Anda di halaman 1dari 2

PENTAKSIRAN PRESTASI/PERSEMBAHAN

Memerlukan pelajar menunjuk cara apa yg mereka tahu (i.e.pengetahuan atau kemahiran)
DENGAN
melaksanakan suatu PROSES yg boleh dilihat ( spt main alat muzik, membaca secara
lisan, berenang, dll )
ATAU
menghasilkan suatu PRODUK ( spt laporan ttg sebuah buku, satu pantun, sebuah
lukisan, dll )
ATAU
kedua2 PROSES & PRODUK ( spt pasangkan alat2 makmal, menaip surat, membuat
tenunan/ ukiran dll )

Penekanan adalah pd kebolehan membuat sesuatu / melakukan sesuatu prosedur,


BUKAN SETAKAT mengetahui nya sahaja.

Ciri-ciri Pentaksiran Prestasi (PP)


• Tugasan2 yg berkait rapat dgn penyelesaian masalah dunia sebenar
• Tugasan2 yg lebih kompleks & kurang berstruktur ( melibatkan keaslian, kem.
berfikir, & mempunyai pelbagai cara penyelesaian )
• Pelaksanaan perlukan masa yg lebih – ini disebabkan kesukaran menggubal
tugasan, tugasan komprihensif & masa lebih utk menilai hasilan2 tugasan.
• Lebih banyak melibatkan pertimbangan (judgement) dlm memeriksa tugasan
pelajar – sebab tugasan kompleks, berunsur keaslian & dlm kes2 tertentu pelbagai
kemungkinan cara penyelesaian.

PP dibahagikan kpd :

(I) Pentaksiran Prestasi Terhad


adalah lebih berstruktur & terhad skopnya.
Maka ia mudah dikaitkan kpd objektif spesifik tertentu, ditadbir dan dinilai.
Cth : Tulis satu m.s laporan ttg lawatan ke muzium
Bina graf drp data2 yg diberi
Tunjuk cara bgmana menyediakan alat makmal dll.

(II) Pentaksiran Prestasi Terbuka


skop tugasan yg lebih komprihensif & tidak begitu berstruktur. Ini membolehkan pelajar
menunjuk cara pelbagai kemahiran mereka dlm menyelesaikan tugasan berkait-rapat dgn
dunia sebenar.
Memberi pelajar2 lebih kebebasan dlm memilih projek2, merancang pelaksanaannya,
membuat penilaian kendiri dan mempertahankan kualitinya.
Cth:
Merekabentuk & menjlnkan eksperimen ttg topik2 yg terpilih dan persembahkan serta
pertahankan dapatannya
Menulis sebuah cerita diikuti dgn satu kritikan ttg nya & menulis deraf yg kedua
Merekabentuk & membina rak buku dan menulis satu penilaian ttg setakat mana ia
menepati satu set kriteria yg diberikan.

Langkah2 Pelaksanaan Penilaian Prestasi

Akan dibincangkan semasa kuliah nanti.

Penaksiran Authentik
Bukan sahaja melibatkan pelajar membuat sesuatu ttp tugasan penaksiran (task) yg
digunakan semesti mirip kpd apa yg sebenarnya berlaku di dunia kehidupan & pekerjaan
sebenar.

Disediakan oleh: Liew Cheong Chaing


Pensyarah Kursus Pentaksiran Pembelajaran
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak.