Anda di halaman 1dari 6

Gila Meroyan

Written by azieazah
Thursday, 12 November 2009 15:59

Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia
juga dikaitkan dengan 
postnatal depression

maternity blues
 atau
puerperal psychosis
. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih
dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan
masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga
sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan


perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami
wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang
mengalaminya mampu berbuat perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta
orang disekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakitpostpartum pyschosis juga seperti
penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh
segelintir sahaja wanita lepas bersalin.

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85%
wanita sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap
yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak
memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan
perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang
juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.

1/6
Gila Meroyan

Written by azieazah
Thursday, 12 November 2009 15:59

Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat
utama iaiatu :-

1.

Postpartum Blues - jenis ini sering dialami, ia bersifat ringan dan kebanyakannya pulih sendiri
tanpa rawatan

2.

Penyakit kemurungan - kebanyakkannya memerlukan perhatian dan rawatan segera

3.

Psikosis - boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat

Apakah punca yang menyebabkan gila meroyan?

Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan).
Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat
awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.

Apakah gejala gila meroyan?

2/6
Gila Meroyan

Written by azieazah
Thursday, 12 November 2009 15:59

Kepentingan untuk mengenali gejala blues dan kemurungan perlu diberi perhatian doktor,
suami, ibu serta saudara rapat. Mereka ini perlu mengenalpasti gejala-gejala ini agar gila
meroyan dapat dielakkan.

Gejala Maternity Blues

Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang

Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5)
memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini
berhadapan situasi menerima orang baru

Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa
2 minggu tanpa rawatan perubatan

Wania ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya

Gejala Kemurungan

3/6
Gila Meroyan

Written by azieazah
Thursday, 12 November 2009 15:59

Berlaku sekitar 10% - 15% dalam masyarakat

Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya


serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.

Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi
kesan ketara berbanding maternity blues

Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin
membunuh diri dan sering berfikir untuk mati

Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga
mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.

Gejala Psikosis (Gila Meroyan)

Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan

4/6
Gila Meroyan

Written by azieazah
Thursday, 12 November 2009 15:59

Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin

Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan
yang tidak kena pada tempatnya

Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya. Mendengar
bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.

Berisiko untuk membunuh diri atau bayi

5/6
Gila Meroyan

Written by azieazah
Thursday, 12 November 2009 15:59

Rawatan dan cara mendapat


- merasakan
Memberi
beliau perhatian mengatasi
Mengenalpasti maternity blues dan
dan layanan. kemurungan
perhatian
Layanandanyang
tidak diberikan
rasa dan
keseorangan
sewaktu jagaan berpantang agar
Berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul sebagainya

6/6

Anda mungkin juga menyukai