Anda di halaman 1dari 1

Kerja Kursus I ( KPN 5053 )

Semester 1, Sesi 2008


(Pemberatan : 25%)

Kerja kursus ini mengandungi 3 bahagian.


BAHAGIAN 1
Anda dikehendaki membina satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) untuk satu ujian akhir
semester yang mengandungi 50 item objektif bagi mata pelajaran yang anda akan mengajar di
sekolah menengah/rendah nanti, iaitu mengikut mata pelajaran major anda di universiti.
Bersama-sama JPU yang dibina itu, anda juga dikehendaki:
(1.1) Menyertakan satu salinan fotostat sukatan pelajaran bagi semester yang anda telah pilih
untuk membina JPU. ( Anda perlu menyertakan bahagian sukatan pelajaran yang
berkenaan sahaja)
(1.2) Menyenaraikan langkah-langkah yang anda patut ikuti (berserta illustrasi) dalam
membina JPU berkenaan. ( sertakan penerangan ringkas dan juga illustrasi bagi
setiap langkah yang telah disenaraikan itu ).
BAHAGIAN 2
Berdasarkan JPU yang anda telah bina di Bahagian 1, anda dikehendaki membina hanya
EMPAT item objektif ( pelbagai jenis ). Item-item/soalan yang dibina harus terdiri daripada
pelbagai aras taksonomi Bloom.

Bagi SETIAP daripada EMPAT item yang anda akan bina itu, anda dikehendaki:

(2.1) Melabelkan nombor item itu pada sel dalam JPU daripada mana item tersebut telah
dipilih;
(2.2) Menulis Objektif Hasil Pembelajaran (Learning Outcome) yang ingin diukur;

(2.3) Menyatakan jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran
yang dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran di (2.2);
(2.4) Membina Item berkenaan (pembinaan item hendaklah berdasarkan semua garispanduan
bina item yang telah didedahkan dalam kuliah);
(2.5) Menyatakan aras taksonomi Bloom bagi item berkenaan.

BAHAGIAN 3
Bina satu soalan Esei yang sesuai diberikan 20 markah.
Untuk membuat demikian, anda dikehendaki:
(3.1) Menulis Objektif Hasil Pembelajaran (Learning Outcome) yang ingin diukur.
(3.2) Menyatakan mengapa soalan esei dan BUKAN soalan objektif yang lebih sesuai
digunakan untuk mengukur hasil pembelajaran berkenaan.
(3.3) Memastikan soalan yang dibina itu adalah berdasarkan garis panduan pembinaan soalan
esei yang telah didedahkan dalam kuliah.
Penyelaras Kursus KPN 2043

Anda mungkin juga menyukai