Anda di halaman 1dari 3

Minit Mesyuarat Program Pembangunan Inovasi dan Kreativiti Sekolah 2011

Kali 2/2011

Tarikh : 1 Mar 2011 (Selasa)


Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer 1

Kehadiran :

Tn. Hj. Zolkaply binYunus ( Pengetua/Pengerusi )


Pn. Hjh. Kamariah binti Othman ( GPK 1)
En. Ghafar bin Yahya ( GPK HEM )
Tn. Hj. Sajat bin Ahmad ( GPK Khas )
Pn. Manja binti Md Doli ( GPK Petang)
Pn. Latifah binti Hassan ( GKMP Bahasa /Penyelaras Pembangunan Inovasi )
Tn. Hj. Ismail bin Abdullah ( GKMP Teknik dan Vokasional )
Pn. Lim Lay Neo ( GKMP Kemanusiaan )
Pn. Mariah binti Abd Rahman ( GKMP Sains dan Matematik /Penyelaras Pembangunan ICT & PSS )
Pn Norazmah Ashari ( Guru Cemerlang )
Pn Fazilah Husin ( Guru Cemerlang )
Pn Noraini Mohammad ( Guru Media )
Pn Yong Siok Fang ( Guru Penyelaras R & D )
Pn. Chin Kan Thai ( Guru Penyelaras ICT )
Pn Zawiyah Mohd ( AJK)
Cik Tan Jee Ngoh ( AJK )
Pn Roshaya Mohammed Sohor ( JU Kajian Tindakan /AJK )
En Saleh Wahid ( AJK )
Pn Jamaliah Daud ( AJK )
Pn.Khuzaimah Zakaria ( Guru Cemerlang )
En Mohd Noor b Md Zam( Guru Cemerlang )

Tak Hadir bersebab:

En Muhammad Radhi B Masah ( GPK Kokurikulum )


Pn Nor Azlina Sidek ( Guru Cemerlang )
Pn Zurinawati Mustafa ( Guru Bimbingan & Kaunseling )

Urus Setia : Pn.Khuzaimah Zakaria

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Tn. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat Program
Pembangunan Inovasi dan Kreativiti Sekolah kali kedua bagi tahun 2011. Beliau menunjukkan bagaimana
penggunaan e-mails memudahkan pengurusan mesyuarat tanpa penggunaan kertas dan juga pen drive.Beliau
menganjurkan guru-guru yang berkenaan menghantar email terlebih dahulu sebelum memulakan mesyuarat.
Tn Pengetua juga menerangkan konsep inovasi dan perkara yang perlu dijalankan oleh setiap guru.

Tindakan : Semua guru

1.2 Tambahnya, penekanan terhadap program inovasi yang sedang dilaksanakan bertujuan untuk menambah usaha
bagi melonjakkan prestasi sekolah dengan memberikan idea-idea baharu dalam tugas untuk memberikan
perkhidmatan yang berkualiti di samping dapat menjimatkan masa dan kos. Beliau juga sangat berpuas hati kerana
majoriti guru telah menggunakan kemudahan yang ada.

1.3 Tn. Pengetua juga memaklumkan yang guru-guru dan staf sokongan sekolah ini mengenai sistem pemberiaan
Anugerah Inovasi 2011 bagi yang telah berjaya memperkenalkan sesuatu inovasi dalam tugas mereka.

Tindakan : Makluman
1.4 Tuan Pengetua memaklumkan Pengetua 8 buah sekolah di Melaka termasuk SMK Tun Mutahir
telah terpilih dan di buat pemantauan untuk Anugerah Tokoh Kegemilangan ICT sempena Hari Guru 2011 nanti.

Tindakan : Makluman

1.5 Tuan Pengetua menggalakkan Kajian Tindakan Guru yang mampu meningkatkan kebaikan P&P dalam kelas.

1.6 Tuan Pengetua meminta agar Perancangan Strategik Panitia di masukkan ke blog panitia.
Tindakan: Ketua Panitia

1.7 Beliau juga memaklumkan Projek Fasa 2, iaitu menaik taraf kemudahan internet dan meluaskan penggunaan
nya ke kawasan sekolah .
Tindakan : Pn.Maria dan Penyelaras ICT

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

( Cadangan ) Pn Mariah binti Abd Rahman


( Sokongan ) Pn Fazilah Husin

3.0 Bangkitan minit.

Tiada bangkitan minit.

4.0 Pembentangan Kajian Tindakan 1 ( Oleh Pn Yong Siok Fang )

Pn Yong membentangkan kajiannya untuk memperbaiki amalan P & P selaras dengan perkembangan Sains dan
Teknologi. Tambahnya untuk mengikut peredaran zaman guru perlu bertindak sebagai fasilitator dan bukannya
‘spoon fed’ pelajar. Mengikut teori Roger Sperry(1970) penentuan kaedah dan teknik pengajaran berkesan ialah para
guru perlu memajukan diri dan mengenal pasti gaya pembelajaran . Mengikut teori Roger Sperry dengan cirri
inovatif dalam semua aspek kaedah pengajaran dan cara penyampaian lebih tersusun dapat dijalankan.

5.0 Pembentangan Kajian Tindakan 2 ( Oleh En Mohd Noor b Md Zam )

Cadangan Kajian Tindakan Intervensi BM ini bertujuan meningkatkan kemahiran membaca BM dalam kalangan
pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1. Beliau telah menjalankan refleksi P&P dan mendapati kesan positif
telah berlaku selepas sebulan pelajar-pelajar tersebut melalui kaedah yang dijalankan beliau.
Pn Roshaya Mohammed Sohor mencadangkan En Mohd Noor menukar tajuk kajiannya kepada “Aku Eja, Aku
Baca”.

6.0 Hal-hal Lain

6.1 Pn.Latifah memaklumkan bahawa satu Pertandingan Anugerah Inovatif Sempena Hari Guru Peringkat Negeri
Melaka akan diadakan. Penyertaan terbuka kepada semua guru yang ada membuat inovasi kea rah penambahbaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengesyorkan guru-guru yang berminat menyertainya, bolehlah
berjumpa beliau untuk mendapatkan borang penyertaan. Tarikh tutupnya ialah pada 16 April 2011.

Tindakan : Makluman
6.2 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Peneraju Inovasi yang hadir dan mengucapkan
tahniah kepada dua pembentang kertas kerja pada hari ini. Beliau mengharapkan pada masa akan datang Guru-guru
Cemerlang akan membentangkan Kajian Tindakan mereka. Begitu juga Tuan Pengetua meminta agar Puan Roshaya
Yang mempunyai pengalaman Selaku JU Kajian Tindakan dapat membuat Kajian Tindakan dan membentang-
kannya pada mesyuarat akan datang.
Tindakan:Guru-guru Cemerlang dan Pn.Roshaya

“Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan Oleh; Disahkan Oleh;

…………………… …………………
(PN KHUZAIMAH ZAKARIA) (TN HJ ZOLKAPLY YUNUS)
Setiausaha, Pengetua SMKTMu
Program Pembangunan Inovasi dan Kreativiti Sekolah
SMKTMu.

Anda mungkin juga menyukai