Anda di halaman 1dari 39

DAYA DAN PERGERAKAN

DAYA : diertikan sebagai tolakan atau tarikan


.

Kesan daya :
 Jasad pegun menjadi bergerak

 Jasad bergerak menjadi pegun

 Jasad berubah arah pergerakan

 Definisi Daya :
Hasil darab jisim dengan pecutan @ F = ma
[ F = daya m = jisim a = pecutan ]
Daya dicirikan dalam bentuk :
– Magnitud
– Arah
– Titik aplikasi
– Garis tindakan
 KOMPONEN DAYA
 Daya mendatar
 Daya menegak

* Nilai daya ( F )
adalah daya paduan
 Semasa lonjakan ,
daya mendatar ( R)
mengurangkan
velositi mendatar dan
komponen menegak
membantu
mngekalkan velositi
menegak .
VELOSITI
Didefinisikan sebagai perubahan kadar sesaran
dalam satu jangka masa
Unit ialah ms¯¹
Merupakan kuantiti vektor [ ada magnitud dan
arah
Velositi linear boleh dikira melalui rumus:

v = Perubahan Sesaran
________________
= d
___
Perubahan Masa t
Contoh :
Kita dapat mengira purata velositi seorang
perenang yang menyeberangi tasik 1 km lebar
dalam masa 30 minit menggunakan formula
berikut :

v = 1000 meter
__________
30 x 60 saat

= 3.33 ms¯¹
Velositi Angular
Velositi bersudut didefinisikan sebagai kadar
perubahan sesaran bagi jangka masa tertentu
Velositi bersudut dalam raket semasa servis yang
dilakukan oleh seorang pemain profesional lelaki
dicatatkan dalam lingkungan 190° hingga 220°
darjah / saat [ 33.2 – 38.4 rad / saat ]
Velositi bersudut dikira menggunakan formula
Velositi bersudut = Perubahan sesaran posisi bersudut
Perubahan masa

 = σ
t
= darjah / saat
Pecutan Linear
 Kadar perubahan velositi .
 Dinyatakan dalam unit ms¯²
 Merupakan kuantiti vektor kerana ada magnitud
dan arah .
 Dikira dengan gunakan formula :

a = Perubahan velositi
Perubahan masa
= V–U
t₂- t₁
@ ᇫV
t
V = velositi akhir
U = velositi awal
Contoh : Pecutan seorang pelari yang berlepas
dari blok permulaan dan mencapai velositi
4 ms¯¹ dalam masa 5 saat ialah = ?

V= 4 ms¯¹ U = 0 ms¯¹ t = 5 saat

a = v–u
t

= 4 ms¯¹ - 0 ms¯¹
5 saat

= 0.8 ms¯²
Pecutan Bersudut

Kadar perubahan velositi bersudut .


 Dinyatakan dalam unit darjah / saat ² atau
radian / saat ²
Formula Pecutan bersudut :
= Perubahan velositi bersudut
Perubahan masa

= ω₂- ω₁
t₂- t₁
= ᇫω
ᇫt
Contoh :

Berapakah pecutan bersudut bagi seorang


pemain golf yang mengambil masa 0.8 saat
dengan memukul bola pada velositi bersudut
1.2 rad / s .

= ω₂- ω₁
t₂- t₁

= 1.2 rad / s – 0
0.8 saat

= 1.5 rad / s²
Momentum

Kuantiti pergerakan yang wujud pada


sesuatu jasad yang bergerak
 Formula mengira momentum :
M=m x v
m = jisim v = velositi [ms¯¹ ]
Objek pegun tiada momentum kerana
velositi awalnya sifar .Perubahan momentum
dalam kebanyakan keadaan disebabkan oleh
perubahan velositi .
Momentum juga adalah kuantiti vektor
seperti velositi .
 Contoh :
Kira momentum bagi pelari pecut berjisim
70 kg yang berjaya mencapai halaju
maksimum 11 ms¯¹ .

M = m x v
= 70 X 11
= 770 kgms¯¹
Impuls
Masa tindakan daya
Perubahan momentum berlaku apabila
daya ekstrinsik bertindak ke atas jasad
Perubahan momentum berlaku disebabkan
oleh daya yang bertindak dan jumlah
tindakan daya yang dikenakan .
Nilai magnitud perubahan momentum
adalah sama dengan magnitud impuls .
 Formula di bawah membuktikan persamaan
impuls dan perubahan momentum daya :
F = ma
= m(v–u)
t
= mv – mu
t
= m(v–u)
t
= mᇫv
t
Ft =impuls ᇫ m =perubahan momentum
Daya reaksi
Tindakan daya yang bersudut tepat ke atas dua
permukaan yang bersentuhan .
Contoh :
Daya yang dihasilkan tangan semasa melakukan
tekan tubi menghasilkan daya reaksi yang sama
dalam arah yang bertentangan
Daya Geseran
Daya yang dikenakan ke atas permukaan yang
bersentuhan dalam arah yang bertentangan .

Daya Geseran

Rajah menunjukkan cara daya geseran mempengaruhi pergerakan


• Lebih mudah menolak objek seperti meja
daripada menariknya kerana semasa menarik ,
magnitud F dan R dikurangkan
• Semasa menolak , magnitud F dan R ditingkatkan
DAYA SENTRIPETAL DAN SENTRIFUGAL
Digunakan serentak apabila objek mencapai
velositi di sepanjang lorong selekoh .

Sentrifugal : daya yang bertindak ke luar


dari aksi putaran .
Sentripetal : daya yang bertindak ke arah
aksi putaran

Diterima bagi aktiviti melibatkan aktiviti


penggunaan raket , kayu golf dan kayu pemukul.

Magnitud daya bergantung kepada jisim , laju dan


radius jasad berputar .
Cara daya sentrifugal dan sentripetal
bertindak bagi acara baling tukul besi
DAYA RINTANGAN UDARA
 Akan menentukan cara projektil bergerak di udara
 Dikenali “ Daya Heretan Aerodinamik ” .
 Bergantung kepada sifat fizikal objek seperti saiz ,
bentuk dan jenis permukaan serta velositi udara
melalui objek .
 Kebanyakan acara sukan berlaku seperti berikut:
 Objek dilepaskan atau dipukul

 Atlit memprojekkan diri ke udara


Daya rintangan udara
DAYA JULANGAN AERODINAMIK
 Perbezaan kelajuan udara di bahagian atas dan
bawah terhasil apabila aliran udara melalui bentuk
yang aerofoil .
 Perbezaan kelajuan akan menghasilkan perbezaan
tekanan.
 Kawasan velositi tinggi bertekanan rendah .
 Kawasan velositi rendah bertekanan tinggi .
 Daya julangan dihasilkan secara bersudut tepat
dengan permukaan dari kawasan tekanan tinggi ke
kawasan tekanan rendah .
 Daya julangan ini perlu dihasilkan oleh ahli sukan
supaya objek dapat bergerak lebih laju dengan
mencondongkan objek secara relatif dengan arah
angin .
 [ contoh : ketika melempar cakera ]
JENIS –JENIS DAYA

 Daya Intrinsik dan Ekstrinsik


mempengaruhi kualiti pergerakan .

 Contoh :
 Pusat graviti bola golf tidak berubah
sehingga daya ekstrinsik dikenakan ke
atas bola .
 Daya intrinsik wujud di dalam bola
apabila berlaku kontak antara kayu
pemukul dengan bola golf .
 (a) Daya Intrinsik ( dalaman )
 Dihasilkan secara konsentrik apabila otot
menguncup semasa esentrik dan bertindak ke
atas tulang bagi menghasilkan pergerakan .
 Daya tarikan dihasilkan apabila otot menguncup
sepanjang dimensinya .

 (b) Daya Ekstrinsik


 Bertindak ke atas jasad bagi memulakan
pergerakan , menghentikan pergerakan dan
mengubah bentuk serta arah pergerakan .
 Dalam permainan ragbi , pemain menggunakan
daya luaran semasa membuat takel bagi
menyekat pergerakan lawan .
TINDAKAN DAYA KE ATAS SISTEM
MEKANIKAL JASAD

(a) MAGNITUD DAYA


 Beberapa banyak daya dikenakan . Berkadar terus .
 Magnitud daya otot berkadar terus dengan :

(i) Saiz dan bilangan fiber otot yang mengenakan tekanan


(ii) Kelajuan fiber otot menguncup
 Ketegangan maksimum berlaku apabila otot yang aktif
diregang dengan cepat .

 Contoh :
Semasa melakukan aksi lompat tinggi , fleksi lutut dilakukan
dengan cepat bagi meregang otot kuadrisep sebelum melonjak
. Otot akan menghasilkan ketegangan maksimum apabila fiber
otot diregang melebihi panjang fiber otot semasa rehat .
(b) ARAH DAYA
 Arah aplikasi daya

 Contoh : arah depan , arah belakang ,

arah atas , arah bawah dan bersudut tepat


dengan permukaan .

(c) TITIK APLIKASI


 Lokasi aplikasi daya pada pusat graviti jasad.

(d) GARIS TINDAKAN


 Dikenali garis daya .

 Garis lurus yang dipanjangkan melalui titik aplikasi


serta arah tindakan daya .
Hukum Newton
: Untuk menjelaskan sifat pergerakan .

 (i) HUKUM NEWTON PERTAMA [ HUKUM INERSIA ]


 Inersia bermakna rintangan terhadap sebarang
perubahan .
 Menurut hukum ini :
Jasad akan terus pegun atau bergerak dalam satu
garis lurus kecuali sesuatu daya bertindak ke atas
jasad tersebut .
 Bola akan kekal pegun jika tiada aplikasi daya
ekstrinsik bertindak ke atasnya .
 Bola yang sedang bergerak akan terus bergerak jika
tiada rintangan udara atau geseran permukaan
badan atau sesiapa yang cuba menghentikannya .
(ii) HUKUM NEWTON KEDUA [ HUKUM PECUTAN ]
 Menurut hukum ini :

Daya ialah kadar perubahan momentum


F = mv – mu
t
= m(v–u)
t
F = ma
 Contoh : Sekiranya bola 1kg disepak dengan daya 10N ,
maka pecutan yang dihasilkan ialah 10ms¯² .
 Jika daya yang sama dikenakan ke atas bola berjisim 2kg ,
maka pecutannya ialah 5ms¯² .
 Jika atlit ingin memaksimumkan penghasilan daya , beliau
perlu melakukan dengan pantas :
[ nilai t (masa) paling minimum serta memaksimumkan
nilai akhir velositi . ]
(iii) HUKUM NEWTON KETIGA
[ HUKUM AKSI REAKSI ]
 Menurut hukum ini :
Setiap aksi akan wujud reaksi yang sama
dan bertentangan arah .
 Contoh :
 Apabila atlit meninggalkan blok
permulaan , daya yang membantu atlit
bergerak ke hadapan adalah sama dengan
daya yang menolak blok permulaan .
PRINSIP DAN APLIKASI
1. STABILITI

 Objek akan kekal pegun atau stabil apabila


paduan daya yang bertindak ke atas objek adalah
sifar .
 Stabiliti dicapai bila daya yang dikenakan dalam
sebarang arah dapat diseimbangkan oleh daya
yang sama bertindak dalam arah bertentangan .
 Prinsip kestabilan
 Lebih dekat garisan graviti berada di pusat

tapak sokongan maka lebih stabil.


 Tapak sokongan lebih besar meningkatkan
kestabilan .
 Lebih rendah pusat graviti berbanding tapak
sokongan akan meningkatkan kestabilan .
• Kestabilan berkurangan jika satu segmen badan
bergerak jauh dari garisan graviti
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESTABILAN

(a) Garisan Graviti


 Kestabilan berkurang jika pusat graviti beralih dari kawasan
tapak sokongan .

(b) Pegun
 Objek pegun lebih stabil dari yang bergerak .

(c) Inersia
 Objek yang mempunyai inersia tinggi lebih stabil daripada
objek yang mempunyai inersia rendah .

(d) Luas Tapak


 Objek dengan tapak yang luas adalah lebih stabil

Contoh : Berdiri mengangkang lebih stabil


daripada merapatkan kaki .
(e) Jisim
 Objek lebih stabil apabila
beratnya tertumpu pada
tapak sokongan .

(f) Pusat Graviti


 Objek lebih stabil jika
pusat graviti lebih
rendah
PENGHASILAN DAYA MAKSIMUM
Boleh dihasilkan melalui :

 Menggunakan atau memaksimumkan


penggunaan semua sendi yang ada pada
anggota badan .
 Menggunakan sendi mengikut urutan
 Menggunakan otot besar dan kemudiannya
otot kecil
 Memindahkan semua daya ke satu arah
Pergerakan atlit dimulakan dengan pinggang ,
tulang belakang , bahu , sendi bahu dan tangan

Anda mungkin juga menyukai