Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN

BINA INSAN GURU SIRI 3

NAMA : MUHAMMAD RIDHUAN BIN HANAFI

NO. K/P : 891207035203

NO. MATRIK : 2010211310030

TARIKH HANTAR : 2 MAC 2011

PENSYARAH : EN. MOHD ARUS BIN KUDUS


REFLEKSI BINA INSAN GURU SIRI 3
Pada 20 Februari 2011, saya telah menjalankan Bina Insan Guru (BIG) Siri 3
di Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah yang bertemakan “Masih Ada Yang Sayang”.
Para peserta program ini seramai 47 orang yang terdiri daripada pelajar PISMP
Matematik dan PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2010 dan diiringi oleh dua
orang mentor iaitu Pn. Aminawati Zahara Bt. Mohamad dan Pn. Suguna Sankaran.
Program ini dimeriahkan lagi oleh 25 orang ahli Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah.
Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), En. Tahir
Kamaruzzaman.

Program ini merupakan program berbentuk khidmat masyarakat yang perlu


dilalui oleh semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Melalui
program ini, saya telah didedahkan dengan realiti keadaan masyarakat di Malaysia
pada masa kini. Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah ini ditubuhkan bagi menguruskan
kanak-kanak yang memerlukan perlindungan seperti anak-anak terbiar, anak-anak
yatim, dan anak-anak muallaf. Kewujudan Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah telah
membuktikan bahawa kurangnya kesedaran ibu bapa terhadap penjagaan anak-
anak mereka. Saya sangat bersimpati dengan anak-anak yang tinggal di sana.

Antara objektif yang kami cuba capai sepanjang BIG ini adalah mewujudkan
hubungan silaturrahim dengan ahli Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah. Objektif ini
telah dicapai melalui aktiviti pertama yang kami lakukan iaitu “Ice Breaking”. Aktiviti
ini diselitkan dengan pelbagai permainan yang menarik yang menyebabkan mereka
bergelak ketawa dan seronok.

Selain itu, semangat kerjasama dapat dipupuk daripada aktiviti gotong-royong


yang telah dijalankan. Antara aktiviti gotong-royong adalah membuat mural,
membersihkan tandas, dapur, ruang tamu dan bilik tidur. Pelajar yang tidak terlibat
dengan gotong-royong melakukan aktiviti memasak untuk jamuan tengah hari. Apa
yang menarik adalah ahli di Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah juga turut membantu
dalam aktiviti memasak. Aktiviti ini menyebabkan hubungan silaturrahim antara kami
menjadi lebih erat dan mesra.
Melalui aktiviti motivasi dan tuisyen, saya dapat membina keyakinan diri untuk
bercakap di khalayak ramai. Saya telah ditugaskan untuk memberi motivasi kepada
anak-anak di Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah sebelum memulakan tuisyen
bersama mereka. Saya dapati mereka telah memberikan sepenuh perhatian semasa
saya memberikan motivasi. Semasa sesi tuisyen, saya telah mengambil kesempatan
untuk bertanyakan mereka tentang masalah dalam pembelajaran dan membantu
mereka sedaya upaya bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Selain itu,
saya juga memberikan sedikit motivasi semasa sesi tuisyen bagi memastikan
mereka bersemangat untuk belajar.

Melalui pemerhatian saya, tahap disiplin bagi segelintir penghuni Rumah


Silaturrahim Nurul Qanaah masih berada di tahap yang rendah. Hal ini mungkin
disebabkan oleh kurangnya kawalan yang telah diberikan terhadap mereka. Saya
juga difahamkan dan diberitahu bahawa terdapat juga kes buli antara mereka. Hal ini
amat membimbangkan saya sekiranya kes buli ini terus berlaku pada masa akan
datang.

Sebagai kesimpulan, saya berasa amat gembira kerana program BIG kali ini
telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Saya juga ingin berterima
kasih kepada rakan-rakan yang telah bersama-sama menunjukkan kesungguhan
dalam menjayakan BIG ini. Saya mengharapkan daripada pengalaman yang telah
saya perolehi daripada BIG ini dapat mematangkan saya seterusnya menjadikan
saya seorang yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai