Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih saya kepada pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia kami iaitu atas
segala tunjuk ajar serta bimbingan yang telah diberikan sepanjang kami menyiapkan
kerja kursus ini supaya lebih baik dan sempurna. Saya sudah berusaha
menyempurnakan hasil tugasan kali ini dan segala kekurangan yang terselit saya harap
dapat saya perbaiki pada tugasan akan datang.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan seperjuangan yang
sentiasa bersama-sama berkongsi pendapat, ilmu serta masa untuk berbincang
tentang kemusykilan yang dihadapi.

Banyak pengajaran dan nilai yang kami pelajari sepanjang menyiapkan tugasan
ini.Hubungan sesama kami juga semakin erat seperti sebuah keluarga besar yang
ditemukan di tempat yang jauh dari tempat asal kami.

Tidak lupa juga saya rakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan dari opsyen berbeza yang telah berkongsi pendapat dan tunjuk
ajar.Ucapan terima kasih ini juga ditujukan untuk semua pihak yang terlibat dalam
proses menyiapkan kerja kursus ini secara langsung atau tidak langsung. Saya
berharap tugasan ini dapat memenuhi piawaian yang di tetapkan.

Sekali lagi, dengan penuh keikhlasan dan rasa bersyukur saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.Hanya Allah s.w.t saja
yang dapat memaknakan ucapan terima kasih saya kepada kalian.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai