manifastasi klinikal yang luas. Pesakit dikelaskan sebagai mempunyai
penyakit kusta pausibakilari atau multibakilari. Penyakit pausibakilari adalah serdehana dan
bercirikan satu atau lebih makules kulit hipopigment. Penyakit kusta multibakilari dikaitkan
dengan lesion kulit sekata, nodule, lendir (plaques), kulit menebal, dan peningkatan lendir
hidung menyebabkan hidung tersumbat dan epistaxis (hidung berdarah).

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 29


Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN)

Sg Buloh merupakan pusat penempatan pesakit kusta atau


Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) yang terbesar di tanah
jajahan British sejak penubuhannya pada tahun 1926, dan yang
kedua besarnya di dunia. Pusat ini dilengkapi kemudahan asas
yang terancang berdasarkan 'garden city', yang merupakan
projek 'pioneer' bagi memulihkan pesakit kusta dan melatih
mereka berdikari...

Dengan penemuan ubatan dan perawatan penyakit ini,


pesakit-pesakit kini tidak lagi perlu terasing daripada
masyarakat. Lalu fungsi pusat rawatan ini telah dinaiktarafkan
menjadi Hospital Daerah pada tahun 1971, dengan panggilan
Hospital Daerah Sungai Buloh.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 30


Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

Semenjak tahun 1971 sehingga awal 2000, penambahbaikan telah dilaksanakan terhadap
wad-wad utama di bahagian barat Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) ini. Namun begitu,
wad-wad di bahagian timur masih kekal wujud sebagaimana awal penubuhannya. Selepas
pembukaan Hospital Sungai Buloh yang baru pada September 2006, PKKN sudah tidak
berfungsi sebagai Hospital Daerah lagi. Yang tinggal di wad-wad PKKN sekarang hanyalah
pesakit HIV / AIDS, pesakit kusta dan bekas pesakit kusta.

Hari ini, PKKN sudah berfungsi sebagai `step down hospital’


untuk membantu Hospital Sungai Buloh yang baru, iaitu bagi
rawatan pesakit selepas fasa acute. Demi menjayakan fungsi ini
sebagai `step down hospital’ atau `extended care facility’, Kerajaan
melalui Kementerian Kesihatan bersetuju untuk melaksanakan
pembangunan secara terancang ini dalam Rancangan Malaysia Ke9.
Antara komponen-komponen projek RMK-9 yang dirancangkan
ialah: merekabentuk, membina dan menyiapkan kompleks
kediaman bekas pesakit kusta.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 31


Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

PKKN ini merupakan warisan sejarah negara. Meskipun pembangunan akan


dilaksanakan, pihak Kementerian akan berusaha sedaya mungkin mengekalkan keunikan
pusat ini kerana Pusat Kawalan Kusta Negara Malaysia di sini merupakan satu-satunya Pusat
Kawalan Kusta di rantau ini.
Sehingga tahun 2009, bilangan penghuni pesakit dan bekas
pesakit kusta di sini semakin berkurangan, iaitu daripada 398 orang
pada tahun 2002 kepada 268 orang sekarang. Daripada bilangan
268 ini, seramai 129 orang di tempatkan di chalet PKKN, dan
selebihnya dirawat di wad PKKN. Dari sudut pecahan bangsa,
terdapat seramai 28 orang berbangsa Melayu, 233 orang
berbangsa cina dan hanya 7 orang berbangsa India. Antara
kemudahan yang disediakan untuk pesakit ialah plot-plot tanah di
laman chalet pesakit untuk menjalankan aktiviti rehabilitasi, iaitu
`Nursery Flower Growing’ untuk sumber pendapatan mereka.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 32


Kusta & Pusat Kawalan Kusta Negara

Mereka yang berada di sini sebenarnya sudah sembuh sepenuhnya daripada penyakit
kusta. Mereka sebenarnya sudah boleh pulang ke pangkuan keluarga dan masyarakat,
tetapi dek stigma yang ada pada masyarakat dan diri pesakit yang merasa inferior, maka
mereka terus kekal di sini sehingga akhir hayat mereka.

Sejak penubuhannya pada 1926, Sg Buloh merupakan pusat penempatan pesakit


kusta yang terbesar di tanah jajahan British dan ramai yang tidak tahu bahawa pusat ini
adalah satu-satunya kawasan yang mempunyai mata wang sendiri pada sekitar 1930-an,
setelah wujud kebimbangan orang ramai bahawa akan berlaku jangkitan akibat sentuhan
penghidap kusta.

Kini, Sungai Buloh lebih dikenali sebagai tempat


bekalan pokok bunga dan pokok hiasan berbanding
dengan pusat kawalan kusta pada suatu ketika dahulu.

UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 33


UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 34
UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 35
UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 36
UNIT PENDIDIKAN DAN PROMOSI HoSHAS 37

Anda mungkin juga menyukai